Susu Kambing Karihome

Susu Kambing Karihome| Bila dah jadi mak-mak ni tak sah la kalau tak cerita tentang topik susu, pampers semua. Tapi kali ni kinah cuma nak cerita tentang susu saja. Dewasa ini, kebanyakan ibu-ibu zaman sekarang ni beri susu formula atau shortform nya fm sebagai pengganti susu ibu kepada anak mereka. Hal ini terjadi disebabkan pelbagai faktor. Di pasaran, terdapat pelbagai jenama susu daripada yang murah hinggalah harganya yang agak mahal. Tak semestinya yang mahal anak kita boleh terima dan begitu juga sebaliknya. Walau bagaimana pun semuanya ini bergantung dengan anak kita sama ada serasi atau pun tidak.

Sejujurnya, Thahirah dari kecil lagi minum susu formula. Bukanlah kinah tak cuba nak breastfeed tapi rezeki tidak menyebelahi kami. Takpelah. Thahirah dari kecil lagi dia minum susu Dutch Lady je. Tapi, sejak kinah tahu kebaikan susu kambing, kinah cuba nak tukar susu kambing kepada Thahirah. Kinah pun cubalah susu kambing keluaran tempatan. Masa tu kinah beli dari kawan universiti. Nampaknya, niat nak tukar susu kambing pada Thahirah tak kesampaian. Dia tak nak susu tu. Aduhai tak pasai-pasai kinah yang minum. Nasibla susu tu orang dewasa pun boleh minum. Jadi takla rasa ralat sangat.

Susu Karihome
Walaupun percubaan pertama kinah tak menjadi, kita tak boleh nak give up. Kena juga cuba. Kali ni kinah tekad, nak jugak Thahirah minum susu kambing. Satu hari kinah diperkenalkan dengan susu kambing jenama Karihome. Untuk pengetahuan semua, susu Karihome ni kinah guna untuk langkah 3. Thahirah kan dah 2 tahun. Jadi susu ni ikut tahap ye. Kinah cuba bagi sikit dulu susu tu. Tak sangka Thahirah suka dengan susu Karihome ni. Nampak perubahan tau lepas dia minum susu Karihome ni. Selalunya bila poo poo dalam 2 hari sekali je. Tapi lepas minum hari-hari dia poo poo. Sembelit pun takde. Nampak sangat dia lebih suka susu Karihome daripada jenama yang lain. Memang puas hati sangat la.


Oh ye mesti korang tertanya-tanya kenapa kinah nak tukarkan susu Thahirah. Sebenarnya banyak khasiat susu kambing daripada susu lembu tau. Kalaulah tahu dari dulu, dah lama dah Thahirah minum susu kambing ni. Jom kinah cerita sikit tentang susu kambing Karihome ni.


Nutrisi yang bagus
Kalau semua nak tahu susu kambing sebenarnya mengandungi banyak nukleotida, sialik asid dan taurina secara semula jadi yang penting untuk kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak. Tambahan pula, kandungan phosphopeptides kasien yang tinggi dapat meningkatkan kelarutan dan penyerapan mineral oleh badan mereka.

Lebih mudah untuk dicerna
Susu kambing membentuk dadih susu yang lebih lembut dan boleh dicernakan dengan lebih mudah berbanding dengan susu lembu. Pencernaan susu kambing adalah lebih pantas dan hanya memerlukan satu pertiga masa percernaan susu lembu. Sebab tulah mana-mana anak kecil yang minum susu kambing tak ada masalah sembelit.

Meningkatkan kesihatan perut dan usus
Susu kambing mengelakkan jejasan fungsi halangan saluran perut dan usus. Perkembangan dan pengekalan fungsi halangan saluran perut dan usus membantu dalam mengurangkan risiko sakit perut, muntah dan cirit-birit.

Mengurangkan beban alahan
Ada di antara anak kecil kita, mereka begitu alah dengan susu lembu. Jadi, sebagai alternatif susu kambing adalah pilihan terbaik buat ibu-ibu di luar sana. Susu kambing mengandungi unsur alahan yang rendah. Ramai anak-anak yang mengalami kegatalan dan ruam yang kurang teruk apabila mereka minum susu kambing.

Antara nutrisi yang terdapat dalam susu kambing Karihome

Nucleotides - Molekul DNA yang menyokong perkembangan sistem imun kanak-kanak.

Sialic Acid - Melindungi daripada jangkitan bakteria. 

Casien Phosphopeptides (CPP) - Kumpulan peptide yang boleh meningkatkan kelarutan dan penyerapan mineral seperti kalsium, besi dan zink.

Taurine - Asid amino bebas menyokong perkembangan otak dan fizikal

Susu Kambing Karihome adalah pilihan yang boleh dipercayai dan keselamatan produk KARIHOME dibukti oleh Suruhanjaya Codex Alimentarius, Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Eropah dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut boleh layari
Instagram: @karihomemalaysia
email: enquiry@karihome.com.my

Post a Comment

25 Comments

  1. pernah dengar juga pasal karihome ni...
    ramai yg bagi review bagus mengenai produk ni kan...

