Proses Pengajaran dan Pembelajaran Lebih Mudah Dengan Adanya Aplikasi Anak2U

Proses Pengajaran dan Pembelajaran Lebih Mudah Dengan Adanya Aplikasi Anak2U | Kita sebagai ibu bapa pastinya inginkan yang terbaik untuk anak-anak kita. Selari dengan peredaran semasa yang mana generasi anak-anak pada zaman ini telah didedahkan dengan teknologi maklumat yang mana ianya boleh diakses dimana-mana sahaja. Disebabkan itu, wujudnya aplikasi yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat tadika iaitu Anak2U.

Proses Pengajaran dan Pembelajaran Lebih Mudah Dengan Adanya Aplikasi Anak2U

Aplikasi Anak2U
Proses Pengajaran dan Pembelajaran Lebih Mudah Dengan Aplikasi Anak2U 

Sebelum ni, kinah ada cerita serba sedikit mengenai Anak2U Explore iaitu satu website All in One untuk ibu bapa yang mencari tabika / taska untuk anak-anak. Korang yang nak tahu lebih lanjut mengenai Anak2U Explore boleh baca pada pautan link yang kinah sertakan dalam post ini.

Bagi ibu bapa yang telah mendaftarkan anaknya ke tadika / taska yang berdaftar dengan Anak2U, pastinya korang tahu dengan aplikasi Anak2U iaitu aplikasi bantuan pembelajaran alaf baru. Berbeza betul dengan zaman kita belajar dulu yang lebih banyak penggunaan kertas.

Fungsi yang ada pada aplikasi Anak2U

Aplikasi Anak2U, Proses Pengajaran dan Pembelajaran Lebih Mudah Dengan Aplikasi Anak2U
Proses Pengajaran dan Pembelajaran Lebih Mudah Dengan Aplikasi Anak2U 

  1. Segala laporan dan aktiviti harian pelajar melalui aplikasi Anak2U tanpa logbook.
  2. Segala maklumat dan aktiviti pelajar akan terus dipaparkan kepada ibu bapa. Bagus jugak tu, daripada situ kita dapat lihat sejauhmana prestasi anak kita.
  3. Prestasi dan perkembangan anak boleh dipantau mengikut penanda aras yang ditetapkan.
  4. Mengemaskini dan pembayaran yuran boleh dibuat melalui aplikasi.
  5. Aplikasi bantuan pembelajaran alaf baru dan permainan.

Baca Juga Di Sini : Pencarian Tabika dan Tadika Kini Lebih Mudah Dengan Anak2U Explore

Antara Aplikasi Anak2U Yang Boleh Dimuat Turun

Aplikasi Anak2U Teacher 

Aplikasi Anak2U, Proses Pengajaran dan Pembelajaran Lebih Mudah Dengan Adanya Aplikasi Anak2U
Aplikasi Anak2U Teacher

Aplikasi Anak2U Teacher direka khusus untuk guru. Di mana, dalam aplikasi ni, segala rekod dan butiran pelajar seperti aktiviti pelajar, kesihatan akan dinilai mengikut penanda aras yang telah ditetapkan kemudian disimpan dan direkodkan mengikut kelas masing-masing. Jika ada berlaku insiden ketika di sekolah, juga akan direkodkan ke dalam aplikasi ini untuk rujukan akan datang. Jadi, dengan adanya aplikasi seperti Anak2U Teacher, kerja guru-guru lebih bersistem, mudah dan lebih teratur.

Aplikasi Anak2U Parent

Aplikasi Anak2U
Aplikasi Anak2U Parent

Aplikasi Anak2U Parent semestinya direka khusus untuk ibu bapa yang mana dalam aplikasi ini, ibu bapa akan menerima info dan laporan dari guru tentang prestasi anak mereka, aktiviti yang dijalankan sepanjang hari ketika di sekolah Ibu bapa dengan hanya klik pada nama si anak dan dari situ segala butiran anak akan keluar. Jika ada sebarang pertanyaan, ibu bapa boleh menghantar mesej kepada guru. Mudah kan aplikasi ni. Selain itu, segala pembayaran yuran turut dilakukan melalui aplikasi Anak2U Parent.

