CUCKOO Malaysia Dilantik Sebagai Rakan Strategik Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Bekerjasama dengan Samsung Malaysia Perkenal Produk Kediaman Pintar Sihat Baru dan Pelan Sewaan

CUCKOO Malaysia Dilantik Sebagai Rakan Strategik Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Bekerjasama dengan Samsung Malaysia Perkenal Produk Kediaman Pintar Sihat Baru dan Pelan Sewaan | CUCKOO International (MAL) Berhad (“CUCKOO Malaysia” atau “Syarikat”, KLSE:5336), Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator), hari ini menganjurkan majlis berbuka puasa bertemakan “Sebar HEPI, Hargai Setiap Kebahagiaan”. Majlis penuh bermakna itu menyaksikan beberapa pengumuman penting yang mengukuhkan komitmen Syarikat dalam memupuk gaya hidup lebih sihat, di samping memperluas misinya untuk menyebarkan kebahagiaan yang lahir dari kediaman yang sejahtera, merangkumi isi rumah tempatan hingga ke peringkat dunia.

Misi kami selama ini ialah untuk meningkatkan taraf hidup dengan mengintegrasikan kesejahteraan ke dalam setiap kediaman. Namun, kami percaya bahawa kesihatan ialah asas kepada kebahagiaan. Dengan menyelaraskan pertumbuhan kami dengan agenda kebangsaan seperti Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) dan memperkenalkan HEPI sebagai maskot untuk misi kami, kami dapat memberikan impak lebih luas, merangkumi kediaman persendirian dan seluruh masyarakat umum. Ini merupakan satu gerakan holistik dan tersusun bagi memastikan janji kehidupan lebih sihat dan lebih bahagia dapat dirasai pada setiap titik sentuh pengalaman Malaysia,” kata Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO Malaysia, En. Hoe Kian Choon (KC Hoe).

Pada malam tersebut, CUCKOO Malaysia mengumumkan pelantikannya sebagai Rakan Strategik Tahun Melawat Malaysia 2026 dan peluasan stesen airnya di Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA, serta kesinambungan kerjasama bersama Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Phei Yong sebagai Duta Jenama, dan pelancaran rasmi maskot pertamanya, HEPI.

Tahun Melawat Malaysia 2026


Memperkasa dan Menyemarak Agenda Tahun Melawat Malaysia 2026 

Salah satu pengumuman utama pada majlis tersebut ialah pelantikan CUCKOO Malaysia sebagai Rakan Strategik Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026). Sebagai rakan sektor swasta utama Tourism Malaysia, CUCKOO Malaysia mengumumkan inisiatif serampang tiga mata untuk meningkatkan daya tarikan negara melalui pendekatan berteraskan kesejahteraan dan budaya:

  • Sokongan HORECA: Bagi membantu industri hospitaliti bersedia menghadapi lonjakan pelancong, Syarikat menawarkan diskaun 50% selama 8 bulan bagi model penapis air terpilih, sekali gus memastikan hotel, restaurant dan kafe dapat menyediakan pengalaman kesejahteraan yang premium kepada para pelawat.
  • Penceritaan Budaya Bersama Loka Made: CUCKOO bekerjasama dengan kolektif kreatif tempatan, Loka Made bagi menghiasi stesen air CUCKOO di Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA dengan lima reka bentuk eksklusif yang memaparkan warisan Malaysia. Karya seni ini menampilkan hidupan liar, budaya makanan, mercu tanda ikonik, kraf tradisional, dan buah-buahan tropika Malaysia. Ia turut menampilkan Duta Jenama CUCKOO, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Phei Yong, serta maskot CUCKOO, HEPI, membentuk naratif visual kesihatan dan hospitaliti untuk para pelancong.
  • Barangan Cenderahati Eksklusif: Karya seni Loka Made tersebut turut diabadikan dalam bentuk kad ucapan 3D edisi terhad. Orang ramai boleh mendapatkan cenderahati eksklusif ini melalui promosi Hadiah-dengan-Pembelian (GwP) produk CUCKOO yang akan diumumkan tidak lama lagi, memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memiliki sebahagian daripada citra budaya ini.

