Mee Wantan Gerai Ipoh Ipoh Aje!

Mee Wantan Gerai Ipoh Ipoh Aje!| Kinah dan makan memang tak dapat dipisahkan. Sebab tu badan makin lebor kata orang Perak. Tak teringat nak update tempat makan yang kinah selalu lepak masa kerja di stesen bas dulu. Kalau takde geng nak makan dekat kedai seberang jalan memang kedai ni la kinah tuju. Nak jalan jauh masa rehat sejam je. Jadi Mee Wantan Gerai Ipoh Ipoh Aje! la kinah pergi makan tak pun bungkus dan makan kat pejabat.
Mee Wantan Gerai Ipoh Ipoh Aje!
Mee Wantan Gerai Ipoh Ipoh Aje!
Apa yang special dekat Gerai Ipoh Ipoh Aje!
Hmmm yang special dekat sini Mee Wantan. Memang kebanyakan yang singgah makan kat sini semuanya order Mee wantan. Tak order mee wantan orang order Mee Kari. Memang dua tu je orang order kat gerai ni pada masa tu. Nak makan lain order kat kedai sebelah. Sekarang ni gerai ni dah tambah menu dah. Ada masakan goreng.

Baca juga - King's Char Kuey Tiaw Port Dickson

Kebetulan pada masa ni tetiba je tekak nak makan mee wantan dengan muka tak malunya ajak suami singgah sini. Suami ok je. Kitorang pun singgah la. Kinah biasalah mesti nak order mee wantan. Suami pulak makan mee kari. Mee kari tak sempat nak snap sebab tuannya dah balun dulu.
Mee Wantan Gerai Ipoh Ipoh Aje!
Mee Wantan Gerai Ipoh Ipoh Aje!
Simple je mee wantan dia. Kalau korang perasan mee wantan ni ada sos dia sendiri. Rasa dia hmm tak tau nak kata apa dah. Memang sedap. Haish teringin lagi nak makan mee wantan ni. Panas-panas teringin nak makann ABC kedai hujung tu. Tapi sekarang apek tu tak berniaga dah. Takpela takde rezeki nak minum ABC kat situ.
Cuma yang tak best kat sini tempat makan yang terhad dan sempit. Tambah pula bas keluar masuk kawasan tu. Jadi kawasan tu agak bising sikit. Dah nama pun stesen bas. Biasalah tu. Kitorang kat sini pun tak lama sebab Thahirah dah mula buat peel dia. Jadi sudah je makan dan bayar kitorang pun pusing le pekan Ipoh. 

7 comments:

  1. Ibu singgah blog walking hari isnin sis kinah. Sedapnya makan mee wantan. Nak teri buatlah

    ReplyDelete
  2. sedapnya mee wantan ni Kinah..akk pun sukaaa

    ReplyDelete
  3. Mama datang singgah blog walking blog sis kinah. Sedapnya mee wantan makan sup panas panas masa malam hari. Slurp

    ReplyDelete
  4. Maznee datang blog walking petang selasa ni sis. Alamak petang petang ni lapar la pulak

    ReplyDelete
  5. Selamat petang puan. Saya singgah blog walking. Tekstur mee yang kenyal macam spring kegemaran saya.

    ReplyDelete
  6. Sha tak pernah makan mee wantan nie.. Kalau mee kari tu selalu.. Boleh ajak encik suami cuba nie..

    ReplyDelete
  7. Wowww looksssss sooo nyummy la kak kinah hee

    ReplyDelete