Thursday, 18 July 2019

Rupanya Lokching atau Sosej Bakar Ada Jual Di Bukit Sentosa Ni

Rupanya Lokching atau Sosej Bakar Ada Jual Di Bukit Sentosa Ni | Dulu masa zaman universiti dulu, suka betul beli sosej bakar atau kitorang panggil cucuk cucuk di cafe. Turun je dari bas, terus ke cafe. Kalau habis kelas petang, malas nak makan nasi cucuk cucuk je la kinah beli. Paling sedapnya, sos dia la yang manis pedas tu. Lepas habis belajar ada jugakla teringat-ingat pulak tapi tak tahu nak beli kat mana masa tu.

Haritu masa mula-mula pindah aritu, kinah tak larat nak masak. Penat mengemas barangkali. Bila dah penat tu, perut pun lapar. Macam biasa la, scroll facebook kot kot la ada orang boleh delivery makanan. Yop pulak kerja dan tak balik lagi hari tu. Lagipun dah malam kan. Cari makanan yang simple je. Tetiba nampak pulak ada orang jual cucuk cucuk. Happy tak terkata. Sesekali pekena cucuk atau lokching bakar ni memang layan. Lagipun lama dah kot tak makan huhu.
Rupanya Lokching atau Sosej Bakar Ada Jual Di Bukit Sentosa Ni
Rupanya Lokching atau Sosej Bakar Ada Jual Di Bukit Sentosa Ni
Tak fikir panjang dah, terus order. Kinah order petang, bajet lepas Maghrib boleh makan. Tapi disebabkan runner masa tu pergi open house, jadi lambat sikit la hantar. Huwaa dah la perut berkeroncong masa tu. Dekat Isyak baru sampai aduiii. Takpelah janji cucuk cucuk sampai huhu. Paling kinah suka sekali sandwic petak ayam tu la. Tapi rasa sandwic ni tak macam masa kinah makan zaman universiti dulu. Kalau dulu sandwic tu tebal kot. Tapi sekarang makin nipis. Rasa pun kurang. Tabah je la sebab dah lama sangat teringin. Mujurlah sos dia sedap huhu. 

Nak repeat lagi?

InsyaAllah akan repeat. 


7 comments: