Lima Petunjuk Diet Anda Berjaya - apekinah.com

Latest

apekinah.com

Lifestyle, Review, Personal, Collaboration

Wednesday, 7 February 2018

Lima Petunjuk Diet Anda Berjaya

Lima Petunjuk Diet Anda Berjaya | Dalam facebook, kebanyakan kawan-kawan sekarang tengah berusaha untuk diet. Cayalah korang, nak diet ni kena ada disiplin barulah menjadi diet kita tu ye dak. Entri kali ni kinah nak kongsi dengan korang iaitu lima petunjuk diet anda berjaya. Haa mana yang tengah diet tu, apa kata check list ni. Mana tahu diet korang tu menjadi dan dengan adanya petunjuk ni dapat menjadi penanda aras sama ada diet yang kita amalkan tu sesuai atau tidak dengan tubuh badan kita dan tak semestinya kita bergantung dengan mesin penimbang tu untuk menunjukkan keberkesanan diet kita tu. 

Lima Petunjuk Diet Anda Berjaya

Lima Petunjuk Diet Anda Berjaya
 LINGKARAN PINGGANG
Perkara pertama yang perlu dibuat bila kita tengah berdiet ialah dengan mengukur lingkaran pinggang kita. Diet yang berkesan apabila ukuran lingkaran pinggang menurun. Walaupun dah ada nampak penurunan walaupun sedikit, janganlah terus berhenti diet tu, kita kena terus berusaha lagi untuk menurunkan berat badan sehingga mencapai berat badan yang ideal. Kalau korang perasan la ye, berat badan dah turun, tapi lingkaran pinggang tak turun pun. Itu tandanya kita kena teruskan usaha lagi.

CERMIN DIRI
Apabila berdiri dihadapan cermin, kita sendiri boleh merasakan yang penampilan kita ni lebih langsing dan boleh nampak perbezaan daripada sebelumnya (bukanlah perasan ataupun syok sendiri). Pada masa tu, cuba nilai diri kita secara jujur dan perbetulkan lagi program diet yang kita lakukan. Bila tengok diri sendiri di hadapan cermin akan membuatkan kita lebih sedar, apa yang kita ambil selama ni dan banyak mana yang kita makan.

BADAN LEBIH SEGAR
Bila bangun pagi setiap hari, badan kita rasa lebih ringan dan segar. Korang juga dapat merasakan yang korang akan kelihatan lebih bersemangat untuk melakukan kerja-kerja harian. Ini tandanya diet tu menjadi dan betul kerana nutrisi yang diperlukan oleh badan mencukupi.

DIAKUI OLEH KAWAN-KAWAN 
Bila lalu je depan kawan-kawan, mulalah mereka menegur, "ehh nampak kurus la", "makin slim la". Itu tandanya usaha yang korang lakukan selama ni berjaya la. Tak sia-sia la latihan dan program diet yang korang buat. Good job.

SEMANGAT UNTUK BERSENAM
Bila nak bersenam, tak kira la di tempat riadah ataupun di gimnasium, kita akan rasa lebih seronok dan lebih menyenangkan. Semasa bersenam pun tahap pernafasan pun lebih stabil dan tidak mengah tak seperti masa awal-awal dahulu, asyik pancit je. Ini semua menandakan diet kita berhasil.

TIDAK MUDAH SAKIT
Petunjuk terakhir bila diet kita dah mula berjaya ialah kita sentiasa berada dalam keadaan cergas, fit dan tidak mudah sakit. Ini menunjukkan metabolisme kita berada dalam situasi sihat, metabolisme yang tinggi dan juga mempunyai penghadaman yang baik. 

31 comments:

  1. aida baru masuk hari ke 7 diet.
    azam thn ni, kinah.
    in shaa Allah :) tq for sharing ekk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan aida da komen sini, kinah.
      tghari ni kita sama-sama plak listing kat lifestyle blogger.
      pe pun, nak diet ni memang susah.
      hari ni hari ke7 aida. hari ke7 yg seksa :( aduhai!
      aida jaga makan. dan exercise serba sedikit yg mampu, kina :)

      Delete
  2. Assalamualaikum dari Maznee, Alhamdulillah ilmu pemakanan memang penting untuk hidup sihat kan kina

    ReplyDelete
  3. Mama kalau makan mesti dahulukan minum air masak dulu 30 minit sebelum makan

    Nak pastikan supaya perut dah panas baru makan

    TAk jadi lemak

    ReplyDelete
  4. haa tahun ni mmg Umi nk turunkan berat badan sikit lagi...mmg bila berat mmg badan rasa lemah jer..malas nk buat itu ini...harap2 berhasil

    ReplyDelete
  5. betul diet berjaya bila kita rasa yakin dengan diri sendiri dan bebas penyakit..

