Lima Petunjuk Diet Anda Berjaya | Dalam facebook, kebanyakan kawan-kawan sekarang tengah berusaha untuk diet. Cayalah korang, nak diet ni kena ada disiplin barulah menjadi diet kita tu ye dak. Entri kali ni kinah nak kongsi dengan korang iaitu lima petunjuk diet anda berjaya. Haa mana yang tengah diet tu, apa kata check list ni. Mana tahu diet korang tu menjadi dan dengan adanya petunjuk ni dapat menjadi penanda aras sama ada diet yang kita amalkan tu sesuai atau tidak dengan tubuh badan kita dan tak semestinya kita bergantung dengan mesin penimbang tu untuk menunjukkan keberkesanan diet kita tu. 

Lima Petunjuk Diet Anda Berjaya

Diet, diet berjaya, diet tak berjaya, tanda diet berjaya
Lima Petunjuk Diet Anda Berjaya
 LINGKARAN PINGGANG
Perkara pertama yang perlu dibuat bila kita tengah berdiet ialah dengan mengukur lingkaran pinggang kita. Diet yang berkesan apabila ukuran lingkaran pinggang menurun. Walaupun dah ada nampak penurunan walaupun sedikit, janganlah terus berhenti diet tu, kita kena terus berusaha lagi untuk menurunkan berat badan sehingga mencapai berat badan yang ideal. Kalau korang perasan la ye, berat badan dah turun, tapi lingkaran pinggang tak turun pun. Itu tandanya kita kena teruskan usaha lagi.

CERMIN DIRI
Apabila berdiri dihadapan cermin, kita sendiri boleh merasakan yang penampilan kita ni lebih langsing dan boleh nampak perbezaan daripada sebelumnya (bukanlah perasan ataupun syok sendiri). Pada masa tu, cuba nilai diri kita secara jujur dan perbetulkan lagi program diet yang kita lakukan. Bila tengok diri sendiri di hadapan cermin akan membuatkan kita lebih sedar, apa yang kita ambil selama ni dan banyak mana yang kita makan.

BADAN LEBIH SEGAR
Bila bangun pagi setiap hari, badan kita rasa lebih ringan dan segar. Korang juga dapat merasakan yang korang akan kelihatan lebih bersemangat untuk melakukan kerja-kerja harian. Ini tandanya diet tu menjadi dan betul kerana nutrisi yang diperlukan oleh badan mencukupi.

DIAKUI OLEH KAWAN-KAWAN 
Bila lalu je depan kawan-kawan, mulalah mereka menegur, "ehh nampak kurus la", "makin slim la". Itu tandanya usaha yang korang lakukan selama ni berjaya la. Tak sia-sia la latihan dan program diet yang korang buat. Good job.

SEMANGAT UNTUK BERSENAM
Bila nak bersenam, tak kira la di tempat riadah ataupun di gimnasium, kita akan rasa lebih seronok dan lebih menyenangkan. Semasa bersenam pun tahap pernafasan pun lebih stabil dan tidak mengah tak seperti masa awal-awal dahulu, asyik pancit je. Ini semua menandakan diet kita berhasil.

TIDAK MUDAH SAKIT
Petunjuk terakhir bila diet kita dah mula berjaya ialah kita sentiasa berada dalam keadaan cergas, fit dan tidak mudah sakit. Ini menunjukkan metabolisme kita berada dalam situasi sihat, metabolisme yang tinggi dan juga mempunyai penghadaman yang baik.