Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Thursday, 30 January 2014

,

Assalamualaikum semua..

Tercari-cari episod 19? Kinah nak share dengan korang ye



Wednesday, 29 January 2014

,
Assalamualaikum semua.


Terlepas episod semalam, jangan risau kinah ada link untuk korang semua download



Cantiknya Ariana bertudung ^_^

Credit to: Pereka Cerita

Friday, 3 January 2014

,

Assalamualaikum semua, kali ni kinah nak share link Slot Akasia terbaru iaitu Ariana Rose cerita yang di adaptasi daripada novel "The Wedding Breaker" Kalau nak tahu sinopsisnya boleh rujuk di sini


Pada yang terlepas episod pertama hingga episod ke empat bolehlah download pada link di bawah


Credit to: Pereka Cerita

Monday, 23 December 2013

,
Assalamualaikum semua, pada minggu ni, slot Akasia iaitu Playboy Itu Suami Aku (PISA) di TV3 akan melabuhkan tirainya dan akan digantikan dengan The Wedding Breaker. Kinah baru je habis baca novel ni tau, adik kinah punya. Punya lama kinah cari kat kedai buku, pergi je habis sampai ada satu hari tu adik kinah beritahu dia ada beli novel tu, akhirnya dapat juga bacanya. Ceritanya boleh tahan juga, nak cerita lebih-lebih nanti tak best pulakkan. Korang tunggu je minggu depan ye hehehe.

Tak sabar rasanya nak tonton The Wedding Breaker versi drama. 


Sinopsis

"Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar " - Ariana Rose

Ariana Rose kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu, Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

"What's so funny"
"Talking to me?"
"Nah... just talking to the lizard. See... there... we were talking just now. I know you won't be able to understand the lizard's language."

Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!

"I'm gonna miss you... I'd rather stay by your side. Always."
"Sayang kat abang rupa-rupanya ya?"
"Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too."

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

"Satu aje kesalahan awak, Arianna... Awak dah curi hati saya." - Tengku Adam Kamil 




Friday, 20 December 2013

,
Assalamualaikum semua, semalam kinah hang out dengan kakak sepupu ke AEON Station 18, saja kitorang jalan-jalan cuci mata kat situ. Selepas sampai kat sana kitorang lunch dulu di KFC. Bercerita, bersembang sakan kitorang jalan-jalan lagi hingga sampai ke panggung wayang. Rambang mata nak tengok movie mana, antara movie yang ditayangkan pada hari tu Frozen, The Hobbit dan Walking With Dinosour. Akhirnya kami decide nak tonton Frozen, masuk panggung wah penuhla, biasala dah cerita berunsurkan kartun tambah pulak tengah masih mood cuti sekolah memang ramai ibu bapa ambil peluang bawak anak-anak mereka. Cerita ni begitu sesuai ditonton oleh segenap lapisan masyarakat dengan tema kasih sayang antara adik-beradik  memang sesuai sangatla budak-budak nak tonton filem ni. Antara watak yang kinah rasa begitu menarik sekali ialah Sven seekor rusa dan Olaf orang salji yang dicipta oleh Puteri Elsa. Puteri Elsa telah disumpah, jadi puteri tersebut mempunyai kuasa untuk mengeluarkan salji. Puteri Elsa mempunyai seorang adik yang bernama Puteri Anna. Mereka tinggal berdua setelah kematian ibu bapa mereka. Apabila tiba hari pertabalan Puteri Elsa, berlaku satu kejadian apabila Puteri Anna meminta restu untuk berkahwin dengan Putera Hans yang baru dikenalinya, Puteri Elsa marah dan entah bagaimana Puteri Elsa tidak dapat mengawal kuasanya dan berlaku salji di Andeline dan Puteri Elsa melarikan diri keGunung Utara. Puteri Anna yang rasa bersalah menjejak kekandanya di Gunung Utara dengan pertolongan Kristoff dan Sven. Nak tau bagaimana kisah pengembaraan Puteri Anna dan Kristoff bolehla pergi menonton.