Khasiat Kunyit Untuk Kecantikan - apekinah.com

Friday, 3 August 2018

Khasiat Kunyit Untuk Kecantikan

Khasiat Kunyit Untuk Kecantikan | Hari ni kinah nak kongsi sikit khasiat kunyit. Kunyit ni bukan saja digunakan untuk masak je ye, untuk kecantikan pun boleh tau. Zaman mak-mak kita dulu pun memang guna kunyit ni untuk jaga kecantikan. Iyela pada zaman dahulu mana ada produk-produk kecantikan macam zaman sekarang ni. Semuanya guna alam semula jadi je. Lebih mudah, jimat dan lebih selamat. Jadi jangan kita pandang remeh dengan Khasiat Kunyit Untuk Kecantikan


Membasmi Jerawat
Bila jerawat seketul tumbuh aduhh memang tak best tambah lagi yang tumbuh tu jerawat batu. Bila perasan jerawat mula tumbuh apa kata korang guna je kunyit. Kenapa kunyit? Kunyit dikatakan mengandungi sejenis bahan yang dipanggil curcumin. Curcumin adalah bahan yang memberi warna kuning kepada kunyit dan memiliki sifat antiseptik dan antibakteria. Kedua-dua sifat ini dapat membantu membasmi kuman dan bakteria yang menjadi punca timbulnya jerawat pada kulit. Sumber curcumin ini juga dapat membantu mencegah pertumbuhan jerawat di permukaan kulit wajah kita.

Elak Kulit Berminyak
Apabila kulit kita berminyak, dengan mudah debu dan kotoran terperangkap di kulit kita. Apabila terlalu banyak minyak, boleh jadi penyebab jerawat. Jadi, kalau tak nak jerawat tumbuh melata di muka kita, rajin-rajinkan diri bersihkan kulit. Penggunaan air saja tidak mencukupi, untuk lebih efektif lagi boleh tambahkan kunyit. Dipercayai kunyit dapat mengawal pengeluaran minyak dan lebihan sebum pori-pori kulit wajah. Bagaimana kunyit ini membantu? Minyak volatile yang terdapat dalam kunyit berfungsi sebagai antiradang yang berupaya mencegah pembentukan jerawat yang tak diingini.

Khasiat Kunyit Untuk Kecantikan

Menghapuskan Kedut
Bila dah makin berusia ni, mulalah kedut nak datang menjengah. Tak payah risau, kunyit kan ada. Kalau nak tahu kandungan kunyit yang mengandungi antioksidan dapat memelihara kecantikan kulit. Kandungan nutrisi dalam kunyit itu, dapat membantu melambatkan proses penuaan, melembutkan kulit. Hanya dengan cara membuat masker wajah dengan campurkan parutan kunyit dengan parutan timun. Gunakan dua minggu sekali untuk dapatkan kesan maksimum.

Mengatasi Pigmentasi
Kunyit kaya dengan kandungan antioksida yang mampu mengembalikan keadaan kulit kembali normal. Malah, kesan antiradang dan antiseptik yang terdapat dalam kunyit dapat membantu mengatasi masalah pigmentasi pada kulit.  Di samping menyejukkan kulit yang terbakar kesan sinaran matahari yang berbahaya.

Menghaluskan Kulit Tumit
Mereka yang begitu menjaga kecantikan pasti tak akan membiarkan masalah kulit di tumit membelenggu dan mengganggu mereka. Haa siapa sangka kunyit sebenarnya mampu membantu masalah kulit yang berkerak tu. Hanya campurkan serbuk kunyit dengan minyak kelapa dan sapu ditempat yang bermasalah sambil tu gosok-gosok dengan lembut supaya adunan tadi diserap di bahagian kulit kasar. Biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air yang bersih.

Menyingkirkan Sel Kulit Mati
Kulit muka kusam dan tak berseri disebabkan terlalu banyak sel kulit mati dipermukaan kulit wajah kita. Sel-sel kulit mati ini perlu disingkirkan bagi memberi ruang kepada sel-sel kulit baru. Kunyit sangat bagus untuk melakukan proses eksfoliasi kerana kandungan dan tekstur kunyit boleh mengelupaskan kulit mati secara lembut dan natural tanpa sebarang iritasi. Skrub yang berasasakan kunyit adalah solusi terbaik untuk selesaikan masalah kulit mati yang bertompok ni.

22 comments:

  1. dah lama tak tempek dekat muka & tak sangka bagus untuk tumit kaki yang merekah!