    I selalunya minum air suam je pepagi kalau ada supp i ambil baru makan hehe

    ReplyDelete
  6. Baca entry ini tetiba rasa nak diet dan perasan kurus tapi godaan makanan tu sangat berkuasa di minda

    ReplyDelete
  7. Diakui oleh kawan2 tu seronok dengar.. hahahaah

    ReplyDelete
  8. Officemate onie diet.. tapi sama gak badannya...wahwah... apapun, onie galakkan untuk diri onie ni supaya makan je selagi boleh makan..heee..

    ReplyDelete
  9. kalau kawan2 puji sbb kita nampak kurus tu mmg membanggakan

    ReplyDelete
  10. kita baru jer diet smlm..hari ni kelaut pulak..adoii mmg hati tak kuad ni huhu..xpe2 byk masa lagi..esok start balik ahahaha

    ReplyDelete
  11. Tak de langsung petunjuk cam tu. One thing about me susah tido tu yg sukar turun.

    ReplyDelete
  12. wah , info menarik ni. Perangsang untuk lebih tapi fit and healthy.

    ReplyDelete
  13. wah thank you kinah for this info, lisa ada juga sikit ciri2 di atas sebab sekarang memang tengah diet after gugur ni.

    ReplyDelete
  14. Thanks for sharing. Nak kena diet ni. Baju and seluar dah mula memgetat. Tapi tak tahu bila nak atart dietnya 😄

    ReplyDelete
  15. Bagusla artike ni. Kebetulan dlm plan nak diet secara sungguh2. Motivasi diri untuk dapat balik berat unggul dulu

    ReplyDelete
  16. Thanks for sharing kinah..ini la yang AR cari haha. Konon nak diet pastu xde pape perubahan berlalu pergi begitu je lah diet tu kan ahakss.

    ReplyDelete
  17. Part diakui kawan2 tu yang best tu kan. Kalau tak syok sendiri je rasa dah kurus ni dah lama berdiet, ale2 jumpa kawan kata kenapa macam makin besar je nih..hehe 😁

    ReplyDelete
  18. Setakat ni kelima lima petunjuk tuh xde..org tegur main berisi lagi ada lah..hahahah..tapi tahun nih memang nekad nak diet dan turunkan berat badan

    ReplyDelete
  19. Satu berita yang menggembirakan bila para pengamal diet sedar, yang diet meraka berjaya. Paling happy bila ada yang tegur... "Ehhh kau nampak dah kuruslahhh.." Mesti happy gila kan? Semoga diet anda berjaya bagi pengamal diet :)

    ReplyDelete
  20. Selalu orang dok cakap makin kerus. Tapi rasa diri ni takla kuruih mana. Trait pemakann i dahla tak sihat. Nak kena amalkan juga diet sihat ni. Godaan makanan susah betul nak elak. Huhu.

    ReplyDelete
  21. Kalau dah berdiet tapi langsung tak nampak petunjuk-petunjuk diet berkaya ni macam mana lak? hehe.. sebanya berdiet separuh jalan je kot...

    ReplyDelete
  22. TB dah gemok balik.. huwaaaa.. gara-gara balik kg.. mother in law dan mak masak sedap sangat.. perut terut buncit.. huwaa.. nak kena diet balik ni.. tapi kesian pulak anak kang tak dapat nyusu.. tangguh dulu la nampaknya rejim diet tu.. huhuhu

    ReplyDelete
  23. Diet ni kan sebenarnya bukan tak makan or tak makan lansungm tapi diet ni kena makan banyak pada portion dan masa yang betul. Diet kena displine dan tak boleh sekejap ada sekejap takde.

    Selamat berjaya

    ReplyDelete
  24. sy rasa diet berjaya bila dah boleh pakai balik baju-baju lama... tapi masalah sekarang macam kena beli baju baru jek sebab saiz dah naik... maknanya diet kelaut la tu ekk.. haha

    ReplyDelete
  25. Part yang paling tak boleh dinafikan adalah apabila diakui oleh kawan2.. memang seronok

    ReplyDelete
  26. Puas hati bila perut jadi kempis...Saya ni kurus je, tapi buncit, stressssssss...Nampaknya diet tidak berjaya lagi, haha.

    ReplyDelete
  27. Diet yang berjaya adalah pemakanan seimbang yang memberikan semua khasiat diperlukan badan

    ReplyDelete
  28. i've went through this. and yeah it's true

    ReplyDelete
  29. minggu lepas diet tapi minggu ni kelaut :P

    ReplyDelete
  30. diet saya xberjaya lah nih
    hahaha

    ReplyDelete