Rangkaian Cosmoderm Glow-C Dapat Membantu Masalah Kulit Kusam  | Masalah kulit kusam, letih dan tak bermaya ditambah pula dengan faktor usia pula menjadikan kita rasa kurang berkeyakinan untuk tampil jelita. 

Walaupun masalah kulit kusam tu boleh di atasi dengan solekan, tapi bagi kinah la sampai bila kita perlu bergantung dengan solekan. Sesekali, kita perlu bebaskan kulit kita dari sebarang solekan. 

Untuk itu, kinah nak kongsi dengan korang dengan satu lagi rangkaian dari Cosmoderm Glow-C khusus buat mereka yang mempunyai masalah kulit kusam, letih dan tak bermaya.


Rangkaian Cosmoderm Glow-C Dapat Membantu Masalah Kulit Kusam, Letih dan Tak Bermaya

Rangkaian Cosmoderm Glow-C Dapat Membantu Masalah Kulit Kusam, Letih dan Tak Bermaya

Dalam rangkaian Cosmoderm Glow-C ni semestinya mengandungi vitamin C yang mana kita semua maklum akan khasiatnya sememangnya bagus untuk kulit kita yang mana ianya dapat membantu melindungi sel kulit kita daripada radikal bebas akibat terdedah dengan sinar UV.

Di samping itu, kandungan vitamin c juga dapat mengurangkan penghasilan melanin pada kulit yang dapat membantu mencerahkan hyperpigmentasi dan ianya semestinya bebas daripada paraben, pewangi dan SLS ye.

Kebaikan Kandungan Vitamin C 
  • Sekatakan tona warna kulit
  • Membantu melawan radikal bebas
  • Merangsang penghasilan kolagen dalam kulit
  • Membantu mengurangkan kesan garis halus pada wajah
  • Membantu melembapkan kulit
  • Menjadikan kulit lebih anjal dan gebu


Ikuti 4 Langkah Mudah Kulit Lebih Anjal dan Lebih Sihat dengan Rangkaian Cosmoderm Glow-C

Hanya ikuti 4 langkah mudah untuk dapatkan kulit yang sihat, anjal dan gebu dengan rangkaian cosmoderm Glow-C iaitu

1. Cosmoderm Glow C Detox Cleansing Gel 

Rangkaian Cosmoderm Glow-C Dapat Membantu Masalah Kulit Kusam, Letih dan Tak Bermaya

Seperti biasa semestinya langkah pertama dimulakan dahulu dengan pembersih muka iaitu Cosmoderm Glow C Detox Cleansing Gel. 

Glow C detox cleansing ni berfungsi sebagai pencuci muka dan mencuci muka dengan lebih lembut. Mengandungi minyak pati oren yang dapat membantu detoks kulit kita daripada radikal bebas yang berbahaya supaya kulit lebih berseri dan lebih anjal.

Cara Penggunaan

Hanya picit Cosmoderm Glow C Detox Cleansing ke tapak tangan dan sapukan kepada kulit muka yang telah dilembapkan terlebih dahulu. Setelah selesai, bilas dengan air sehingga bersih.


2. Cosmoderm Glow C Radiance Toning Essence

Rangkaian Cosmoderm Glow-C Dapat Membantu Masalah Kulit Kusam, Letih dan Tak Bermaya

Langkah kedua, selepas detoks kulit dengan Glow C detox cleansing jangan lupa untuk guna radiance toning essence ni. Diformulasi dengan vitamin C 500mg yang dapat membantu membangkitkan dan mengaktifkan sel sambil merangsang serat protein kulit supaya kulit kita kelihatan lebih muda.

Di samping membantu mencerahkan dan sekatakan tona kulit.

Cara Penggunaan

Hanya tuang Radiance Toning Essence ke tapak tangan, kemudian sapukan dengan rata di muka dan tepuk tepuk sikit supaya toning essence mudah meresap ke dalam kulit.


