Titan Summit 2021 Kisah Kejayaan Usahawan Durian Crepe Puan Robiatul Adawiah Ibrahim Founder RABI SUGARFLOUR

Titan Summit 2021 Kisah Kejayaan Usahawan Durian Crepe Puan Robiatul Adawiah Ibrahim Founder RABI SUGARFLOUR | Berniaga ni jika tiada menthor, sebenarnya susah juga nak grow. Alih-alih kita masih berada ditakuk yang lama. Tapi, sampai bila kita nak berada ditakuk yang sama kan? Tambah pula pada musim pandemik ini. 

Apabila tengok kejayaan orang lain, kita pun teringin nak berjaya seperti mereka, tetapi sejauhmana usaha kita untuk capai kejayaan seperti mereka. Memang betul, semuanya itu bukanlah mudah, tapi jika kita berani keluar dari kepompong yang selesa, sedia hadapi risiko yang mendatang dan ikut jalan yang betul, insyaAllah pasti ada jalan penyelesaiannya. 

Namun, semua itu kita perlu ada guru yang akan membimbing kita.

Buat mereka yang ingin berjaya dalam perniagaan khususnya, kinah nak kongsi dengan korang satu program anjuran Richworks yang akan berlangsung pada 24 hingga 26 September 2021 ini yang mana program tersebut akan menghimpunkan 100 orang usahawan Richworks. 

Best tak best?

Titan Summit 2021 Kisah Kejayaan Usahawan Durian Crepe Puan Robiatul Adawiah Ibrahim Founder RABI SUGARFLOUR

Program yang diberi nama Titan Summit 2021 - 10X Bina Bisnes Berjaya yang akan diadakan secara  virtual ini akan berkongsi apakah rahsia kejayaan dan tindakan mereka dengan orang ramai sehingga mereka bertahan sehingga ke hari ni dan memperoleh hasil jualan daripada zero sehingga mencecah 7 angka jualan meskipun wabak pandemik melanda pada ketika ini. 

Bagus juga, Richworks Academy buat program seperti ni, rasa lebih dekat dengan usahawan yang berjaya dan mereka pula sudi berkongsi kisah kejayaan mereka dengan kita. Jadi, kita yang baru nak belajar selok belok dalam perniagaan memang patut ambil peluang sebegini. Nak jadi usahawan yang berjaya ni, banyak perkara yang perlu kita tahu terutama dengan pemasaran digital yang semakin mendapat tempat dihati pengguna pada waktu ini.

Sebelum kinah cerita dengan lebih lanjut mengenai program Titan Summit 2021 - 10X Bina Bisnes Berjaya ni, kinah nak kongsi kisah kejayaan salah seorang anak murid Dr Azizan yang kini telah menjadi salah seorang usahawan Titan.


Kisah Kejayaan Usahawan Durian Crepe Puan Robiatul Adawiah Ibrahim Founder RABI SUGARFLOUR 

Orang kata berakit rakit ke hulu, berenang ke tepian, bersakit dahulu bersenang kemudian, itulah perumpamaan yang boleh di umpamakan bagi seorang insan yang bernama Robiatul Adawiah yang kini merupakan salah seorang usahawan Titanium Richworks, RABI SUGARFLOUR (Durian Crepe). Hmm bagaimana ye Puan Robiatul Adawiah ni boleh berjaya ye?

Itu korang kena baca sendiri kisah hidup perjalanan Usahawan Jutawan Robiatul Adawiah iaitu founder RABI SUGARFLOUR (Durian Crepe) ni.

Titan Summit 2021 Kisah Kejayaan Usahawan Durian Crepe Puan Robiatul Adawiah Ibrahim Founder RABI SUGARFLOUR

Bermula pada tahun 2016, bagi yang pernah mengenali beliau, pastinya mengetahui bagaimana beliau begitu struggle untuk meneruskan kehidupan dengan bekerja sebagai seorang guru tabika yang mana ketika itu gaji hanya RM900 sebulan. Manakala, pendapatan suami beliau pada ketika itu yang bekerja sebagai runner pizza pula RM1800. Kalau ditambah, tolak jumlah pendapatan mereka, sebenarnya jumlah itu tidak dapat menampung kehidupan mereka sekeluarga. 

Disebabkan itu, beliau nekad untuk menjalankan bisnes secara part time saja dengan menjual pelbagai jenis kek, lunchbox dan juga makanan lain. 

Titan Summit 2021 Kisah Kejayaan Usahawan Durian Crepe Puan Robiatul Adawiah Ibrahim Founder RABI SUGARFLOUR

Pada waktu ini, beliau tiada team yang membantu, maka segala urusan memasak, membungkus, dan menghantar semuanya beliau lakukan sendiri. Atas tuntutan kerja, beliau sering hilang fokus dalam bisness kerana tidak mempunyai produk yang tetap. Marketing pun hanya buat sendiri saja dan jika rajin, dengan hasil berniaga part time tersebut bolehlah mencecah RM1000.

Namun begitu, pada tahun 2017 kehidupan mereka mula terkesan apabila suami beliau ditimpa kemalangan ketika pulang dari bekerja. Dalam masa yang sama, ibu bapanya meminta bantuan daripada beliau untuk membantu menyelesaikan masalah hutang keluarga sebanyak RM40,000. 

