Sunday, 22 April 2018

King's Char Kuey Tiaw Port Dickson

King's Char Kuey Tiaw Port Dickson| Masih ingat lagi post Bawa Thahirah Mandi Di Port Dickson? Post kali ni sambungan daripada post tu. Maaf la ye lambat update. Untuk kali ni, kinah nak cerita tempat kami makan di Port Dickson. King's Char Kuey Tiaw ni tak jauh pun dari tempat Thahirah dan ayahnya berendam.
Kinah tahu King's Char Kuey Tiaw ni pun dari google. Ramai yang suggest untuk cuba char kuey tiaw di sini. Masa kitorang order pun lepas maghrib. Suasana kedai ni pada masa tu tak ramai orang pun. Yela weekdays kan. Lepas pilih port nak makan kitorang order char kuey tiaw seafood. Ada banyak lagi pilihan char kuey tiaw antaranya
Masa menunggu pun tak lama sebab tukang masaknya ramai. Taraaaa ni lah rupa Char kuey tiaw seafood kitorang.
Air minum pulak korang boleh pilih daripada menu ni.

Kinah pilih air juice de fruit dan suami pulak pepo ments.
Tak puas sebenarnya makan char kuey tiaw ni. Sedap dah memang sedap dah cuma kuey tiaw tu sikit sangat. Tak puas makan huhu. Ada je side dish lain. Tapi kitorang malas la nak tunggu lama-lama lagipun hari dah malam. Lepas makan semua kitorang beransur balik rumah. 

2 comments:

  1. Nama air dia gempak betul.. Kikiki.. Sha kurang minat Char Kuew Teow sebab sikit.. Kikiki.. Tak puas nak makan. .

    ReplyDelete