Syampu Rambut Kanak-kanak CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER

Syampu Rambut Kanak-kanak CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER| Thahirah kalau dah jumpa playground memang tak ingat dunia dah. Semuanya dia nak explore. Biasalah budak kan. Bila dah main memang anak kita akan berpeluh terutamanya di bahagian kepala. Baunya menjadi lebih teruk apabila kulit kepala anak anda berminyak dan berpeluh. Hanya satu cara je untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ini adalah dengan memastikan anak kita mencuci rambutnya selepas waktu sekolah, atau bermain di luar. Mengekalkan kebersihan rambut akan dapat mengurangkan risiko jangkitan kulit kepala selain memastikan mereka berbau segar.

Syampu Rambut Kanak-kanak CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER

Syampu Rambut Kanak-kanak CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER
Syampu Rambut Kanak-kanak CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER
Penting bagi ibu bapa untuk mengetahui bahawa syampu dewasa tidak digalakkan untuk kanak-kanak. Penggunaan syampu dewasa pada kanak-kanak akan menyebabkan masalah kulit kepala dan rambut terutama bagi kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun. Disebabkan kulit kepala dan rambut kanak-kanak yang halus amat sensitif, maka cara yang terbaik adalah menggunakan syampu yang dirumus khas agar rambut dan kulit kepala yang sihat dapat dikekalkan. 

Syampu Rambut Kanak-kanak CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER
Syampu Rambut Kanak-kanak CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER
Memahami keperluan kanak-kanak terhadap produk yang lembut dan selesa pada kulit, CARRIE JUNIOR memperkenalkan CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER, syampu yang selamat digunakan setiap hari dan memberikan haruman pada rambut sepanjang hari. Ia merupakan syampu baharu yang dirumus khas bagi menghilangkan bau yang tidak menyenangkan secara berkesan, tanpa mendatangkan kesan buruk pada rambut dan kulit kepala. Dengan aroma buah-buahan yang berkekalan selama 24 jam, si manja pasti kekal segar dan berbau wangi walaupun setelah seharian bermain dan berseronok di luar kediaman. Diperkaya dengan minyak zaitun, produk ini dapat menyuburkan dan melembutkan rambut agar mudah diurus dan disikat. 

Syampu Rambut Kanak-kanak CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER
Syampu Rambut Kanak-kanak CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER
CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER hadir dalam aroma Perky Peach Fruity Burst yang menyenangkan serta mempunyai pH seimbang, lembut dan tidak menghakis untuk kegunaan seharian. CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER boleh didapati dalam duasaiz, iaitu pek 280g yang dijual pada harga RM10.10* di Semenanjung Malaysia danRM 10.60* di Sabah & Sarawak. Manakala CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER bersaiz 700g dijual pada harga RM20.70* di Semenanjung Malaysia dan RM 21.70* di Sabah & Sarawak. Produk CARRIE JUNIOR boleh di dapati di kedai runcit, pasaraya, pasaraya besar dan farmasi utama seluruh negara. 

Kini, ibu bapa boleh memeluk anak-anak selepas bermain walaupun berpeluh namun masih kekal segar dan berbau aroma buah buahan sepanjang hari! 


Post a Comment

11 Comments

  1. Assalamualaikum dan selamat pagi sabtu ibu ucapkan. Sambung raya hari cuti ni. Kanak kanak pun elok pakai syampoo khas kan

    ReplyDelete
  2. Mama singgah raya petang ahad ni. Semoga sis kinah sihat. Syampoo kanak kanak carie memang wangi

    ReplyDelete
  3. Allahu comelnya model cilik tu

    ReplyDelete
  4. bagusnya shampoo ni!anak anak mewangi je kan?btw selamat hari raya!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, salah rabu dari mama.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kerana berkongsi, Ibu singgah ke mari.

    ReplyDelete
  7. Wangi gila kan kinah. AS lepas mandikan budak-budak, bau syampu tu melekat lama kat tangan sampai nak makan nasi pun tangn masih berbau wangi syampu tu ahaks.

    ReplyDelete
  8. Salam Khamis, Ibu singgah bertamu ke blog sis kinah, anak Ibu seakrang ni pakai shapoo biasa

    ReplyDelete
  9. Suka bau dia. Sedap sangat bau peach dia.

    ReplyDelete
  10. Salam sabtu dari Mama, kalau bau dia sedap kanak kanak suka

    ReplyDelete
  11. Haha ika yang tua ni pun suka bau carrie junior. apatah lagi budak budak haha

    ReplyDelete