Khasiat Kunyit Untuk Kecantikan | Hari ni kinah nak kongsi sikit khasiat kunyit. Kunyit ni bukan saja digunakan untuk masak je ye, untuk kecantikan pun boleh tau. Zaman mak-mak kita dulu pun memang guna kunyit ni untuk jaga kecantikan. Iyela pada zaman dahulu mana ada produk-produk kecantikan macam zaman sekarang ni. Semuanya guna alam semula jadi je. Lebih mudah, jimat dan lebih selamat. Jadi jangan kita pandang remeh dengan Khasiat Kunyit Untuk Kecantikan


Membasmi Jerawat
Bila jerawat seketul tumbuh aduhh memang tak best tambah lagi yang tumbuh tu jerawat batu. Bila perasan jerawat mula tumbuh apa kata korang guna je kunyit. Kenapa kunyit? Kunyit dikatakan mengandungi sejenis bahan yang dipanggil curcumin. Curcumin adalah bahan yang memberi warna kuning kepada kunyit dan memiliki sifat antiseptik dan antibakteria. Kedua-dua sifat ini dapat membantu membasmi kuman dan bakteria yang menjadi punca timbulnya jerawat pada kulit. Sumber curcumin ini juga dapat membantu mencegah pertumbuhan jerawat di permukaan kulit wajah kita.

Elak Kulit Berminyak
Apabila kulit kita berminyak, dengan mudah debu dan kotoran terperangkap di kulit kita. Apabila terlalu banyak minyak, boleh jadi penyebab jerawat. Jadi, kalau tak nak jerawat tumbuh melata di muka kita, rajin-rajinkan diri bersihkan kulit. Penggunaan air saja tidak mencukupi, untuk lebih efektif lagi boleh tambahkan kunyit. Dipercayai kunyit dapat mengawal pengeluaran minyak dan lebihan sebum pori-pori kulit wajah. Bagaimana kunyit ini membantu? Minyak volatile yang terdapat dalam kunyit berfungsi sebagai antiradang yang berupaya mencegah pembentukan jerawat yang tak diingini.

Khasiat Kunyit Untuk Kecantikan

Menghapuskan Kedut
Bila dah makin berusia ni, mulalah kedut nak datang menjengah. Tak payah risau, kunyit kan ada. Kalau nak tahu kandungan kunyit yang mengandungi antioksidan dapat memelihara kecantikan kulit. Kandungan nutrisi dalam kunyit itu, dapat membantu melambatkan proses penuaan, melembutkan kulit. Hanya dengan cara membuat masker wajah dengan campurkan parutan kunyit dengan parutan timun. Gunakan dua minggu sekali untuk dapatkan kesan maksimum.

Mengatasi Pigmentasi
Kunyit kaya dengan kandungan antioksida yang mampu mengembalikan keadaan kulit kembali normal. Malah, kesan antiradang dan antiseptik yang terdapat dalam kunyit dapat membantu mengatasi masalah pigmentasi pada kulit.  Di samping menyejukkan kulit yang terbakar kesan sinaran matahari yang berbahaya.

Menghaluskan Kulit Tumit
Mereka yang begitu menjaga kecantikan pasti tak akan membiarkan masalah kulit di tumit membelenggu dan mengganggu mereka. Haa siapa sangka kunyit sebenarnya mampu membantu masalah kulit yang berkerak tu. Hanya campurkan serbuk kunyit dengan minyak kelapa dan sapu ditempat yang bermasalah sambil tu gosok-gosok dengan lembut supaya adunan tadi diserap di bahagian kulit kasar. Biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air yang bersih.

Menyingkirkan Sel Kulit Mati
Kulit muka kusam dan tak berseri disebabkan terlalu banyak sel kulit mati dipermukaan kulit wajah kita. Sel-sel kulit mati ini perlu disingkirkan bagi memberi ruang kepada sel-sel kulit baru. Kunyit sangat bagus untuk melakukan proses eksfoliasi kerana kandungan dan tekstur kunyit boleh mengelupaskan kulit mati secara lembut dan natural tanpa sebarang iritasi. Skrub yang berasasakan kunyit adalah solusi terbaik untuk selesaikan masalah kulit mati yang bertompok ni.