Tanda Nanas Dah Masak

Tanda Nanas Dah Masak | Nanas merupakan buah tropika yang disukai ramai. Rasanya yang masam manis dan banyak air. Nanas ni kalau buat gulai pajeri dan masak lomak pergh sedapnya wehh. Oh ye perkara ni biasa sangat bila beli nanas. Bila beli ada je yang tak kena. Buah tak masak lagi la, buah dah masak sangat, dah busuk ehh macam-macam lagi la. Harap lepas baca tip Tanda Nanas Dah Masak ni takda la silap beli nanas lagi ye.
Tanda Nanas Dah Masak
Lihat Daunnya
Perkara pertama perhatikan warna daunnya, kalau daunnya warna hijau gelap dan segar tandanya nanas tu dah masak. Kalau daun hijaunya mudah dicabut itu tandanya buah tu ranum. Elakkan beli nanas apabila daunnya bernoda bintik hitam ataupun coklat.

Sentuh Buahnya
Bila kita sentuh buahnya, buahnya tak lembik bila ditekan itu tandanya buah tu elok. Cuba perhatikan bahagian atas 'mahkota'  nanas tu, jika ada kecacatan jangan beli dan jangan lupa buat perbandingan berat dan ukuran dengan nanas yang lain. Semakin berat nanas, makin banyak la air nanas. 

Cium Aroma
Cium aroma dari bahagian bawah ye. Bila cium, akan timbul aroma yang segar, manis dan harum. Ingat ye tak semua kulit nanas berkulit hijau tu mentah tau ianya bergantung pada jenisnya juga. Sebenarnya cium aroma ni lebih baik berbanding yang lain. Jika ada bau yang tak menyenangkan atau fermentasi dan muncul lalat di sekitar buah nanas lupakan je niat nak beli tu.

Perhatikan Mata Pada Kulit Nanas
Perhatikan betul-betul mata pada kulit nanas tu, jika nanas yang elok masak mata pada kulit tu bentuknya membulat, ukurannya pula hampir sama dan tidak menonjol. Nanas yang mentah pulak, bentuk matanya kelihatan lonjong, menonjol dan berduri kecil.

Teliti Bahagian Bawah Nanas
Nanas yang sedang elok masak jika kita teliti di bahagian bawahnya kelihatan bentuknya membulat dan penuh. Nanas yang mentah pulak, bahagian bawahnya kelihatan lonjong dan berwarna hijau tua. Jangan beli nanas kulitnya berkedut dan coklat kemerahan itu tandanya buah nanas dah mula busuk. 

4 comments:

  1. Warna buahnya bertukar kepada kekuningan.

    ReplyDelete
  2. Nanas bila masak aromanya tu sangat segar...suka sangat aromanya...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Dan selamat tahun baru :)

    Bagus tips ni

    senang masa nak beli nanas kan kina

    ReplyDelete