Ticker

6/recent/ticker-posts

Terjebak Beli Botol Air Viral Di Tiktok Shop

Terjebak Beli Botol Air Viral Di Tiktok Shop | Assalamualaikum semua... Apa khabar? Hari ni kinah nak kongsi dengan korang barang yang kinah beli di TikTok Shop. Adehh macam tak percaya pulak dah terjebak membeli di situ. 

Terjebak Beli Botol Air Viral Di Tiktok Shop

Pada mulanya kinah tak heran pun setiap kali kinah duk scrool tiktok tu. Tapi ntah macam mana terkenan pulak dengan botol air viral yang comel tu. Paling tak sangka harganya hanya RM8.05 dari RM16 dan free shipping pulak tu. Aishh tak boleh jadi ni. 

Kinah pun tengah nak sahut seruan minum air secukupnya, jadi tak salah la beli satu.

Bagi kinah memang berbaloi la dengan harga tu jika beli dengan platform oyen tu, harganya dua kali ganda tak termasuk dengan shipping..


Bagaimana Nak Beli Barang Di TikTok Shop

Biasanya masa kita scroll tu akan ada iklan sama ada dari sponsor ataupun seller tu sendiri. Korang kalau nampak iklan tu dan nampak ada beg kuning kat bahagian bawah tu, klik je beg kuning tu. Nanti korang akan masuk terus ke market. Kinah sebelum nak buat sebarang pembelian, kinah akan baca terlebih dahulu review dari pembeli sebelum ni dan seller tersebut memang trusted sebab dah ramai yang review lebih kurang 8K. 

Bagi korang yang pertama kali nak membeli di TikTok Shop korang mesti tertanya-tanya macam mana nak trace barang yang kita dah buat pembayaran tu. Kena download apa-apa ke?

Tak payah download pun. 

Pada mulanya, kinah sendiri pun blurr. Macam biasa semua benda di hujung jari je, kinah search di youtube bagaimana nak trace barang di tiktok shop.

Rupanya, mudah je nak trace. Cuma klik 3 line di bahagian kanan atas tu. Kemudian klik bahagian settings dan privacy dan klik order. Kat situ, korang boleh trace sama ada seller dah ship, nombor tracking di situ. Mudah je kan.

Bila dah tau caranya, bolehlah shopping lagi kekekeke. Korang yang baru berjinak-jinak nak main tiktok ataupun nak shopping di sana pula korang boleh guna referral tiktok kinah ni BE6462481




Post a Comment

1 Comments