Aplikasi Anak2U Mari Belajar Membaca

Aplikasi Anak2U

Aplikasi Anak2U Mari Belajar Membaca
ni begitu sesuai bagi anak yang baru belajar mengenal huruf dan belajar membaca. Kinah suka dengan grafik yang disediakan. Memang menarik dan dapat menarik minat anak-anak untuk belajar membaca. Dalam aplikasi ni terbahagi keada tiga bahagian iaitu pengenalan huruf, mengenali perkataan dan permainan. Kinah yakin, anak-anak korang akan enjoy dengan apps Anak2U Mari Belajar Membaca ni. Tengah musim cuti sekolah ni, daripada mereka main permainan yang tidak mendatangkan faedah, download je aplikasi ni.

Begitulah cerita serba sedikit mengenai Anak2U. Moga sedikit sebanyak akan memberi manfaat kepada semua. 

Pss: Jika ada pengusaha taska atau tadika berminat nak menggunakana aplikasi Anak2U boleh hubungi mereka untuk info lebih lanjut.

Laman web:
https://anak2u.com.my
Facebook:
https://www.facebook.com/anak2uofficial
YouTube:
https://www.youtube.com/watch?v=p5922xLnPLo

Post a Comment

23 Comments

  1. wahhhh.. zaman sekarang semua dihujung jari ^^

    https://www.nurulsyahirah.com/2019/11/follow-5-akaun-instagram-ini-untuk-kandungan-tentang-kewangan-terbaik.html

    ReplyDelete
  2. Menariklahh...
    boleh share dengan org lain :)

    ReplyDelete
  3. Sebelum ni tak tau on ada app gini . Menarik ni boleh try usha tgk nanti. Dengan zaman serba canggih sekarang ni kita kena lbh alert bab2 ni .. Tq sharing

    ReplyDelete
  4. lebih senang lah nak cari tadika untuk anak kan bila ada app macam ni

    ReplyDelete
  5. Menarik nya. Anak2 seronok la boleh belajar. Hopefully lebih banyak tadika and taska berdaftar dengan apps ni

    ReplyDelete
  6. wow bagusnya ada apps macam ni. memantau anak dan juga memberi alert kepada ibu bapa untuk kita pantau. terbaik. thniah dan terima kasih kepadad mereka yang cipta apps ni.

    ReplyDelete
  7. Sekarang ni banyak apps. Semua di hujung jari ajer. Ibu ayah kena alert la untuk kesenangan bersama.

    ReplyDelete
  8. mudah sekarang kan Kinah semua nya ada di smart phone

    ReplyDelete
  9. ooo this is very helpful for parent to help kids on their learning! thanks for sharing!!

    ReplyDelete
  10. Bagus untuk memudahkan kerja guru dan juga ibu bapa untuk semak prestasi anak-anak. Sejkarang tadika pun dah maju sangat ye selarilah dengan peredaran zaman.

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah thank you sharing kinah. akak memang duk pikir apalah nak buat dengan budak2 ni tuk improve thinking diaorg kan. boleh la akak terus zap download. biar berisi skit otak anak2 dari tengok kartun je.

    ReplyDelete
  12. OK.. Baru tau ada apps mcm ni.. Cepat kena install dekat fon ni utk anak2.. Tq for sharing ya

    ReplyDelete
  13. Bagus ada apps cam gini. Nanti bolehlah sis share kat sesiapa ada anak kecik yg perlukan apps sebegini. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  14. Menarikla apps ni. Nanti nak explore lah mana tahu mmg sesuai utk anak

    ReplyDelete
  15. wahh kita trus download awak, bagusnya dapat lah saya dlm masa yg sama monitor aktiviti dan pekembangan anak

    ReplyDelete
  16. Moden betul tech zaman sekarang. Tk perasan ada apps anak2u ni. Menarikkk

    ReplyDelete
  17. sgt memudahkan ibubapa, guru dan anak2..

    ReplyDelete
  18. menarik juga kan ada anak2u ni,,, macam2 sekarang dah ada untuk anak2... nanti nak try lah benda ni dan bagitau kat akk & abg sekali...

    ReplyDelete
  19. Now semua d hujung jari, kan.
    Mudah kan guru & ibu ayah.
    Anak2 aida dah besar semua. Tak merasa lah anak2u ni :-)

    ReplyDelete
  20. Banyak rupanya app anak2u ni. Sekolah anak saya dah perkenalkan apps ni utk mudah urusan tahun depan. Mmg sangat bagus dan lebih cepat.

    ReplyDelete
  21. wah menarik sangat app ni..anak pun tahun depan dah nak sekolah. mUdah untuk ibu bapa ..boleh usha app ni nanti

    ReplyDelete
  22. Whoaaa sekarang ni kan dunia penuh dengan teknologi canggih. Memang bagus ada apps belajar macam ni.

    ReplyDelete