Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Dari Datuk Wira Dr Azizan Osman Percuma Je?

Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Dari Datuk Wira Dr Azizan Osman Percuma Je? | Sejak negara kita dilanda wabak pandemik pada tahun lepas, ramai yang terjejas. Banyak perniagaan, perusahaan besar mahupun kecil terpaksa memberhentikan operasi mereka buat sementara waktu malah ada yang terpaksa gulung tikar akibat wabak ni. Walau bagaimanapun keadaan kita sekarang ni, hidup tetap perlu diteruskan.

Kinah yang hanya menjalankan bisness online secara kecil-kecilan dari rumah ni pun turut kena tempias akibat wabak ini. Walaupun begitu, kita sebagai Hamba Allah ni, tak boleh putus asa dan perlu mencari jalan serta bangkit semula bagi meneruskan bisnes yang telah kita usahakan sebelum ni.  

Kinah faham, bukan mudah sebenarnya untuk kita bangkit semula selepas apa yang terjadi. Tapi sampai bila kita nak mengalah? Come on guys, inilah masanya untuk kita bangkit semula. 

Nahh daripada korang pening duk fikir bagaimana, kinah nak ajak korang join satu kempen Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Dr Azizan Osman. Mana la tahu sedikit sebanyak menjadi pemangkin motivasi untuk korang semua memulihkan semangat yang tengah down tu dan secara tak langsung dapat memulihkan keadaan ekonomi keluarga pada waktu ini.

Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes & Pemasaran Digital

Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Dari Datuk Wira Dr Azizan Osman Percuma Je?

Siapa yang tak kenal dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman atau lebih dikenali dengan DAO, seorang pengasas Richworks International dalam kalangan usahawan. Ramai usahawan yang telah berjaya dengan dorongan dan bimbingan daripada beliau tau. 

Kinah tau, bila sebut je nama Datuk Dr Azizan ada yang pandang sinis dengan beliau. Buat program motivasi free kemudian pancing orang untuk masuk program berbayar yang dianjurkan. Orang yang bercakap tu pernah ikut program beliau ke ataupun korang tu yang tak konsisten sebenarnya. Kita ni, kalau nak berjaya kena la buat dengan konsisten. Setakat baru 2, 3 kali lepastu bila tak ada hasil dah nak give up. Kemudian kata cara itu tak kena, cara ini tak kena. 

Niat Datuk Wira Dr Azizan Osman ni baik. Beliau nak membantu rakyat Malaysia terutamanya golongan usahawan semasa wabak pandemik ni. Meskipun banyak perniagaan terpaksa ditutup, namun begitu masih ada lagi yang mampu bertahan dan ada juga perniagaan yang semakin mendapat perhatian ketika pandemik ini.

Disebabkan itulah, MenThor Usahawan dan Pakar Pemasaran No 1 di Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman akan mengadakan buat julung kalinya program khas Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes & Pemasaran Digital bagi mendorong kebangkitan usahawan ketika melalui tempoh yang sukar ini.

Program Keusahawanan Richworks

Buat pengetahuan semua, program percuma seperti ni sebenarnya dah lama dah, sejak PKP 1.0 lagi dan Richworks kini dah bantu lebih 1 juta peserta dan usahawan sejak 2008 melalui Program Live Event dan Virtual Online.

Jika korang join group Telegram Azizan Osman Official, di situ korang boleh lihat begitu banyak perkongsian daripada usahawan-usahawan yang telah berjaya, ilmu panduan, dan segala aktiviti. Kinah ada join group beliau tau, memang banyak perkongsian sampai kinah sendiri pun tak terikut.


Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Datuk Wira Dr Azizan Osman

Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Dari Datuk Wira Dr Azizan Osman Percuma Je?

Berbalik semula dengan program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 ni sebenarnya ianya wujud disebabkan atas permintaan dan menerima sambutan luar biasa dari orang ramai sebelum ini. Dalam program ini, usahawan yang komited akan dibimbing keluar dari kemelut yang berlaku kepada jana kewangan yang berganda. Tambahan pula ketika ini, pemasaran secara digital semakin mendapat tempat di hati pengguna semasa musim pandemik ini 

Para peserta kempen ini akan diajar menerusi beberapa modul yang berbeza termasuklah isu semasa ketika ini seperti :

  1. Memahami mengapa digital adalah lubuk emas peniaga dan usahawan era pandemik.
  2. Langkah dan persediaan lengkap peniaga sebelum beralih ke arah digital.
  3. Kenal pasti strategi digital paling sesuai untuk jenis dan tahap perniagaan anda.
  4. Pelajari strategi digital yang boleh buat duit
  5. Mengenali plaatform digital yang paling sesuai untuk membantu kelangsungan bisnes sekarang
  6. Case study dari bisnes, peniaga dan usahawan yang berjaya ubah cara berniaga dari norma lama ke arah digital.

Jalan semuanya dah ada, cuma pilihan sebenarnya ada di tangan kita sendiri untuk bertindak dalam memperbaiki bisnes kita. Jangan menganggap bahawa negara kita akan pulih dari pandemik ini dalam tempoh terdekat. Di tambah pula jumlah kes harian masih lagi di tahap membimbangkan. Jadi, kita perlu buat persediaan dari sekarang demi masa depan diri, keluarga dan negara kita.

Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Dari Datuk Wira Dr Azizan Osman Percuma Je?


Rebutlah Peluang Dan Timba Ilmu Percuma Ni Sebelum Terlepas

Bila ada peluang sebegini, buat apa tunggu lagi. Korang kena daftar segera sebelum platform dibuka. Jangan anggap, alah buang masa je join program macam ni. Ehhh habis tu kejayaan tu akan datang bergolek ke kalau kita tak berusaha. Apa salahnya sesekali kita luangkan masa selama beberapa hari je dari 27 Ogos hingga 29 Ogos 2021 ni. Gali ilmu yang diberi itu sedalam yang boleh.

Jika ikut logik memang 3 hari tu tak cukup untuk timba ilmu keusahawanan seperti ini, ingat satu peribahasa ni "Timbalah ilmu walaupun sehingga ke negeri Cina". Maksudnya, proses pembelajaran tu tak akan berakhir. Sebab itulah, Richworks sentiasa membuka peluang kepada bakal usahawan di luar sana untuk berkongsi segala ilmu yang mereka ada seperti program Bangkit Bisnes 3.0 ini.

Selepas dari itu, terpulanglah sama ada korang nak join lagi mana-mana program anjuran Richworks, tiada paksaan. Jika rasa perlu dan berkemampuan boleh je join. Semuanya atas pilihan korang sendiri.

Pada yang benar-benar nak ubah hidup, rebutlah peluang ini sebelum terlambat. Daftarlah segera dan korang boleh nilai sendiri segala ilmu dan perkongsian secara PERCUMA nanti.



Post a Comment

2 Comments

  1. Jom kinah! Akak pun nak rebut peluang ni...free plak tu

    ReplyDelete
  2. semoga ramai yang akan Bangkit selepas join program ni.

    ReplyDelete