Cuaca Panas, Anak Aktif Bermain: Kenapa Elok Standby ByeBye-FEVER Dalam Beg

Cuaca Panas, Anak Aktif Bermain: Kenapa Elok Standby ByeBye-Fever Dalam Beg | Siapa yang ada anak kecil, mesti faham satu perkara, anak memang susah nak duduk diam. Cuaca panas macam mana sekalipun, kalau dah nampak taman permainan, kolam atau tempat menarik, tetap juga nak bermain. Kadang-kadang sampai berpeluh-peluh pun masih belum lagi puas nak bermain.

Dengan keadaan cuaca sekarang yang tak menentu, sebagai ibu bapa kita kena lebih peka dengan keadaan anak. Tambahan pula kalau merancang untuk keluar seharian mahupun pergi bercuti.

Cuaca Panas


Keluar Dengan Anak, Beg Pun Kena Lengkap

Bila keluar dengan anak, dalam beg biasanya memang akan ada macam-macam seperti tisu basah, air minuman, makanan ringan, pakaian tambahan, ubat-ubatan. Kinah juga sediakan satu ruang kecil dalam beg untuk keperluan kecemasan anak antaranya ByeBye-FEVER dari Hisamitsu.

ByeBye-FEVER untuk kanak-kanak

Saiznya yang praktikal, jadi mudah dibawa ke mana saja dan boleh disimpan dalam beg yang mana boleh jadi sebagai salah satu persediaan apabila diperlukan.

Bukan bermaksud kita menjangkakan anak akan tidak sihat setiap kali keluar. Cuma bagi kinah, lebih baik ada daripada tiba-tiba diperlukan tetapi tiada. Korang fahamkan apa kinah maksudkan ni.


Pantau Keadaan Anak Ketika Bermain

Apabila tengah seronok bermain, anak-ank ni ada masanya tak sedar badan mereka sudah mula letih. Selain menyediakan keperluan dalam beg, ibu bapa juga perlu memerhatikan keadaan anak. Pastikan mereka minum air yang mencukupi dan berehat apabila perlu.

ByeBye-FEVER

Buat masa ini, elakkan aktiviti terlalu lama di luar kerana keadaan jerebu yang tak menentu disamping cuaca pun adakalanya tak mengizinkan untuk anak-anak keluar beriadah. Jika anak kelihatan terlalu letih, tak bermaya atau ada menunjukkan tanda tak sihat, hentikan aktiviti dan berikan perhatian segera sebelum terlambat.

Jika anak benar-benar demam atau tak sihat, jangan hanya bergantung kepada produk penyejuk saja. Pantau keadaan dan suhu mereka serta dapatkan nasihat doktor sekiranya perlu.


ByeBye-FEVER, Salah Satu Barang Dalam Beg Anak

Bagi ibu yang suka menyediakan “emergency kit” kecil untuk anak, ByeBye-FEVER boleh dijadikan salah satu barang wajib dalam beg. Terutama apabila nak keluar, balik kampung, bercuti ataupun melakukan aktiviti bersama anak.

ByeBye-FEVER

Persediaan kecil macam ni mungkin nampak agak remeh, tetapi bagi seorang ibu, ia boleh buat kita rasa lebih tenang ketika berada di luar bersama anak-anak.

Ingat lagi beberapa minggu yang lepas, kami sekeluarga sekali lagi diuji dengan influenza. Demam on off, badan tak berdaya, sakit-sakit sendi. Mujurlah simpan ByeBye-FEVER ni, sedikit sebanyak dapat membantu membantu mengurangkan panas badan anak.


Mudah Didapati Apabila Diperlukan

ByeBye-FEVER boleh didapati di Guardian dan juga farmasi terpilih, tertakluk kepada ketersediaan stok di kawasan masing-masing.

ByeBye-FEVER

Jadi, kalau sedang merancang untuk keluar bercuti atau pun ada plan aktiviti bersama anak, bolehlah semak dan standby lebih awal.

Kita mungkin tak dapat mengawal cuaca atau menghalang anak daripada terus aktif bermain. Dengan persediaan yang betul, ibu bapa boleh menikmati masa bersama anak dengan lebih tenang, sambil memastikan keperluan mereka sentiasa diberi perhatian.

Nota: Gunakan Bye Bye-Fever mengikut arahan pada pembungkusan dan kesesuaian umur yang dinyatakan. Jika anak mengalami demam berterusan, suhu tinggi atau menunjukkan tanda-tanda yang membimbangkan, dapatkan pemeriksaan dan nasihat daripada profesional kesihatan.

Post a Comment

0 Comments