Pencapaian luar biasa dengan melebihi 42.2 juta ketibaan pelancong antarabangsa pada tahun 2025 memberikan momentum yang diperlukan untuk menarik lebih ramai pelawat bagi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026). Kolaborasi ini mempergiat usaha kami untuk memposisikan Malaysia sebagai destinasi utama yang mengutamakan kesejahteraan pelawat. Sokongan CUCKOO sebagai Rakan Strategik kami amat terpuji, sekali gus melengkapi matlamat kami untuk mempamerkan imej Malaysia yang moden, sihat, dan mesra kepada dunia,” kata Timbalan Ketua Pengarah (Promosi II) Tourism Malaysia, Lee Thai Hung.  

Pengalaman di Pintu Masuk Negara: Nikmat Menghilangkan Dahaga Pertama di Malaysia 

Sejak beberapa tahun yang lalu, CUCKOO Malaysia telah memasang penapis air beralkali ringan di 10 lapangan terbang domestik utama termasuk Kota Kinabalu, Langkawi dan Kuching, bagi merapatkan jurang antara kemudahan perjalanan, akses kepada air minuman bersih serta tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Sebagai langkah memperluas impak inisiatif kesejahteraan ini, CUCKOO Malaysia telah bekerjasama dengan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk memasang 96 stesen air di Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA. Buat julung kalinya, stesen air ini juga akan ditempatkan di dalam kawasan pintu pelepasan Terminal 1, memastikan para penumpang mempunyai akses mudah kepada air minuman bersih yang memenuhi piawaian sebelum berlepas. Inisiatif ini turut menyokong pengurangan ketara penggunaan botol plastik sekali guna di pintu masuk utama negara.

Memperkenalkan HEPI: Simbol Kediaman Sihat

Pada majlis penuh bersejarah itu, CUCKOO Malaysia turut mengesahkan kesinambungan kerjasama dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Phei Yong sebagai Duta Jenama, menandakan kerjasama erat yang terjalin sejak sekian lama berasaskan nilai yang dikongsi bersama. Seterusnya, majlis itu diteruskan dengan pengenalan maskot pertama CUCKOO, HEPI.

HEPI ialah simbol “Pencipta Kediaman Sihat” yang neutral, diinspirasikan daripada perkataan “Happy”. Dengan rekaan untuk merapatkan jurang antara kesejahteraan holistik dan kegembiraan, HEPI menampilkan mata berbentuk bulan sabit serta mulut yang sedikit melengkung, memberikan ekspresi mesra dan semula jadi. Tangannya yang terbuka luas sedia untuk memberikan pelukan yang hangat kepada semua orang, manakala simbol hati di dadanya memancarkan sinar kebahagiaan. Kehadiran HEPI mengingatkan kita bahawa apabila sesebuah rumah yang sihat akan membawa kebahagiaan dengan sendirinya.

Ketua Pegawai Pemasaran CUCKOO Malaysia, Queenie Goh ketika mengulas mengenai evolusi jenama itu berkata, “Ekosistem penyelesaian kesejahteraan kami yang holistik bukan sahaja memupuk kesejahteraan dalam setiap kediaman, malah ia turut membawa kebahagiaan. Melalui kerjasama strategik bersama jenama ikonik, personaliti berpengaruh dan pengenalan maskot HEPI, kami mempergiat lagi usaha untuk memastikan mesej kediaman sihat sampai ke setiap pelosok negara. Kami berharap dapat terus memperkasa lebih ramai lagi untuk menjadi #SAMASAMAHealthier dan mengingatkan semua orang agar menghargai kebahagiaan yang lahir daripada kesejahteraan.”

Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator), CUCKOO International (MAL) Berhad (“CUCKOO Malaysia” atau “Syarikat”, KLSE:5336), bersama Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn. Bhd. (“Samsung”) teruskan kerjasama susulan kejayaan pelancaran “CUCKOO Smart Healthy Home Co-Created Programme with Samsung” (juga dikenali sebagai “CUCKOO Co-Created Programme with Samsung”) tahun lalu. Fasa seterusnya ini memperkenalkan tiga SKU premium baharu merangkumi Mesin Basuh Pengering Pintar, TV Pintar, dan Tablet Pintar di bawah program berkenaan. Ia juga merupakan kali pertama teknologi canggih tersebut ditawarkan melalui model sewaan CUCKOO Malaysia yang terbukti keberkesanannya.

