Showing posts with label Menang Top Komen. Show all posts
Showing posts with label Menang Top Komen. Show all posts

Saturday, 14 October 2017

,
Hadiah Dari Starlavenderluna Dah Sampai| Beberapa hari yang lepas kinah terima satu parcel daripada seseorang. Siapakah gerangannya? Haaa sebenarnya parcel tu daripada Kak Shikin owner blog Starlavenderluna. Bulan yang lepas kinah dapat top komentor di blog beliau. Jadi untuk menghargai mereka yang mencoret jurnal beliau, dapatlah cenderahati yang bagi kinah awesome sangat. Nak tau apa dia? Taraaa kinah dapat mask BioAqua.

Mask BioAqua
Setakat hari ni, kinah masih belum mencuba lagi mask ni. Tengah mencari mood dulu. Oh ye sebelum terlupa. Untuk pengetahuan semua, kak Shikin juga ada menawarkan terapi buang angin juga tau tapi hanya untuk wanita saja la ye. Pada yang tengah mencari orang untuk urut tu terutama di kawasan Salak Tinggi, Nilai, Dengkil, Putrajaya dan Cyberjaya, apa kata korang cuba berurut dengan beliau. Untuk temujanji sila hubungi Shikin Razali ditalian 019-9884032 ataupun Whatsapp je terus.

Monday, 11 September 2017

,
Alhamdulillah. Tadi kinah baru diumumkan salah seorang top komentor di blog kak Shikin atau Starlavenderluna. Antara 10 orang tu, kinah adalah salah seorang yang bertuah untuk menerima gift dari kak Shikin. Terima kasih kak Shikin. Kalau korang nak tau, tuan empunya blog Starlavenderluna ni selalu bagi gift pada yang rajin di blog beliau tau. 


Selain kinah, ada lagi dua orang yang bertuah tau. Nak tahu siapa? Kak Mialiana dan Syuhada Salleh. Tahniah ye.

Tuesday, 1 August 2017

,

Top 10 Carta Pengkomen Tegar Julai 2017 di Mialiana.com| Alhamdulillah di bulan yang baru ni kinah telah tersenarai sebagai Top 10 pengkomen tegar pada bulan Julai lepas. Walaupun kinah pada ranking ke 10 dengan 12 komen kira tersenarai jugak la hehe. Untuk keputusan penuh carta pengkomen bolehlah tengok di sini

Oh ye, blog kak mia ni sebenarnya dah lama bertapak dalam dunia blogging ni. Kalau nak tahu, blog Mialiana.com banyak memaparkan kehidupan beliau, tentang kesihatan, review produk dan sebagainya. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi mengenai kak Mia bolehlah terjah blog beliau.

Friday, 14 July 2017

,
Masih ingat lagi kinah bagitau kinah menang top komentator di blog kak suriaamanda.com. Alhamdulillah hadiah tersebut dah sampai pada minggu lepas. Kinah terlewat nak post entri ni. Untuk pengetahuan semua hadiah yang kinah dapat dari Kak SA ialah set skincare jenama ecowell dan wrislet Sophie Paris.

Tak sangka dapat produk skincare ni. Oh ye kalau korang nak menang juga rajin-rajin la komen di blog Kak SA tu. Untuk bulan Julai ni kak SA bagitau hadiah top komentator adalah duit raya bernilai RM20.00. Moh lekas boom komen kak SA. Jika ada kelapangan nanti kinah akan review produk ecowell ni tau. Setakat beberapa hari kinah guna ni, muka kinah nampak lebih lembap, jerawat yang meriah tumbuh pun dah mula kering. Nanti kinah cerita dalam entri lain tata.