Showing posts with label Biolife. Show all posts
Showing posts with label Biolife. Show all posts

Tuesday, 16 March 2021

,

Bio-Life Proutix Suplemen untuk Kesihatan Wanita| Mencegah lebih baik daripada mengubati, merupakan perkataan yang seringkali kita dengar. Namun begitu, sejauh manakah kita mengambil pendekatan serius bagi menjaga kesihatan badan kita termasuklah dibahagian intim. Awas ya, entri kinah kali ni berkaitan dengan kesihatan wanita terutamanya. So, wanita diluar sana, tolong ambil serius akan hal ini, dan jangan sesekali kita pandang enteng pada bahagian itu ye. Jika kita buat tak tahu saja, jangan nanti esok lusa bila dah ada masalah barulah nak berubat. Takut nanti pada masa tu dah terlambat. 


Kinah faham, mungkin topik yang kinah bicara ni bukan semua orang suka bincang secara terbuka kerana malu, tapi, kita sebagai wanita nak tak nak kena jugak ambil tahu akan hal ni. Bimbang nanti akan membawa mudarat kepada diri.



Masalah Bahagian Intim Yang Sering Dialami Oleh Wanita

Apabila bicara mengenai bahagian intim wanita, kesedaran awal bermula daripada ibu bapa itu sendiri mengenai penjagaan kesihatan pada bahagian intim. Lagipun ibu adalah individu yang terdekat untuk mendedahkan anak perempuan mereka dalam soal penjagaan kebersihan faraj. Cara didikan penjagaan dan pembersihan yang betul akan membantu dan mengekalkan tahap Ph di kawasan tersebut bagi mengelakkan berlakunya jangkitan kuman ataupun fungus. 


Bio-Life Proutix Suplemen untuk Kesihatan Wanita
Bio-Life Proutix Suplemen untuk Kesihatan Wanita


Masalah seperti ini bukan saja dialami oleh anak gadis, malah wanita yang semakin meningkat usia juga tidak akan lari dengan masalah keputihan dan gatal pada Miss V ni. Kinah pun tak terkecuali dengan masalah ni lebih-lebih lagi semasa mengandungkan Thahirah dulu. Pada masa tu, gatalnya memang tak boleh bawa bincang. Jadi, kinah pun google la bagaimana cara nak hilangkan gatal miss V semasa mengandung. Semua cara kinah pakai tau. Itu cerita 6 tahun yang lepas la. Alhamdulillah sekarang memang dah takde masalah tu. Walaupun masalah tu tiada lagi, kita sebagai wanita perlu juga jaga Miss V kita tu sebaiknya. Benda nak pakai lama kot.



Kepentingan Pengambilan Probiotik Dalam Kehidupan Seharian

Pengambilan probiotik dalam kehidupan seharian dapat membantu dan memulihkan semula bakteria ‘baik’ serta kesimbangan mikrobiota vagina yang telah terganggu. Ohh ye baru-baru ni kinah diperkenalkan oleh rakan dengan suplemen makanan tambahan khusus untuk kesihatan wanita daripada produk biolife iaitu Proutix, bagus untuk kesihatan wanita katanya. Hmm kenapa la kinah tak tahu sebelum ni ye. 



Bio-Life PROUTIX Suplemen Khusus untuk Kesihatan Wanita

Seperti mana yang kinah bagitau di atas, Biolife Proutix adalah suplemen yang dicipta khusus untuk kesihatan wanita. Apabila kita menjadi isteri, ibu kepada 2 orang cahaya mata yang semakin aktif memerlukan kinah sentiasa kelihatan cergas dan cekap terutama dalam mengurus hal ehwal rumah tangga serta bisness yang kinah baru ceburi. Oleh sebab itu, kinah memerlukan suplemen seperti Proutix sebagai pelengkap yang dapat membantu kinah untuk terus kekal cergas setiap hari.


Bio-Life Proutix Suplemen untuk Kesihatan Wanita


Dari tadi kinah pung pang mengenai Proutix, mesti korang nak tahu apa itu Proutix kan. Proutix ialah suplemen probiotik yang dirumus khas untuk kesihatan wanita bagi membantu mengekalkan kesihatan wanita. Proutix ni mengandungi dua jenis strain yang telah diuji secara klinikal iaitu  Lactobacillus rhamnosus GR-1 dan Lactobacillus reutri RC-14.



Ciri-Ciri Biolife Proutix

Bio-Life Proutix Suplemen untuk Kesihatan Wanita


Suplemen probiotik yang dirumus khas untuk kesihatan wanita

• Kedua-dua Lactobacillus rhamnosus GR-1 dan Lactobacillus reutri RC-14 merupakan strain probiotik yang telah diuji secara klinikal.

• Menggunakan pengkapsulan mikro khas untuk melindungi kultur bacteria hidup daripada asid gastrik.

• Mampu bertahan pada garam hempedu dan melangsungkan hidup sepanjang saluran gastro-usus.

• Kapsul sayuran

• Halal

• 5 bilion CFU kultur hidup dalam setiap kapsul

• Selamat untuk pengambilan jangka panjang.



Perkara Penting yang Perlu Korang Tahu Mengenai Proutix

Ada perkara yang perlu korang tahu mengenai Proutix ni tau iaitu cara penyimpanannya. Proutix ni bukan boleh simpan di tempat sebarangan tau. Sebaik saja Proutix korang sampai, korang perlu simpannya di tempat yang sejuk bagi memastikan manfaat optimum Lactobacillus rhamnosus GR-1 dan Lactobacillus reutri RC-14 yang membekalkan manfaat kesihatan terhadap tubuh badan semasa pengaambilannya. 



Pengalaman Kinah Selepas Mengamalkan Biolife Proutix

Jika ditanya bagaimana pengalaman Kinah selepas mengamalkan Proutix? Syukur Alhamdulillah, kinah rasa hari kinah lebih ceria dan lebih selesa untuk jalani aktiviti harian kinah di rumah. Kinah dah cuba, korang bila lagi? Bagus tau Proutix ni tak cuba mana tahu kan.


Bio-Life Proutix Suplemen untuk Kesihatan Wanita


Di Mana Boleh Dapatkan Biolife Proutix Ni?

Korang boleh dapatkan kesemua produk Biolife termasuklah Proutix ni di website rasmi Biolife iaitu https://biolife.com.my/