CUCKOO Malaysia 2026

Pengenalan inovasi terbaru ini mencerminkan ketangkasan CUCKOO Malaysia dalam menyesuaikan diri dengan landskap teknologi yang sentiasa berkembang, memastikan rakyat Malaysia terus mendapat akses kepada inovasi berkuasa AI terkini melalui ekosistem Samsung SmartThings tanpa perlu menanggung kos pendahuluan yang tinggi. Dengan beralih daripada fasa rintis yang sebelum ini hanya menawarkan pembelian secara terus, CUCKOO Malaysia kini memperkukuh kekuatan utamanya merangkumi aspek mampu milik dan ketercapaian dengan barisan produk terbaru ini yang ditawarkan melalui pelan sewaan.

Segmen perniagaan CUCKOO Co-Created kami dibina berasaskan semangat mencipta nilai lebih tinggi melalui sinergi. Tahun ini, kami melangkah lebih jauh dengan memperkukuh CUCKOO Co-Created Programme with Samsung di bawah segmen ini agar lebih berteraskan pelanggan dengan memperkenalkan model sewaan yang dinanti-nantikan ramai. Penawaran ini bukan sahaja menekankan inovasi baharu, ia juga memastikan setiap isi rumah dapat menikmati gaya hidup lebih pintar dan lebih sihat. Dengan menggabungkan kepimpinan teknologi Samsung bersama model sewaan kami yang telah terbukti, serta pengintegrasian ekosistem kesejahteraan CUCKOO Malaysia yang holistik, kami memudahkan lebih ramai rakyat Malaysia menjadi #SAMASAMAHealthier,” kata Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO Malaysia, Hoe Kian Choon (KC Hoe).

Barisan Produk Terbaru: Kehidupan Lebih Pintar, Kediaman Lebih Sihat

Ekosistem penyelesaian kesejahteraan CUCKOO Malaysia kini semakin pelbagai dan holistik menerusi rangkaian Penyelesaian Kediaman Sihat Pintar terbaru ini. Dengan menggabungkan kepakaran sewaan dan ekosistem kesejahteraan CUCKOO Malaysia bersama ekosistem Samsung SmartThings, pengguna dapat menikmati pengalaman kediaman lebih pintar, mampu milik dan saling berhubung. Ia menumpukan kepada aspek keselamatan melalui perlindungan privasi, kemudahan pemantauan sepintas lalu, meningkatkan penjimatan dengan mengurangkan pembaziran tenaga, serta penjagaan kesihatan seisi keluarga bagi menyokong gaya hidup lebih sihat.

