Showing posts with label Lazada. Show all posts
Showing posts with label Lazada. Show all posts

Saturday, 11 November 2017

,
Misteri 11.11.2017|Hari ni 11 November 2017. Semua orang sibuk bercerita pasai tarikh ni. Apa yang istimewanya dengan tarikh ni? Haaa khabar baik buat kaki shopping online, Lazada kini sedang mengadakan Lazada Online Revolution sales. Banyak potongan harga bagi barangan terpilih

Misteri 11.11.2017

Misteri 11.11.2017
Misteri 11.11.2017
Masa tengah murah ni la borong kaw kaw nanti bila dah habis promosi ni menyesal tak sudah. Tunggu apa lagi penuhkan peti cart korang tu, peluang ni untuk hari ni je tau. Terlepas kena tunggu tahun depan la pulak. Sekarang ni kinah tengah intai-intai home deco. Ngeee geram betul dengan harganya tu.

Ha lekas pergi ke website Lazada. Ada beberapa jam je lagi nak tamat ni. Tengah ada masa ni bolehlah pilih lagi.

Saturday, 4 November 2017

,
Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017| Sayangnya pada Lazada tau. Selalu anjurkan contest untuk blogger. Hadiahnya pun boleh tahan. Kalau korang nak tahu bermula pada 11 November sehingga 14 Disember akan diadakan Online Revolution Sale. Masa ni la korang nak borong sakan. Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Lazada Online Revolution boleh layari https://www.lazada.com.my/online-revolution/

Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017

Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017

Sebut je pasal shopping online, dalam kepala ni dah tak fikir lain dah. Mesti ingat Lazada je. Macam la takde website lain kinah oii. Ada jugak la cuci mata dekat website lain tapi entahla hati ni lebih ke arah Lazada je huhu. Mana taknya semua orang tau Lazada ni paling famous amous di Malaysia ni, confirm la servis dia baik punye. Memang pun, tak disangkal lagi. Kinah dah banyak kali dah shopping dengan Lazada laju je sampai ke rumah padahal baru je dapat email tracking. Ada sekali tu kinah order barang dari luar negara kalau ikutkan estimate tarikh yang Lazada bagi hujung bulan. Tapi tengah bulan sedar-sedar dah ada orang ketuk pintu hantar barang. Cepatkan barang sampai. Kebanyakan barang yang kinah beli semuanya sampai dalam keadaan yang baik. Takda pulak setakat ni barang tak lengkap ke ape. Memang cukup la serba serbi.

Barang Pertama Beli dengan Lazada dan Pengalaman membelinya
Hmm barang pertama kinah shopping dengan Lazada, kinah pernah tulis dalam entri di sini. Masa tu suami suruh pilih nak beli apa dekat Lazada. Jadi, kinah decide nak beli cadar. Sebabnya kebanyakan cadar yang ada di pasar raya tak menepati apa yang kitorang nak. Apa lagi cari di Lazada banyak betul yang cantik-cantik dan akhirnya kinah pilih cadar bercorak abstrak. Lain sikit daripada biasa. Harganya pun murah. Kalau nak tahu sampai sekarang masih elok lagi tau. Warnanya pun masih cantik.
Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017
Cadar ni untuk pengetahuan semua tak disertakan dengan comforter tau. Pada masa tu harga cadar ni hanya RM38.00 sahaja. Sekarang ni harga cadar ni dah turun sebanyak RM2.00 kiranya RM36.00 haa murahkan. Cadar ni kinah order hari Sabtu malam hari Isnin dah sampai. Pada mulanya ada jugak rasa risau sebab first time kot. Bila barang dah sampai ke tangan kita baru rasa lega. Memang puas hati sangat dengan servis Lazada. Tak pernah mengecewakan.

Jenis Barang yang Bagaimana Beli Secara Online
Biasalah bila dah jadi mak ni nak shopping barang lama-lama di pasar raya semuanya kena cepat dan pantas. Bila jadi macam tu ada je barang yang terlupa. Jadi nak tak nak kena beli secara online. Biarlah lewat sikit janji puas hati. Daripada pilih yang tergesa-gesa tersilap pilih barang kan susah tu. Biasanya kinah beli barang di bilik air seperti shower cream, shampoo dan kadang-kadang beli pampers Thahirah. Satu tips kinah nak share semasa beli barang online, Kinah selalu akan baca review dulu sebelum buat sebarang pembelian. Bila baca review barulah kita rasa yakin nak beli bila orang kata puas hati dengan barang tersebut.

