Wednesday, 17 April 2019

Ku Sangka Jerawat Rupanya Ketuat

Ku Sangka Jerawat Rupanya Ketuat | Hmm si ketuat ni sebenarnya timbul sebulan yang lepas. Masa tu kinah ingat jerawat batu, tapi yang kinah sangkakan jerawat ni takde la sakit sangat. Jerawat batu kalau timbul nak sentuh sikit pun dah sakit tapi yang ni tak. Masa tu kinah cuma endah tak endah je la. Fikir positif je. Ala lama-lama nanti hilang la. Ni dah sebulan benda tu masih ada lagi. Oh tidakk.

Tangan ni pun gatal nak pegang dan kutil. Hahh amik kau keluar sikit isi dia tu dan darah pun agak gelap sikit. Kinah cuba analisis dan ingat balik zaman dulu-dulu, bila ingat balik simptom tu baru la tahu ni bukanlah jerawat tapi ketuat. Ahhh sudah, ketuat kat muka oiiii. 

Kinah bagitau la suami, yang biji kat tepi dagu ni sebenarnya ketuat. Suami pun pelik, ketuat kat muka hmmm.. Kalau korang nak tahu, masa kinah kecik dulu, pernah ada ketuat naik kat bibir. Bibir okeh... Korang bayangkan la. Hari-hari duk pegang dengan harapan boleh hilang la.

Hmm ketuat tu hilang lepas mak kinah kutil guna pengepit kuku dan kinah sapu getah daun lipan kalau tak silap la. Hari-hari kinah sapu dengan getah tu. Lama-lama tak nampak dah bayang ketuat tu. Tapi tu cerita dah lama dah.

Tup tup kali ni tumbuh kat tepi dagu ni pulak. Nak balik rumah mak belum masa lagi. Dah tau bendasing yang tumbuh ni ketuat, kinah mintak suami belikan ubat ketuat. Orang farmasi kata ubat yang menanggalkan ketuat tu tak sesuai untuk muka. Jadi, dia bagi ubat sapu je, suruh sapu di tempat ketuat tu je. Harapnya ketuat ni cepat hilang. Ke korang ada petua lain selain sapu getah tu.

Gambar ni masa baru nak jadi. Masa tu sangka jerawat je la
Ku Sangka Jerawat Rupanya Ketuat
Ni gambar minggu lepas, nampak makin besar sikit
Ku Sangka Jerawat Rupanya Ketuat

4 comments:

  1. cik nor pun ada kat jari tp asyik lupa nak bli ubat..huhu

    ReplyDelete
  2. alamak.. kne buang tu cpt2.. tp kinah still ayu..

    ReplyDelete
  3. ketuat ni kena usaha buang jugak ni, sebab nanti akan kekal kan

    ReplyDelete