Berikut adalah barisan produk terbaru yang diperkenalkan:
  • Kombo Mesin Basuh Pengering AI Samsung (12/7kg): Ditawarkan pada harga RM150/sebulan selama 36 bulan, mesin basuh pengering berwarna hitam elegan ini mencuci pakaian secara automatik dengan teknologi AI Wash yang mengesan berat cucian, jenis fabrik dan tahap kekotoran bagi mengoptimumkan penggunaan air serta detergen dalam setiap kitaran. Sementara itu, ciri AI EcoBubble™ pula memastikan penjagaan fabrik 45.5%  lebih baik serta mampu menanggalkan 24%1 lebih kotoran walaupun menggunakan air sejuk. Selain proses cucian yang canggih, fungsi Air Wash dan Hygiene Steam memastikan pakaian lebih bersih bagi melindungi kesejahteraan keluarga. Bagi memudahkan pelanggan, Pakar Penjagaan Kediaman profesional (Home Care Specialist) CUCKOO Malaysia turut menyediakan perkhidmatan pemasangan dan Servis Penjagaan Kediaman (servis selepas jualan) secara berkala setiap 6 bulan untuk memastikan tahap kebersihan yang terbaik. Mesin basuh pengering ini turut didatangkan dengan jaminan dan servis eksklusif selama 3 tahun (1 tahun jaminan standard + 2 tahun jaminan tambahan CUCKOO).
  • 65" QLED QEF1 4K Samsung Vision AI Smart TV: Ditawarkan pada harga RM148/sebulan selama 36 bulan, TV AI ini bukan sekadar hab hiburan, malah berfungsi sebagai portal kecergasan peribadi di rumah. Paparan ‘Slim Look Titan Gray’ dengan pensijilan TUV Real Quantum Dot menampilkan visual jelas dan realistik, menjadikan seolah-olah jurulatih bertaraf dunia berada di ruang tamu anda. Direka dengan mengambil kira aspek keselamatan, paparan ini bebas kadmium, sekali gus mewujudkan persekitaran lebih selamat untuk keluarga dengan menghapuskan logam berat berbahaya yang lazim terdapat pada paparan tradisional. Pengintegrasian dengan SmartThings membolehkan pengguna memantau keadaan rumah secara sepintas lalu sambil mengikuti sesi HIIT yang intensif atau melakukan senaman yoga yang menenangkan. Produk ini disertakan dengan jaminan eksklusif selama 3 tahun (2 tahun jaminan standard + 1 tahun jaminan tambahan CUCKOO).
  • Samsung Galaxy Tab S10 FE+ (256GB): Ditawarkan pada harga RM160/sebulan selama 24 bulan, tablet berprestasi tinggi ini direka untuk menyokong produktiviti dan gaya hidup aktif masa kini. Paparan besar 13.1 inci dengan reka bentuk ultra nipis 6.0mm serta perlindungan kalis air dan habuk IP68 menjadikannya teman ideal untuk penggunaan di rumah mahupun ketika bergerak. Dikuasakan oleh pemproses Exynos 1580 dan RAM 12GB, peranti ini menawarkan kecekapan berasaskan AI di hujung jari yang menampilkan ciri Galaxy AI, Gemini dan Circle to Search. Sama ada mengikuti latihan kecergasan intensif atau melukis menggunakan S Pen, tablet yang dilengkapi dengan bateri 10,090mAh serta pengecasan 45W ini pasti mampu bertahan lama. Eksklusif untuk CUCKOO Malaysia, tablet ini didatangkan dengan jaminan selama 3 tahun (2 tahun jaminan standard + 1 tahun jaminan tambahan CUCKOO).

Daya Tahan Operasi dan Pertumbuhan Strategik

CUCKOO Smart Healthy Home Co-Created Programme with Samsung” merupakan sebahagian daripada segmen perniagaan “CUCKOO Co-Created”. Segmen perniagaan ini menampilkan pelbagai peralatan dan barangan isi rumah hasil kerjasama strategik dengan LSK, OGAWA Malaysia dan Fujiaire.

Pengumuman barisan produk terbaru ini dijangka meningkatkan lagi momentum keputusan kewangan tidak diaudit CUCKOO Malaysia bagi suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 (“S4TK2025”). Dalam tempoh tersebut, Syarikat menunjukkan daya tahan operasi yang kukuh apabila keuntungan selepas cukai (PAT) meningkat 171.0% suku ke suku kepada RM36.5 juta, didorong terutamanya oleh margin lebih tinggi dan strategi pengurusan kredit yang lebih berkesan. Prestasi ini menyumbang kepada pencapaian stabil bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 (“TK2025”), dengan jumlah hasil RM1.1 bilion dan PAT sebanyak RM105.2 juta.

Segmen perniagaan CUCKOO Co-Created kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan, menyumbang RM221.1 juta (20.1%) daripada jumlah hasil TK2025, berbanding 20.2% pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 (“TK2024”). Prestasi yang konsisten ini menjadi bukti kepada kejayaan model perniagaan berteraskan sewaan Syarikat dalam menjana pendapatan stabil sambil memenuhi permintaan pengguna terhadap penyelesaian kesejahteraan kediaman yang mampu milik dan berkualiti tinggi.





Post a Comment

0 Comments