    ReplyDelete
  2. karihome ni ramai yang kata bagus tau..ingatkan nak belikan untuk anak akak...tapi mahal la pulak susu tu...

    ReplyDelete
  3. Baru dengar susu Karihome... nice sharing Kin..

    ReplyDelete
  4. dah lama dengar susu ni bagus kan...bolehlah rekemen kat kawan2 yang ada anak kecik tu..

    ReplyDelete
  5. Makin ramai mula beri fokus kepada susu kambing kebelakangan ini...

    ReplyDelete
  6. Selamat pagi isnin dari Mama

    Salam blog walking sis Kinah

    Apa khabar pagi ni

    Jemput singgah ya

    Memang banyak khasiat susu kambing. Tapi brand ni mahal sangat

    Mama pakai jenama tempatan saja

    ReplyDelete
  7. wow susu kambing... i think i tak pernah try before.

    McD Storytelling Contest 2017

    ReplyDelete
  8. Belum pernah tak coba. Ternyata susu kambing banyak nutrisinya ya

    ReplyDelete
  9. Susu kambing memang banyak khasiat. Lagi sedap kalau dapat susu fresh. tapi susu fresh susah nak cari. Mujur ada susu dari Karihome ni. Moga bermanfaat untuk perkembagan anak-anak.

    ReplyDelete
  10. Selalu dengar produk tenusu dari kambing ni bagus. Yang penting produk kena serasi dengan baby. Tapi kalau dah mahal kena cari yang lebih ekonomi lah.

    ReplyDelete
  11. pernah dengar pasal susu ni. banyak jugak nutrisi yg ada dalam susu ni kan. baguslah untuk bBy

    ReplyDelete
  12. Elok ek susu ni? Boleh la Kaklong rekemen untuk anak buah.. :)

    ReplyDelete
  13. Susu ni memang bagus, akak amik masa preggy

    ReplyDelete
  14. Bagus Kinah bagi susu kambing. Susu kambing ialah susu kedua terbaik selepas susu ibu kan. Tu sebab harga susu kambing jauh lebih pricey. Ain pun pernah terfikir nak bagi anak2 minum susu Karihome ni je lepas dah wean off susu ibu. Tapi tengok2 diorang refuse susu formula dalam cawan plak. Before tu dalam botol. Dah besar takkan nak bagi 'gonggong' botol lagi kan.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Wrmbth & salam isnin dari Maznee

    Semoga makin sihat & berjaya sis Kinah

    Susu karihome ni senang cari di pasaraya

    Tak pernah cuba

    ReplyDelete
  16. Pernah bagi anak makan susu ni satu ketika dulu. Tapi anak lebih suka susu kambing yang fresh. Good info ni..susu kambing memang bagus.

    ReplyDelete
  17. sus kambing ni bagus utk anak2 yg sedang membesar. banyak benefit dia dr susu lembu.. ank sedara oun ambil susu kambing tp brand lain. gd sharing here

    ReplyDelete
  18. Banyak terbaca postif review susu ni. Mummy lum lg mencuba.

    ReplyDelete
  19. Pertama kali dengar pasal susu ni, mula2 ingat kedai kari..kisahnya susu ya..hehehe.
    Memang bagus susu kambing ni, saya rugi betul tak bagi anak2 saya minum dulu,sampailh skrg diorg x nk minum susu kambing

    ReplyDelete
  20. tak penah cuba susu kambing.. nak minum susu biasa pun seksa hehe..

    ReplyDelete
  21. Susu karihome memang top. Kat mana-mana farmasi pun boleh nampak bersusun kat atas rak.
    Tapi AS prefer susu kambing segar lagi berbanding yang dah diproses..hihi hamisnya tu, usah cakap la. Tapi untuk kesihatan punya pasal, AS telan laju-laju sambil picit hidung haha

    ReplyDelete
  22. femes jugak susu karihome untuk kanak-kanak ni ya? tak pernah pon try bagi kat anak anak sebab takut rasa kambing tu mcm ade lagi.. tp bila dah baca kebaikan dalam susu kambing karihome ni, terus teruja nak try kat anak.. thanks for the sharing ya..

    ReplyDelete
  23. First time dengar tentang susu karihome ni.. Nanti sis rekomen kat kawan-kawan sis yg dah kawin. huhu.. Sis xtau pape pasal jenis susu untuk kanak-kanak ni.. Biasa dgr susu dutchlady, lactogen jee. Kalau susu soya, junjung sis selalu juga minum hihii

    ReplyDelete
  24. bagus susu ni.. bahan2 dalamnya berkhasiat.

    ReplyDelete
  25. Makin banyak pilihan susu untuk ibu bapa sekarang.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete