Showing posts with label Carrie Junior. Show all posts
Showing posts with label Carrie Junior. Show all posts

Wednesday, 19 August 2020

,
Rangkaian Penjagaan Kulit Baby Carrie Melengkapkan Rejim Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir| Setiap ibu di luar sana, semestinya mahukan yang terbaik buat anaknya. Begitu juga kinah. Walaupun kini Thahirah dah nak jadi kakak, dia tetap baby di hati kami berdua.

Dalam banyak-banyak aktiviti, mandi adalah aktiviti paling menyeronokkan yang dinantikan oleh si manja kita. Kini, dengan adanya rangkaian penjagaan kulit Baby Carrie yang terbaharu ni pasti membuatkan hari-hari anak kita akan bertambah ceria.

Baby Carrie, set mandian bayi organik, mandian bayi organik, mandian bayi tak pedihkan mata

Apa yang membuatkan kinah begitu tertarik untuk mencuba rangkaian penjagaan kulit Baby Carrie yang terbaru ni, ianya mengandungi 100% aktif tumbuhan organik yang dirumus khas untuk kulit bayi yang baru lahir. Sepertimana yang kita ketahui, kulit bayi yang baru lahir ni biasanya agak sensitif. Jadi, kita sebagai ibu bapa perlu mencari produk mandian baby yang sesuai untuk kulit anak kita.

Sebagai persediaan menyambut baby coming soon ni, kinah ada juga buat survey untuk mandian sesuai untuk bayi baru lahir. Akhirnya, Kinah jumpa dengan produk sesuai untik kegunaan bayi yang baru lahir nanti, tak lain tak bukan, Baby Carrie la. Bila dibelek, elok sangatlah Baby Carrie ni untuk kegunaan adik Thahirah yang bakal lahir tak lama lagi ni. Korang yang tengah mencari mandian bayi yang organik bolehlah cari Baby Carrie ni. 


Rangkaian Penjagaan Kulit Baby Carrie

Baby Carrie, set mandian bayi organik, mandian bayi organik, mandian bayi tak pedihkan mata

Siapa yang tak kenal dengan rangkaian produk Carrie ni. Kalau korang nak tahu, produk Carrie ni dah lama bertapak di bumi Malaysia sejak 20 tahun yang lalu. Satu tempoh yang agak lama kan.

Pelbagai inovasi, penyelidikan dan pembangunan telah dijalankan dan akhirnya keluarlah rangkaian Baby Carrie khususnya buat bayi yang baru lahir. Sementara nak tunggu adik Thahirah keluar, kinah bagi Thahirah guna terlebih dahulu rangkaian Baby Carrie ni.

Untuk pengetahuan korang, dalam rangkaian penjagaan kulit Baby Carrie ni, terdapat beberapa produk yang boleh korang dapati untuk kegunaan si kecil. Set yang kinah ada ni, bagi kinah dah cukup lengkap dah. Antaranya ialah:

  • BABY CARRIE Head To Toe
  • BABY CARRIE Bath
  • BABY CARRIE Lotion
  • BABY CARRIE Nourishing Oil
  • BABY CARRIE Calming Oil

Baby Carrie Head To Toe

Baby Carrie, set mandian bayi organik, mandian bayi organik, mandian bayi tak pedihkan mata

Mandian 2 in 1 seperti Baby Carrie Head To Toe, semestinya menjadi pilihan utama buat ibu-ibu di luar sana kerana lebih mudah dan menjimatkan masa yang mana ianya dapat membersihkan kulit kepala dan kulit sensitif bayi dengan lembut dan diperkaya dengan minyak gandum, kaya dengan vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi kulit terutama kulit bayi.

  • Sesuai untuk bayi yang baru lahir
  • Tidak memedihkan mata 
  • Hypoallergenic
  • Diuji oleh Pakar Dermatologi
  • Diuji oleh Pakar Oftalmologi
  • Bebas sabun, sulfat, paraben, pewarna, MIT

Baby Carrie Bath

Baby Carrie, set mandian bayi organik, mandian bayi organik, mandian bayi tak pedihkan mata

Baby Carrie Bath dapat membersihkan kulit sensitif bayi dengan lebih lembut dan mengandungi susu oat organik & susu badam untuk memperbaiki kulit bayi, mengawal kehilangan kelembapan & menguatkan kulit.

Keanjalan kulit bayi dapat ditingkatkan dengan vitamin A & E yang juga dapat bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi kulit.