Perkara yang Anda Suka Tentang Online Shopping
Perkara yang kinah suka dengan online shopping ni ialah mudah sangat. Pilih barang yang kita nak beli, buat bayaran dan tunggu barang sampai. Selain tu, apa yang best shopping online ni selalu ada tawarkan baucer, promosi dan tak dapatla harga tu kat luar sana. Kadang-kadang tu dapat pulak seller promotion free shipping oh bestnya weh. Banyak lagi sebenarnya yang kinah suka dengan online shopping ni. Dapat jimatkan masa, tenaga dan minyak. Minyak kan kejap naik kejap turun. Selagi boleh berjimat, kita berjimat.

Barang atau Produk daripada Lazada yang rancang untuk dibeli Semasa Lazada Online Revolution
Sebenarnya banyak barang yang kinah plan nak beli di Lazada ni. Salah satunya ialah kinah nak beli barang untuk deko rumah iaitu Retro European Flower Arrangement American Ceramic Vase. Bukan untuk rumah yang duduk sekarang tapi untuk rumah kami nanti. Tak sabar nak deko-deko rumah. Barang yang kinah nak ni dah lama dah kinah intai. Moga ada rezeki untuk kinah.
Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017
Ada satu lagi barang kinah nak beli sempena Lazada Online Revolution ialah Folding Photo Studio Shooting Tent With LED Light Room. Lepasni mudahlah kinah nak ambil gambar untuk review barang. Kiranya ni merupakan satu pelaburan untuk blog. Lagipun kinah selalu kena ambil gambar malam-malam. Faham-faham je la bila ambil gambar pada waktu malam, cahaya tak berapa terang dan gambar yang terhasil pun tak cantik. Nak ambil tengahari ada pulak budak kecik jadi susahla sikit nak buat kerja.

Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017

Kalau nak diikutkan banyak lagi sebenarnya. Cukuplah dua barang tu je. Ingat tau tarikh keramat 11 November hingga 14 Disember ni, ada Online Revolution Sales. Nanti terlepas pulak barang idaman korang tu.

Tuesday, 22 August 2017

,
Merdeka! Merdeka! Sale Blogger Contest
Merdeka! Merdeka! Sale Blogger Contest| Lazada Blogger Contest kembali lagi. Lazada selalu menganjurkan contest untuk blogger. Terima kasih Lazada. Kali ni Lazada mengadakan contest bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 60 tahun pada 31 Ogos ini. Contest ini berlangsung dari 21 Ogos sehingga 31 Ogos 2017. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut bolehlah klik dibawah banner.

a. What do you love about being Malaysian


Negaraku, tanah tumpahnya darahku. Inilah tanah airku. Sesungguhnya, kinah begitu berbangga menjadi rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia hidup dengan aman dan sentosa tanpa sebarang ancaman luar yang boleh mengganggugugat keamanan negara kita. Kepelbagaian kaum di negara ini membuatkan negara kita kaya dengan kepelbagaian adat dan budaya. Disamping itu, kepelbagaian makanan seperti nasi lemak, roti canai dan sebagainya dapat dinikmati yang mana mungkin kita tidak akan dapat ditempat lain. Sungguh bertuahnya kita menjadi rakyat Malaysia. Negara kita juga begitu kaya dengan khazanah alam yang kebanyakkan masih boleh kita terokai. Indahnya bumi Malaysia yang dicintai. Saya berbangga menjadi anak Malaysia.

b. Choose your favourite local brand

c. Select two product from that brand you love.

Pensonic Aedes Buster Mosquito Insect Killer
Sepertimana yang korang tahu. Kawasan perumahan kinah kes denggi sangat tinggi. Jadi, sebagai langkah jaga-jaga Pensonic Aedes Buster Mosquito Insect Killer perlu ada di rumah kami. Apa yang penting, Pensonic Aedes Buster Mosquito Insect Killer ni bebas daripada bahan kimia.

Pensonic PB5001 Food Processor
Pensonic PB5001 Food Processor ni perlu ada dalam dapur kinah. Lebih mudah nak dikendalikan tambah pula ada anak kecik. Jimat masa dan tenaga. Lagipun terdapat pelbagai fungsi dan harganya pula memang berpatutan. 

Jadi tunggu apa lagi. Lagi beberapa hari je lagi Sale ni berlangsung. Diingatkan sekali lagi, Lazada mengadakan Merdeka! Merdeka! Sale dan berlangsung dari 25 Ogos 2017 sehingga 31 Ogos 2017. Sebanyak 80% diskaun dapat dinikmati oleh semua. Tunggu apa lagi pergi ke website sekarang.


