Showing posts with label Bajet. Show all posts
Showing posts with label Bajet. Show all posts

Saturday, 26 October 2013

,
 
Suatu hari, encik tunang menelefon cik tunangnya.
Encik Tunang: "Saya nak beritahu awak berita penting."
Cik Tunang: "Apa dia, cepat sikit saya nak goreng keropok ni."
Encik Tunang: "Sabarlah. Saya harap awak pasrah."
Cik Tunang: "Kenapa ni awak? Awak nak kita putus ke?"
Encik Tunang: "Eh Eh Eh..tidak tidak.."
Cik Tunang: "Habis tu?"

Encik Tunang: "Kita kena tangguh perkahwinan kita ke tahun depan satu lagi."
Cik Tunang: "Kenapa?!!!!"
Encik Tunang: "Harga gula naik. Saya bajet RM5-10 ribu je kenduri kahwin. Sekarang dah naik, kos majlis kenduri naik sampai RM15 ribu. Mana saya ada duit on the spot."
Cik Tunang: "Ala, kita bagi air kosong ais je lah dekat tetamu yang hadir nanti. Tak perlulah air sirap! Kan boleh kurangkan bajet tu."
Encik Tunang: "Tak kira, saya nak air sirap jugak!"
Cik Tunang: "Air kosong ais je lah!!"
Encik Tunang: "Air sirap selasih ais gak!"
Cik Tunang: "Sudahlah awak. Baik saya nikah dengan orang lain je."
Encik Tunang: "Eh jangan..jangan..okay okay..air kosong ais okay.."
Cik Tunang: "Menu makanan kita semua kita tukar okay. Sebab saya nak nikah tahun ni jugak!"
Encik Tunang: "Awak nak menu apa?"
Cik Tunang: "Ikan tawar sahaja cicah sambal kicap. Kicap jangan beli cap kipas udang. Mahal tu. Lari bajet. Kicap soya paling murah je okay. Acar timun semua tu taknak. Barang-barang ada GST semua taknak."
Encik Tunang: "..................." (terdiam sambil berkata dalam hati, "ni dah memang betul2 bajet 2014")
Maka berlangsunglah pernikahan mereka selepas itu pada waktu yang ditentukan dengan penuh bajetnya. Yes, tanpa air sirap.
 
Huhuhu yang ni Kinah copy paste daripada wall Facebook. Semua kerana Bajet 2014. Jenuh gini weh confirm semua barang pasni naik. Nampak gayanya bajet nak nikah nanti cuma buat kenduri doa selamat jemput jiran tetangga dan saudara terdekat sudah. Simpan duit untuk yang akan datang pulak.



,
Assalamualaikum semua...

Sana sini orang sibuk memperkatakan mengenai Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri kita petang semalam. Kinah pun tak terkecuali menonton bajet tersebut petang semalam sungguhpun ada jugak terlelap hihi. Ok kita lupakan semua tu. Apa pandangan anda semua mengenai pembentangan bajet semalam? Adakah menepati apa yang telah anda jangkakan ataupun sebaliknya. Bagi Kinah, bajet yang telah dibentangkan semalam memperlihatkan anjakan ke satu era baharu pentadbiran kerajaan apabila beliau telah memansuhkan subsidi gula sebanyak RM0.34 berkuatkuasa pada hari ini. Di samping itu, beliau juga turut memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan memansuhkan pula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang memang dinanti-nantikan oleh semua pihak pada Bajet 2014 kerana pembaharuan itu dilihat mampu memperkemaskan sistem percukaian yang sedia ada bagi mengelakkan cukai berganda ke atas pengguna. 

Antara intipati Bajet 2014 yang telah dibentangkan semalam ialah
  • Bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.4 juta penjawat awam dan akan dibayar pada awal bulan Januari 2014.
  • Golongan pesara akan menerima bantuan khas kewangan sebanyak RM250.
  • Pelepasan cukai khas RM2000 untuk pembayar cukai yang pendapatan bulanan sehingga RM8000.
  • Subsidi gula RM0.34 sen dimansuhkan berkuatkuasa hari ini. (Confirm air minuman naik lepas ni)
  • Bantuan persekolahan RM100 diteruskan untuk pelajar sekolah menengah dan rendah.
  • Baucar buku 1Malaysia sebanyak RM250 kepada pelajar pra-universiti dan institut pengajian tinggi. (Tak merasa dah BB1M huhu)
  • BR1M kepada isi rumah pendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah ditingkatkan kepada RM650 daripada RM500.
  • BR1M bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2000 sebulan dinaikkan kepada RM 300 daripada RM250 (ada can ni, tunang kata kena grab this opportunity before getting married hahah)
  • Peruntukan RM1 bilion untuk Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) bagi menyediakan 80,000 unit rumah pada harga 20 % lebih murah berbanding dengan harga pasaran.