3.  Cosmoderm Glow - C Super Boosting Serum

Rangkaian Cosmoderm Glow-C Dapat Membantu Masalah Kulit Kusam, Letih dan Tak Bermaya

Langkah ketiga ni adalah salah satu favourite item dalam rangkaian Cosmoderm Glow-C ni iaitu Super Boosting Serum. Kinah lebih excited dengan serum ni sebabnya ianya mengandungi vitamin c 5000mg tau. Banyak tu.

Macam biasa la, bila sampai langkah serum ni kinah terlebih excited nak kongsi mengenai kelebihan serum Glow-C dari cosmoderm ni iaitu
  1. Membantu mencerahkan semula hiperpigmentasi dan bintik hitam dengan berkesan.
  2. Melindungi kulit dari radikal bebas dan kerosakan foto.
  3. Membantu mengurangkan garis-garis halus.
  4. Membantu sekatakan tona kulit 
  5. Melembut dan melembapkan kulit


Cara Penggunaan

Mudah saja guna serum ni. Titiskan serum pada tapak tangan kemudian sapu serum pada muka dan urut dengan perlahan sehingga serum betul-betul serap ke dalam kulit. 


4. Glow-C Brightening Moisture Solution

Rangkaian Cosmoderm Glow-C Dapat Membantu Masalah Kulit Kusam, Letih dan Tak Bermaya

Langkah terakhir ialah Cosmoderm Glow-C Brightening Moisture Solution yang mana ianya diformulasi khusus buat mereka yang mempunyai masalah kulit kusam letih dan tak bermaya. Seperti item lain dalam rangkaian Glow-C, moisture solution ini juga turut mengandungi minyak pati oren dan semestinya ianya bau yang menyenangkan. 

Best ooo bau dia.

Kelebihan Cosmoderm Glow-C Brightening Moisture Solution
  1. Melindungi kulit dari radikal bebas dan kerosakan foto
  2. Membantu mengurangkan garis-garis halus
  3. Melembut dan melembapkan kulit
  4. Menjadikan kulit lebih anjal dan lebih berseri

Cara Penggunaan

Sapu rata di bahagian leher dan muka. Boleh diguna untuk siang dan malam


Mahu Kulit Sihat, Cerah dan Berseri Tanpa Bintik Hitam, Garis Halus dan Lebih Anjal

Rangkaian Cosmoderm Glow-C Dapat Membantu Masalah Kulit Kusam, Letih dan Tak Bermaya

Korang kalau nak kulit sihat, cerah berseri tanpa cela boleh cuba rangkaian Cosmoderm Glow-C ni. Kalau korang nak "test" dulu produk ni, korang boleh cuba Glow-C Set Pek Travel seperti kinah ni. Tapi serum tu tak termasuk sekali ye dalam pek travel tu. Korang kena beli asing. 

Kinah dah try set Cosmoderm Glow-C ni dan hasilnya memang best ditambah pula dengan adanya minyak pati oren tu. So far, kinah rasa kulit lebih lembut dan kulit ni ada bounce sikit hikhik.

Best tak best?

Korang boleh dapatkannya di rangkaian watsons yang berhampiran dengan harga mampu milik. Nak beli satu set terus pun boleh. Meh kinah bagi senarai harga bagi setiap item set ni. Nanti senang korang nak buat bajet. Tapi serius memang berbaloi kalau korang grab satu set ni.
  • Glow C Detox Cleansing Gel (120ml) - RM 25.90
  • Glow C Radiance Toning Essence (100 ml ) - RM29.90
  • Glow C Super Boosting Serum ( 30 ml ) - RM 45.90
  • Glow C Brightening Moisture Solution ( 50ml ) - RM39.90

Atau kalau malas nak walk in ke Watsons, boleh beli secara online di sini

Sekarang ni semuanya dihujung jari je. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk cosmoderm dan sebarang promosi korang boleh layari