Friday, 28 July 2017

,
Klik di sini
Shopping di Lazada Big Baby Fair| Lazada Big Baby Fair kini kembali lagi tau korang. Pelbagai barangan dan keperluan bayi seperti susu formula, permainan, pakaian, pampers dan keperluan lain dengan promosi diskaun sebanyak 80%. Wauu best sangat ni. Mana-mana ibu-ibu dan bakal ibu tak perlu lagi nak bersesak ke ekspo bayi yang padat dan sendat tu heheh. Klik je mana yang berkenan dan tunggu barang sampai ke rumah.

Pelbagai jenama turut sertai kempen ini. Antaranya ialah Drypers, Huggies, Sweet Cherry, Poney, Genki dan sebagainya. Dah kena sangat ni tambah gaji pun baru masuk aritu. Bolehlah shopping banyak-banyak kan. Lazada Big Baby Fair ni berlangsung dari 26 Julai sehingga 30 Julai 2017. Masih ada masa lagi nak memborong ni.

Bukan itu sahaja, jualan kilat turut diadakan bagi barangan terpilih dan apa yang penting kos penghantaran adalah percuma. Haaaa percuma? Ye betul, penghantaran adalah percuma. Eh mana nak dapat macam ni tau rugi tak grab sekarang. Habis nanti jangan menyesal pulak.

Oh ye, sebelum terlupa ibu yang nak memborong pampers untuk anak inilah masanya tau. Harga yang ditawarkan semuanya harga tak masuk akal. Aish tak boleh jadi ni. Kinah pun tak terkecuali nak memborong ni.  Nak dapat harga pampers yang murah-murah bolehlah klik di sini

Klik di sini
Mamy Poko pun tak terkecuali dengan kempen ni. Pada ibu-ibu yang menggunakan Mamy Poko untuk si manja anda, bolehlah memborong di Lazada. 


Ekhm istimewa untuk pemegang kad CIMB Bank, korang boleh menggunakan kod di atas untuk diskaun. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Tunggu apa lagi masa sedang berjalan. Ingat tau sehingga 30 Julai 2017 ni sahaja. Masih ada beberapa hari lagi ni. 

Monday, 24 July 2017

,

Tebus Baucer Lazada| Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Baru-baru ni kinah ada tebus baucer Lazada bernilai RM150.00. Macam mana kinah dapat baucer ni? Aha kinah dapat baucer ni sebab kinah join contest daripada Lazada aritu, korang boleh rujuk di sini dan sini. Kemudian di umumkan sebagai pemenang tempat ketiga di sini.

Kemudian, kinah terima email daripada pihak Lazada inform kinah telah upgrade menjadi pemenang tempat kedua pula. Alhamdulillah rezeki. Nak tahu apa yang kinah beli dengan baucer tu? 

Dessini Die Casting Grill Pan
Barang pertama yang kinah beli dari Lazada ialah Dessini Die Casting Grilk Pan. Kinah dah cuba dah memang ok. Besar pun besar. Haa semalam dengan rasminya kinah guna pan ni. Nak tahu kinah masak apa? Ayam percik
Bakar ayam dulu atas grill pan. Bila dah siap baru tuang kuah atas ayam ni
Dah siap ayam percik
Jadilah ayam percik yang tak berapa merecik tu. Walaupun rupa tak sama macam pasar malam tu tapi rasa dia boleh tahan gak la. Takpe percubaan pertama. Nanti cuba lagi

Xiaomi Power bank
Xiaomi Power bank
Barang kedua kinah grab dari Lazada ialah Xiaomi power bank. Disebabkan power bank kinah yang lama dah masuk ayor orang Perak kata, kenalah cari yang baru. Powerbank ni penting tau bila korang pergi travel. Bila handphone kong ada la supply power. Cuma yang tak best dengan power bank ni tak ori la. Tak pela selagi tak mendatangkan masalah boleh je pakai. Janji gunakannya secara berhemah.

Kedua-dua barang tu tadi sampai tepat pada masanya. Servis Lazada memang tak pernah mengecewakan. Jadi jangan ragu-ragu nak shopping dengan Lazada dan satu tips kinah nak kongsikan bila nak shopping barang dengan Lazada rajin-rajinlah baca review daripada situlah korang boleh decide sama ada barang tu ok ke tak ok. Itu jelah kinah nak ceritakan untuk kali ni.