    ReplyDelete
  2. Masa zaman sekolah dulu hairan bila ada kawan (India) sama bas muka dia kuning semacam. Saspek mesti tepek kunyit ni

    ReplyDelete
  3. Baru tahu banyak lagi khasiat kunyit ni yea.. memang tahu kunyit sesuai utnuk atasi masalah kulit.. tapi rupanya bila ca ni ada banyak lagi khasiat kunyit yea.. thnak you atas entri ni

    ReplyDelete
  4. masker kunyit memang terkenal, kinah.
    aida guna utk anak dara. masker kunyit + madu skit.
    bagus utk jerawat dan sunburn.
    dan dia semulajadi kan. so nak guna utk anak dara, aida x brape lah nak risau.
    takde bahan kimia. belasan tahun nak kena free kan muka dari bahan kimia.

    ReplyDelete
  5. Tips yang bagus ni kinah. Dulu mak mak kita guna bahan sedia ada ja untuk kulit muka. No chemical.

    ReplyDelete
  6. I used to drink kunyit jamu. I bought it at Aeon organic section. But now they don't sell anymore. Nak try AmoiJamu tu mahal pulak. Kunyit also good for knee pain like me.

    ReplyDelete
  7. Bagusnya perkongsian ni. Kita ingatkan kunyit tuk buat masak jer... Padan lah banyak dah founder keluarkan produk berasaskan kunyit

    ReplyDelete
  8. So far tak pernah lagi guna kunyit ni selain untuk makanan. Maybe lepas ni nak cuba untuk rekahan dekat kaki tu. Teruk jugak rekah dekat tumit ni

    ReplyDelete
  9. We indians have been using this sejak turun temurun for our faces, But I havent used it. When i think about it no wonder my grandma and my mom had such a beautiful and flawless skin. haha time for e to get into the tradition too

    ReplyDelete
  10. Rawlins pun dah try kunyit untuk kulit muka dan badan. Alhamdulilah better dan sesuai untuk my skin. Tapi jangan la tonyoh dan biar kunyit tu lama-lama. Hehe

    ReplyDelete
  11. Khasiat kunyit ni mmg banyak sangat. Tapi sis tk gunakan kat muka..masih belum ada kekuatan nk tepek kat muka..takut lambat hilang kuning tu..hehehe

    ReplyDelete
  12. sebelum wawa kawen..wawa amalkan tepek kunyit & madu dimuka utk kulit muka bersih dan cerah.. alhamdulillah puas hati sbb jerawat xmuncol... mmg best kunyit ni sbnarnya..

    ReplyDelete
  13. Kunyit memang bagus untuk kecantikan dan kejelitaan kulit. Sebab tu ada produk yang gunakan khasiatnya dalam skincare keluaran mereka. TAk silap brand temulawak pakai kunyit

    ReplyDelete
  14. Banyak juga khasiat kunyit ni. Lia jarang guna kunyit dalam kecantikan maybe sebab bau dia kurang menyenangkan. Kalau dalam masakan mmg ada guna .

    ReplyDelete
  15. Kunyit memang banyak kebaikan kepada kesihatan dan kecantikan. Anti radang dan anti penuaan. Eloklah pakai percuma dan mudah di dapati pulak tu

    ReplyDelete
  16. Kunyit memang bagus sebab di gunakan sekian lama oleh nenek moyang kita untuk kesihatan dan kecantikan.

    ReplyDelete
  17. Orang sekarang dah jarang pakai kunyit untuk di buat lulur dan skrub muka. Banyak pakai produk import je

    ReplyDelete
  18. Akak suka campoq dengan susu..then tempek kat muka..beat rasa lepas tu..
    Tpi utk kulit muka kering x sesuai sangat...

    ReplyDelete
  19. Ada juga satu botol serbuk kunyit. Dah lama tak pakai. Bila baca balik khasiat dia ni, kena sambung pakai lala nanti tempek kat muka. Hahaha, nak jaga juga kulit muka

    ReplyDelete
  20. Sejak setahun dua ni banyak produk berasaskan kunyit dijual. Harga pun bleh tahan. Kalau guna sebuk kunyit adabi ok tak akak untuk amalan masker kunyit ni? Teringin nak pakai. Tapi risau kulit kuning macam tangan masa masak ayam goreng tu. Hahaha

    ReplyDelete
  21. Ccl pun selalu amalkan . Kadang buat masker kunyit kat muka ..

    ReplyDelete