  • Sesuai untuk bayi yang baru lahir
  • Tidak memedihkan mata
  • Hypoallergenic
  • Diuji oleh Pakar Dermatologi
  • Diuji oleh Pakar Oftalmologi
  • Bebas sabun, sulfat, paraben, pewarna, MTI


Baby Carrie Lotion

Baby Carrie, set mandian bayi organik, mandian bayi organik, mandian bayi tak pedihkan mata

Losyen Baby Carrie dapat memberikan kelembapan kepada kulit bayi selama 48 jam. Apa yang best dengan losyen Baby Carrie ni, tiada kesan, tidak berminyak serta teksturnya yang lebih ringan berbanding losyen baby lain. Ianya diperkaya dengan gliserin untuk menghidrat, dan memberi ketenangan kepada kulit bayi.

Kandungan seperti susu oat organik dan susu kacang almond dapat memberikan kelembapan dan melindungi kulit bayi.

  • Sesuai untuk bayi yang baru lahir
  • Hypoallergenic
  • Diuji oleh Pakar Dermatologi
  • Mengekalkan kelembapan selama 48 jam
  • Bebas alkohol, paraben, pewarna, minyak mineral


Baby Carrie Baby Oil

Baby Carrie, set mandian bayi organik, mandian bayi organik, mandian bayi tak pedihkan mata

Minyak bayi Baby Carrie Nourishing Oil begitu sesuai digunakan ketika mengurut baby. Pastinya dapat memberikan ketenangan, melembapkan kulit baby yang kering, serta mengunci kelembapan kulit bayi. Kandungannya seperti minyak badam organik, minyak gandum, dan minyak zaitun dapat membantu kulit bayi menyerap dan mengekalkan kelembapan serta memberi perlindungan kepada kulit.

  • Sesuai untuk bayi yang baru lahir
  • Hypoallergenic
  • Diuji oleh Pakar Dermatologi
  • Mengekalkan lebih kelembapan
  • Melembapkan & melembutkan


Baby Carrie Calming Oil

Baby Carrie, set mandian bayi organik, mandian bayi organik, mandian bayi tak pedihkan mata

Baby Carrie Calming Oil juga sesuai digunakan untuk mengurut bayi. Mengandungi minyak lavender organik yang dapat memberikan ketenangan kepada bayi disamping membantu melembapkan kulit bayi yang kering serta membantu bayi tidur dengan lena.

  • Sesuai untuk bayi yang baru lahir
  • Hypoallergenic
  • Diuji oleh Pakar Dermatologi
  • Mengekalkan lebih lembapan
  • Menenangkan dan melembutkan


Baby Carrie, set mandian bayi organik, mandian bayi organik, mandian bayi tak pedihkan mata

Alhamdulillah, setakat ni kinah pakaikan produk dari Carrie kepada Thahirah tak pernah menghampakan dan memang serasi sangat. InsyaAllah, kinah akan terus guna untuk second baby ni pulak.

Untuk maklumat lanjut layari:⁣

Facebook : @CarrieMY 
Instagram : @Carrie.Malaysia

Wednesday, 27 February 2019

,
Masa Mandi Thahirah Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar | Thahirah kalau ajak mandi, memang laju je. Tambah bila ada mandian dari Carrie Junior, lagi dia suka lagi lagi mandian Carrie Junior ni kaya dengan bubble, hmm lagi lama la dia nak main berendam dalam bilik air tu. Oh ye, baru-baru ni Carrie Junior ada launch produk baru tapi kali ni dalam bentuk Bubbly Bar.

Masa Mandi Thahirah Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Masa Mandi Thahirah Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar
Masa Mandi Thahirah Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar
Carrie Junior merupakan sebuah jenama yang dipercayai dalam kelengkapan mandian kanak-kanak telah memperkenalkan keseronokan masa mandi dengan Carrie Junior Bubbly Bar. Produk Carrie Junior Bubbly Bar baharu ni memberikan sebuah pengalaman baru yang lebih menyeronokkan di dalam bilik mandi. Sabun buku mandian baharu dengan hiasan imej 3D Carrie yang timbul di permukaan sabun hadir dalam 3 warna terang dan menarik iaitu merah jambu, hijau dan biru sesuai dengan setiap variannya.

Carrie Junior Bubbly Bar merupakan sabun Gilserin, yang mana ianya menjadikan kulit menjadi lebih lembut berbanding dengan kebanyakan sabun. Gliserin berasal daripada minyak tumbuhan semulajadi, disebabkan itu ianya menjadikan sabun ini mempunyai bacaan pH lebih rendah berbanding sabun lain. Ia membersihkan sambil memberikan lapisan perlindungan kelembapan supaya kulit kekal lembap.
Masa Mandi Thahirah Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar
Masa Mandi Thahirah Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar
Gliserin yang terkandung di dalam Carrie Junior Bubbly Bath juga bertindak sebagai humektan. Humektan tidak menjadikan kulit berminyak sebaliknya menjadikan kulit lebih lembut. Ibu bapa usah bimbang dengan kualiti produk Carrie Junior Bubbly Bar ini kerana ianya telah diuji secara dermatologi, sesuai untuk semua jenis kulit, sangat lembut dan tidak mengasari permukaan kulit apabila digunakan bersama air.

