Showing posts with label Kad Raya. Show all posts
Showing posts with label Kad Raya. Show all posts

Sunday, 25 June 2017

,
Alhamdulillah selesai masak untuk esok. Leganya. Entri kali ni nak story sikit pasai kad raya yang baru kinah terima. Kedua-dua kad ni kinah dapat daripada blogger. Bestnya dapat kad raya. Tak dapat nak diucapkan dengan kata-kata. Last terima kad raya pun daripada member masa di universiti dulu.
Kad raya super duper cute ni kinah terima daripada www.duniashida.com bertemakan biru.

Kad raya comel ni daripada http://kasihkuamani.blogspot.my

Terima kasih tau. Selamat Hari raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin


Monday, 19 June 2017

,
Assalamualaikum dan selamat pagi. Entri kali ni saja je nak cerita pasai kad raya. Sekarang ni kiriman kad raya dah jarang dah nak buat tak macam zaman dulu. Seronok posmen bila posmen hantar surat. Kadang sampai dua keping terus. Sekarang semua pakai facebook, twitter, whatsappp. Aish yela zaman dah canggih tak main la hantar kad raya ni. Walaupun begitu, masih ada lagi insan yang masih mengekalkan tradisi hantar kad raya ni tau.

Oh ye, kelmarin kami terima satu kad raya. Pelik je sampul sebab daripada Pusat Komuniti Khidmat Masyarakat. Ahh sudah surat apa ni. Bila bukak je surat tu. Laaaa rupayanya, suami terima kad raya daripada Pak Menteri Kewangan kita iaitu YAB Datuk Seri Johari Abd Ghani.



Mungkin penerima BRIM dapat kot kad raya ni. Siapa dapat dah kad raya ni?