Bermula dari situlah, Puan Robiatul mula tertarik untuk mengikuti video dan live daripada  Datuk Wira Dr. Azizan Osman. Sejak itu, beliau mula mempraktikkan apa yang telah dipelajari dan mula membina jenama beliau sendiri. 

Titan Summit 2021 Kisah Kejayaan Usahawan Durian Crepe Puan Robiatul Adawiah Ibrahim Founder RABI SUGARFLOUR

Akhirnya, Rabi Durian Crepe by RabiSugarflour dilancarkan. Apabila Rabi Durian Crepe dilancarkan, sistem ejen secara kecil-kecilan mula dibangunkan dan beliau  membuat keputusan untuk berhenti kerja sebagai guru tabika kerana ingin fokus kepada bisness durian crepe sahaja.


Mula Menghadiri Kelas Zero Kos Marketing dan Black Magic Marketing Mentoring 

Pada tahun 2018, beliau mula menghadiri kelas Richworks iaitu Zero Kos Marketing (ZKM) dan  Black Magic Marketing Mentoring (BMMM). Setelah menghadiri kelas Richworks, beliau telah mula nampak bisnes yang dijalankan semakin berkembang dan semestinya team ejen beliau semakin ramai. 

Pada tahun 2019 pula, beliau telah mula mengikuti seminar IMKK kemudian mendaftar diri ke program Spire pada bulan Mac 2019. Nampaknya, sedikit demi sedikit Puan Robiatul Adawiah bangkit. Bermula hanya bisnes secara kecil-kecilan dari rumah, akhirnya cita-cita beliau ingin mempunyai kedai sendiri tercapai.

Titan Summit 2021 Kisah Kejayaan Usahawan Durian Crepe Puan Robiatul Adawiah Ibrahim Founder RABI SUGARFLOUR

Kini, beliau bukan saja mempunyai kedai sendiri tanpa perlu menyewa lagi. Bilangan staf pun semakin meningkat iaitu seramai 20 orang. Beliau juga kini mampu menghadiahkan kereta kepada ayahnya dan memberi wang belanja kepada ibu bapanya serta mertuanya sebanyak RM10,000 sebulan. Beliau turut memasang impian untuk mempunyai wisma beliau sendiri.

Menarik kan bila kita baca kisah kehidupan seorang usahawan ni. Semoga dengan perkongsian ini dapat menyuntik semangat korang untuk bangkit dan berjaya kecapi cita-cita korang tu.


Kisah Inspirasi  Kejayaan 100 Usahawan Titan Summit 2021 Yang Berjaya Harungi Cabaran Bisnes Ketika Pandemik

Kisah kejayaan Puan Robiatul Adawiah adalah antara salah seorang usahawan Titan 2021 yang akan turut bersama pada program itu nanti. Kalau korang nak tahu,100 usahawan jutawan ini merupakan sebahagian anak didik di bawah RichWorks dan bimbingan mentorship Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang terdiri daripada 20 industri yang berasal daripada seluruh Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak termasuklah Australia, Singapura dan Indonesia.

Besar juga rupanya pengaruh beliau, mana tak nya, sejak tahun 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan telah menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). 

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Wowww tahniah Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Titan Summit 2021 Kisah Kejayaan Usahawan Durian Crepe Puan Robiatul Adawiah Ibrahim Founder RABI SUGARFLOUR

Semoga himpunan jutawan ini dapat memberikan inspirasi dan harapan kepada usahawan dan bakal usahawan di luar sana bahawa mereka juga boleh berjaya dalam tempoh mencabar ini.

Bagi yang berminat untuk menyetai program Titan Summit 2021 ini, ianya terbuka kepada semua usahawan dan bakal usahawan dan korang masih belum terlambat lagi untuk mendaftar ye.

Kinah tau, korang mesti nak tahu harga kelas titanium Dr Azizan bukan?

Yang itu korang boleh pergi ke website official yang kinah kongsi dibawah tapi untuk program ini ianya ditaja sepenuhnya oleh pihak RichWorks. So, memang percuma je program ni ye. No worries.

Haaaaa tunggu apa lagi, daftar segera dan rebut peluang ini jika korang nak berjaya.




Ekhmm ekhmmm, anda ada masalah kerosakan phone? Chamo boleh bantu selesaikan masalah anda. Boleh ke  https://chamo.my di Seri Kembangan. Untuk maklumat lanjut, berikut adalah details Chamo: 
Chamo
017-282 8089
118-1, Jalan PUJ 3/2, Taman Puncak Jalil, 43300 Seri Kembangan, Selangor


Post a Comment

4 Comments

  1. Wah..menarik lah ...good luck

    ReplyDelete
  2. Suka baca kisah2 usahawan berjaya ni..

    ReplyDelete
  3. inspiring dengar cite usahawan hebat ni

    ReplyDelete
  4. Wah jual durian crepe pun boleh jadi jutawan! Bukan kaleng-kaleng anak didik DWDAO ni.

    ReplyDelete