Pastikan kulit anak anda sentiasa terhidrasi, ia dapat melembapkan kulit sehingga beberapa jam selepas mandi. Penggunaan Carrie Junior Bubbly Bar yang berterusan menjadikan kulit lebih lembut dan gebu. Menyental dengan sabun ketika mandi juga merupakan terapi yang dapat melegakan tubuh badan.

Carrie Junior Bubbly Bar hadir dalam 3 aroma buah-buahan paling menarik dan laris daripada rangkaian mandian Carrie iaitu
  • Groovy Grapeberry
  • Cheecky Cheery
  • Double Milk
Masa Mandi Thahirah Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar
Masa Mandi Thahirah Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar
Carrie Junior Bubbly Bar dirumus khas dengan kandungan istimewa Carrie Junior, Fruito-E yang merupakan gabungab semulajadi ekstrak buah-buahan. Fruito-E diperkaya dengan vitamin dan nutrien untuk membantu menyuburkan dan melembapkan kulit.

Kini, kanak-kanak boleh menikmati lebih keseronokan di dalam bilik mandi kerana Carrie junior Bubbky Bar turut hadir dengan mainan rahsia di dalam setiap kotak. Carrie Junior Bubbly Bar (100g) boleh didapati di kedai runcit utama, pasar raya, pasar besar di seluruh negara dengan harga RM4.00 di Semenanjung Malaysia dan RM4.20 di Sabah dan Sarawak

Saturday, 23 June 2018

,
Syampu Rambut Kanak-kanak CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER| Thahirah kalau dah jumpa playground memang tak ingat dunia dah. Semuanya dia nak explore. Biasalah budak kan. Bila dah main memang anak kita akan berpeluh terutamanya di bahagian kepala. Baunya menjadi lebih teruk apabila kulit kepala anak anda berminyak dan berpeluh. Hanya satu cara je untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ini adalah dengan memastikan anak kita mencuci rambutnya selepas waktu sekolah, atau bermain di luar. Mengekalkan kebersihan rambut akan dapat mengurangkan risiko jangkitan kulit kepala selain memastikan mereka berbau segar.

Syampu Rambut Kanak-kanak CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER

Syampu Rambut Kanak-kanak CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER
Syampu Rambut Kanak-kanak CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER
Penting bagi ibu bapa untuk mengetahui bahawa syampu dewasa tidak digalakkan untuk kanak-kanak. Penggunaan syampu dewasa pada kanak-kanak akan menyebabkan masalah kulit kepala dan rambut terutama bagi kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun. Disebabkan kulit kepala dan rambut kanak-kanak yang halus amat sensitif, maka cara yang terbaik adalah menggunakan syampu yang dirumus khas agar rambut dan kulit kepala yang sihat dapat dikekalkan. 

Syampu Rambut Kanak-kanak CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER
Syampu Rambut Kanak-kanak CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER
Memahami keperluan kanak-kanak terhadap produk yang lembut dan selesa pada kulit, CARRIE JUNIOR memperkenalkan CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER, syampu yang selamat digunakan setiap hari dan memberikan haruman pada rambut sepanjang hari. Ia merupakan syampu baharu yang dirumus khas bagi menghilangkan bau yang tidak menyenangkan secara berkesan, tanpa mendatangkan kesan buruk pada rambut dan kulit kepala. Dengan aroma buah-buahan yang berkekalan selama 24 jam, si manja pasti kekal segar dan berbau wangi walaupun setelah seharian bermain dan berseronok di luar kediaman. Diperkaya dengan minyak zaitun, produk ini dapat menyuburkan dan melembutkan rambut agar mudah diurus dan disikat. 

Syampu Rambut Kanak-kanak CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER
Syampu Rambut Kanak-kanak CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER
CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER hadir dalam aroma Perky Peach Fruity Burst yang menyenangkan serta mempunyai pH seimbang, lembut dan tidak menghakis untuk kegunaan seharian. CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER boleh didapati dalam duasaiz, iaitu pek 280g yang dijual pada harga RM10.10* di Semenanjung Malaysia danRM 10.60* di Sabah & Sarawak. Manakala CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER bersaiz 700g dijual pada harga RM20.70* di Semenanjung Malaysia dan RM 21.70* di Sabah & Sarawak. Produk CARRIE JUNIOR boleh di dapati di kedai runcit, pasaraya, pasaraya besar dan farmasi utama seluruh negara. 

Kini, ibu bapa boleh memeluk anak-anak selepas bermain walaupun berpeluh namun masih kekal segar dan berbau aroma buah buahan sepanjang hari!