Advertisement

Responsive Advertisement

Pengalaman Menginap di Pearl Inn Taiping

Pengalaman Menginap di Pearl Inn Taiping | Cewah, tajuk bukan kemain. Sebaik saja rentas negeri dibenarkan pada 11 Oktober 2021 yang lepas, kami plan nak pulang ke kampung untuk melawat mak dengan ayah. Tapi, mak pesan tangguh dulu sebabnya rumah mak dalam proses renovation huhu. Pulak dahhh!!

Ok lah, kita tunggu rumah opah siap baru boleh balik, lagipun tengah banyak habuk sebab renovation tu.

Jadi, dari plan A tukar ke plan B iaitu balik ke Taiping untuk tengok keadaan rumah di sana pulak. Iyela, dah lama tak balik, apa jadi dengan rumah tu pun tak tau. Jadi, yop plan nak kemas dan tebas la apa yang patut.

Apabila rumah dah lama tinggal, tak boleh la nak stay di situ. Nak tak nak, kena la kami cari satu hotel yang berdekatan untuk kami berteduh untuk beberapa malam. Dekat tak dekat, kami tempah satu hotel dekat dengan Taman Tasik Taiping iaitu Pearl Inn PLT.


Pengalaman Menginap di Pearl Inn Taiping

Kalau sebelum ni kami menginap di The Regency Hotel, tapi kali ni kami nak tukar angin pula untuk menginap di Pearl Inn pula. Lokasinya tak jauh pun dari Taman Tasik Taiping tu.

Pengalaman Menginap di Pearl Inn Taiping
Sumber dari google (pinjam dari google) 

Inilah dia view hotel pada waktu malam. Pun pinjam je dari google. Pada waktu malam masa kami stay kat sini, hujan. Tak dapat nak ambik gambar. Kalau korang nak tau, hotel ni takde lif ye. Jadi, korang kena naik tangga. Sesekali excersice hehe

Pengalaman Menginap di Pearl Inn Taiping
Sumber google juga

Disebabkan ahli Jalan Jalan Makan Angin kami dah bertambah, jadi kami memilih bilik king sized dengan view. Dari bilik dah nampak view tepi tasik tu. Kalau cuaca elok, pada waktu petang korang boleh jalan-jalan kat tepi tasik tu.

Pengalaman Menginap di Pearl Inn Taiping
Sumber google lagi (tak dan nak ambik gambar)

Sejujurnya, bilik yang kami pilih ni tak besar mana pun. Jadi, nak keselesaan, kami alihkan katil ke tepi dinding. Jadi, ada ruang untuk si Lulu nak bermain. Sebaiknya la, bagi mereka yang ada anak kecil, ambik bilik lain atau apartment untuk tujuan keselamatannya. Kalau tengok di gambar tu, korang tengok tak ada meja. Tapi sebenarnya ada je meja dekat cermin tu.

Selain tu, bilik ni jugak ada hair dryer. Tapi kinah ni tak pakai sangat pun hahah. Biar rambut kering secara natural.

Pengalaman Menginap di Pearl Inn Taiping

Seperti biasa, kami kalau pilih hotel kami akan cari sekali yang sediakan breakfast sekali. Bukannya apa, senang sikit kerja. Bangun pagi terus ada sarapan. Tambah dengan ada si Lulu ni, pergerakan kami agak terbatas. Di tambah pula, cuaca yang tak menentu ni.  Jadi, kami di beri pilihan sama ada nasi lemak atau pun sandwic. Macam biasa, tekak melayu ni confirm nak makan nasi lemak dan nasi lemaknya memang sedap. Korang kena cuba.

Nah sambil makan, kita boleh nikmati view ni. Bukannya selalu kan.

Pengalaman Menginap di Pearl Inn Taiping

Lepas breakfast tu, kalau korang nak berOoTd di kawasan lobi pun boleh sebab ada barang hiasan dan barangan antik di situ dan di lobi ni juga korang breakfast. Ada meja disediakan.

Pengalaman Menginap di Pearl Inn Taiping

So far, tempat ni memang kinah recommend sangat, sebab bersih, layanan staf dia pun ok dan peramah dan banyak membantu kami masa check out. Kebetulan pada masa tu hujan agak lebat. Lokasinya pun memang terbaik. Keluar je pintu lobi, dah nampak tasik.

Korang yang ada plan nak ke Taiping dan cari tempat penginapan yang dekat dengan puasat bandar Taiping boleh la ke Pearl Inn ni. Kinah booking dari Agoda je. Nak tau apa aktiviti kami lepas yop settle hal rumah dia, nanti kinah update lain ye





Post a Comment

2 Comments

m