Hadiah Hari Lahir Dari Printcious - apekinah.com

Latest

apekinah.com

Lifestyle, Review, Personal, Collaboration

Wednesday, 28 March 2018

Hadiah Hari Lahir Dari Printcious

Hadiah Hari Lahir Dari Printcious| Tengah rancang surprise birthday party untuk sahabat baik korang? Tempat, backdrop, jemputan, makanan dan minuman semua dah selesai tapi hadiahnya pula tak ada lagi. Alamak macam mana ni ye. Nak bagi hadiah apa ye hmm. Macam ni la, kinah cadangkan korang bagi hadiah sesuatu yang akan membuatkan sahabat tu akan sentiasa ingat dan kenang segala kenangan korang. Hmm menarik tapi bagaimana ye?

Hadiah Hari Lahir Dari Printcious

Apa kata korang hadiahkan sesuatu yang bermakna dengan Printcious.com. Apa tu Printcious? Printcious ialah satu platform yang mana kita bebas untuk design gift kita untuk yang tersayang. Jadi, kenalah dengan tagline mereka iaitu Precious Gifts From Your Heart.
Hadiah Hari Lahir Dari Printcious
Kalau dahulu kita terpaksa buat sendiri, terpaksa beli itu ini tapi sekarang tidak lagi. Kita hanya pilih barang apa yang kita nak dan kita bebas untuk customise sendiri birthday gift kita tu di printcious. Tekan sana tekan sini dah siap dan tunggu posmen hantar ke rumah je. Menarikkan? Setahu kinah tak ada lagi platform lain selain dari printcious yang buat macam ni. Kebanyakkannya already made. Tapi tidak dengan printcious. Antara idea hadiah yang sesuai diberikan kepada sahabat korang ialah:

 Colour Mugs
Hadiah Hari Lahir Dari Printcious

Colour Mugs seperti ini sesuai juga dihadiahkan kepada sahabat anda tak kira la sahabat korang tu lelaki atau pun wanita pun sesuai juga bagi hadiah ni. Gambar di atas ini adalah sebagai contoh saja ye. Mug, semua orang akan guna ada yang buat hiasan, dan ada juga yang guna untuk kegunaan seharian. Jika korang memilih printcious, bukan design ini sahaja yang boleh korang buat, korang juga bebas untuk membuat pilihan yang lain. Buka saja website printcious pasti korang akan rambang mata. Tak percaya? Haa pergi bukak sekarang.

Cushions
Hadiah Hari Lahir Dari Printcious

Cushion pun salah satu hadiah yang begitu sesuai diberikan kepada sahabat korang. Siap boleh design sendiri lagi okeh. Gambar tu korang boleh gantikan dengan gambar korang bersama. Jadi, bila dia peluk bantal tu, mesti akan teringat atau mengimbau kembali kenangan korang bersama. Haaa gitu. Pasal kualiti, korang jangan risau memang puas hati. Tebal pun tebal. Tak percaya? Meh sini kinah tunjukkan
Dengan harga RM39.90, korang dah boleh hadiahkan sahabat korang dengan cushion yang super awesome ni. Tak minat warna kuning? Boleh je tukar warna lain. Kira-kira ada tujuh warna kesemuanya. Pilih jangan tak pilih.

Mousepads
Jika korang nak bagi hadiah yang berkualiti dan tahan lama, apa kata hadiahkan sahabat anda dengan mousepads. Macam janggal je bunyinya kan. Ehh tak la. Ini pun satu pemberian ikhlas dari sahabat ke sahabat. Ada gunanya tau. Semua orang guna mousepads jadi tak salah rasanya korang hadiahkan mousepads yang cantik dan comel ni kepada sahabat korang. Kat kedai biasa tak ada tau jual macam ni. Semuanya dah siap corak. Tapi tak dengan printcious. Serius cantik sangat. Harganya pun berpatutan tau, korang cuma bayar RM25.90 saja tak termasuk la dengan cas penghantaran.

Canvas

Idea lain selain yang kinah nyatakan di atas, korang boleh pilih canvas sebagai hadiah hari lahir sahabat korang. Pilihlah gambar-gambar yang cantik dan sweet moments korang, mesti dia akan suka dengan pilihan korang. Untuk canvas ada saiz yang kita boleh pilih tau 12"x12" / 30cmx30cm RM49.90 dan 16"x16" / 40cmx40cm dengan harga RM105.80 sahaja. Pilihlah ikut bajet korang. Kalau korang nak tambah aksesori pun boleh je. 

Ceramic Tiles
Ceramic Tiles, unik juga kan. Boleh buat hiasan di meja kerja sahabat korang tu. Bila dia stress dengan kerja, boleh belek-belek tiles yang korang hadiahkan ni. Sedikit sebanyak kurang sikit stress beliau. Untuk yang ini ada dua saiz, ikut bajet korang nak besar ke nak kecik ke. Keputusan di tangan korang.

T-shirts
Tanda ingatan seorang sahabat buat sahabatnya. Apa kata hadiahkan beliau dengan t-shirts. Lebih ringkas dengan pelbagai pilihan saiz seperti saiz S, M, L, XL, 2XL.  Harganya pula RM39.90. Mesti sahabat korang suka dan berpuas hati kerana kain yang digunakan jenis material Spandex dan Polyester pastinya sahabat korang lebih selesa memakai t-shirt ini.

Haa macam mana dengan idea kinah bagi tadi? Harapnya dengan 6 idea tu dapat membantu menyelesaikan masalah dunia korang tu. Oh ye sebelum kinah terlupa, kalau korang nak cari mug printing in Malaysia jangan lupa contact diorang tau atau if you have any upcoming birthday party and would like to impress your guest, photo booth rental is your best entertainment.

13 comments:

  1. cantik2 hadiah dari printcious ni kan kinah..

    ReplyDelete
  2. Berkenan dengan tshirt tu, cantik dan unik sikit kan beri hadiah birthday pada kawan 🤩

    ReplyDelete
  3. wah best ni. bule beli hadiah untuk diri sendiri jugak!!

    ReplyDelete
  4. Selamat pagi rabu sis kinah. menarik hadiah hari lahir yang boleh print sendiri

    ReplyDelete
  5. comel2 semuanya..utk bagi hadiah buat anak2 dan kawan2

    ReplyDelete
  6. Menarik, custom made gift untuk insan tersayang.

    ReplyDelete
  7. waaa bestnyaa... ni untuk diri sendiri pun bagus ni. haha..

    ReplyDelete
  8. kualiti dari printcious memang terbaik!

    ReplyDelete
  9. wah! kena cuba gi order la..

    ReplyDelete
  10. Cantiknya diorang punya mug ❤❤❤😘😍

    ReplyDelete
  11. Cantiknya mousepad!! Lain daripada lain sangat <3

    ReplyDelete
  12. wahhh cantik2 betul hadiah yang boleh kita bagi kan .

    ReplyDelete