Showing posts with label Pesanan. Show all posts
Showing posts with label Pesanan. Show all posts

Thursday, 20 July 2017

,

Jom Cegah Denggi Di Sekitar Rumah| Baru-baru ni, rumah kami didatangi orang kesihatan. Ahh sudah dalam hati mesti ada kes lagi di kawasan kejiranan kami. Memang sungguh ada yang kena. Siapa tu tak pasti. Sekarang ni kawasan rumah kami telah digazetkan sebagai kawasan denggi.

Biasalah bila kawasan kejiranan bercampur dengan warga asing, beginilah jadinya. Masa ambil angin di tepi tingkap (rumah tepi jalan je) ternampak orang kesihatan tengah buat pemeriksaan di kawasan sekitar. Balai polis pun tak terkecuali. Habis dipusingnya kawasan. Rasanya kempen dah macam-mcam dah tapi kesedaran tu langsung tiada. Risau betul la. Angkara orang lain kita yang kena. 

Jom kita story sikit pasai denggi. Demam denggi adalah sejenis penyakit disebabkan virus yang dibawa oleh si nyamuk Aedes. Hmm.. Individu boleh menghidap penyakit ni melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi. Jangan terkeliru tau.


Dapatkan rawatan dengan segera sekiranya anda mengalami demam kuat secara mengejut. Antara tanda-tanda demam denggi ialah
  • Bintik-bintik merah pada kulit
  • Sakit kepala yang kuat
  • Sakit teruk pada tulang, otot, sendi dan biji mata
  • Hilang selera makan
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
Luangkan masa pada hujung minggu untuk mencari sama ada di dalam serta diluar rumah dan memusnahkan kawasan pembiakan nyamuk Aedes serta memberi kerjasama kepada anggota kesihatan semasa semburan.



Petua Elak Gigitan Nyamuk
  • Sembur racun serangga (aerosol) untuk menghapus nyamuk Aedes
  • Pasang jejaring nyamuk pada tingkap
  • Guna kelambu semasa tidur
  • Ketika berada di luar rumah terutama pada awal pagi atau lewat senja anda perlu memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang.

Sunday, 16 April 2017

,

Bila cakap pasai kerja semua orang mengeluh. Stress dengan kerja yang tak pernah habis. Dah la stress dengan kerja yang menimbun ditambah pula dengan perangai bos yang tak berapa best asyik nak mengarah je mentang-mentang la bos. Rakan sekerja pulak ada yang tak nak bagi kerjasama macam manala tak stress.

Setiap bos mempunyai sifat yang berbeza. Ada bos yang baik hati, sering menjaga kebajikan pekerjanya tapi ada juga bos yang memandang rendah akan kebolehan pekerjanya sehingga ada je yang tak kena di matanya. Oleh sebab itu, ada yang makan hati. Dalam sedar tak sedar sebenarnya bos kita tak suka kita. Nak tau apa punca bos jadi macam tu.

Komunikasi tak sehala
Kita tak pernah tahu isi hati orang lain. Begitu juga dengan bos kita. Mungkin apa yang dilakukan oleh bos adalah yang terbaik bagi pandangannya tambahan pula kurangnya komunikasi antara bos dan anda sehingga berlakunya ketidaksefahaman antara anda dan bos anda. Apabila perkara sedemikian berlaku, cuba cari penyelesaian bagi masalah ini supaya tidak berlarutan sehingga memberi kesan kepada pekerjaan anda. Jangan sesekali mengelakkan diri daripada berjumpa atau menjauhkan diri daripada bos anda kerana ini akan merumitkan lagi keadaan dan masalah tak akan selesai.

Fahami keutamaan
Bos bukan sahaja perlu memberi keutamaan kepada kita sahaja malah bos juga perlu beri perhatian kepada perkara yang lain. Tidak semestinya apabila bos kurang memberi perhatian kepada anda bermakna bos tidak suka. Mungkin pada pemahamannya anda telah melakukan kerja dengan bagus dan tidak perlu dipantau dengan lebih kerap. Berfikir secara positif dan fokuskan kepada tugas anda.

Asyik Mencari Kesalahan
Ada je yang tak kena dipandangan matanya. Buat itu salah, buat ini pun salah. Semuanya salah. Jika situasi ini sentiasa berterusan memang pening kepala. Apabila perkara ini terjadi cuba bersemuka dengan bos anda untuk mencari jalan penyelesaian elakkan pertengkaran sebaliknya minta pendapat ataupun pandangan untuk perbaiki kesilapan diri.

Tiada penghargaan
Apabila kerja yang kita buat tidak mendapat penghargaan daripada bos memang semangat akan down. Janganlah berterusan begitu. Anggap sahaja rezeki anda belum tiba. Janganlah mudah putus asa. Seharusnya kita perlu lebihkan usaha supaya apa yang kita inginkan akan tercapai.




Sunday, 27 November 2016

,
Tanah runtuh di Taman Indah Serendah Hulu Selangor telah menggemparkan seluruh negara. Mujurlah tiada kemalangan jiwa yang berlaku cuma seorang sahaja yang cedera. Kesemua penduduk yang berhampiran dengan zon merah dinasihatkan untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat. Sementara itu, pihak berkuasa masih lagi memantau keadaan sekitar tanah runtuh kerana bimbang berlaku lagi pergerakan tanah.

Bagi kinah la ini cuma pandangan kinah la ye. Kinah selalu juga pusing-pusing di kawasan Serendah tu dan kinah dapati kawasan bukit di sekitarnya semakin lama semakin gondol. Ditambah pula dengan aktiviti kuari di kawasan sekitarnya mungkin penyebab tanah runtuh ni. Pernah dulu kinah suarakan perkara ni pada suami apabila melihat kawasan bukit di sondol suatu hari nanti kemungkinan kawasan ni akan berlaku sesuatu perkara yang tidak dijangka. Sekarang lihatlah apa yang kinah jangkakan dah terjadi. Nasibla rumah kami bukan berhampiran dengan bukit kalau tidak tak tau la  macam mana.

Sikap manusia yang terlalu rakus dengan wang ringgit, untung berjuta-juta sehingga mengabaikan aspek lain. Lihatlah apa yang berlaku sekarang. Siapa yang terpaksa tanggung semua, bukan orang lain tapi kita sendiri. Tak salah pun nak jadi jutawan hartawan tapi fikirlah keselamatan orang lain juga. Bagaimanalah nasib penduduk di sekita Taman Indah ni.



Sumber: Google


Friday, 28 October 2016

,
Sumber: Facebook

Yakin? Apa tu yakin? Anda dah benar-benar yakin? Tak semua orang betul-betul yakin terutama ketika dalam membuat keputusan. Keputusan yang diambil dan tepat sebenarnya datang daripada keyakinan. Bukan semua orang ada keyakinan ni seperti berucap di khalayak ramai. 

Jika kita ada keyakinan, semua perkara boleh jadi. Seperti kata-kata daripada gambar di atas, "keyakinan itu mengajar kita mencipta fakta yang tepat". Yakinlah supaya apa yang kita hajati akan tercapai.
,

Sedekah! Sedekah! Dan bersedekah itulah adalah satu cara menjemput rezeki. Kita takut untuk bersedekah kerana takut tak cukup keperluan kita, jangan begitu. Allah dah janji dan aturkan akan ada lagi rezeki lain buat kita. Bersedekah ini tak semestinya dengan duit. Makanan, minuman, pakaian juga kita boleh sedekahkan. 

Perasan tak setiap kali kita ke pasar malam pasti ada individu yang duduk ditepi jalan letak raga dengan anak kecil. Sayu je hati bila melihat mereka. Dengan cara itulah untuk mereka meneruskan kehidupan. Ada yang baik hati akan menghulurkan sedikit sumbangan dan ada juga yang lalu sahaja. Terpulanglah itu hak masing-masing. Nasib orang tidak sama. Kali ini kita bantu, mana tahu nanti bila kita sesak orang lain pulak yang membantu

Kita pulak bagaimana?