Indah Water Datang Rumah

Assalamualaikum...


Indah Water (IW) datang rumah mestilah berkaitan dengan pembentungan rumah kita. Hari ini kinah kena jugak call dengan IW sebab tandas kat rumah dah sumbat. Ya Allah azabnya Allah yang tahu. Mula-mula kitorang ingat bolehla lagi air tu mengalir tapi makin lama air makin tinggi, ini tak boleh jadi. Apa lagi disebabkan kinah je yang suka sangat menyembang dalam telefon mak amanahkan kinah call IW aduhla kena cakap dengan operator yang malas ni. Nak tak nak kena la call jugak, Alhamdulillah nasib customer service mesra pelanggan. Dalam pukul 3 lebih baru team IW datang. Mula start debar tang mana yang sumbatnya tu. Bila dia cek hole depan alamak kosong je, maknanya yang dalam bilik mak tu la yang problem. Apa lagi team IW cek memang sah hole dalam bilik mak stuck. Apalagi diorang keluarkan besi panjang yang fleksible tu masukkan dalam hole depan. Masuk lagi masuk lagi sampai tengah rumah bunyi derummmmmmmmm ah sudah stuck kat situ ke aiyoooooo mula start fikr bukan-bukan kena pecahkan lantai ke, salah seorang team tu kata ada yang stuck kat bahagian tengah, ah sudahhh mak pulak panjangkan lagi besi tu takleh ke? apa lagi diorang keluarkan lagi besi tu then tusuk balik dalam hole grenggggggggg macam nak runtuh rumah kami ni. Lepas daripada burrrrrrkkrkrkrkkr ahkirnya keluar juga yang tersumbat tu ke mainhole macam empangan pecah. Fuhhhhhh, alhamdulillah semuanya dah setel. Buat tu saja pihak IW cas RM180 nak tak nak kena la bayar, dengan kinah tak mandinya. Nak mandi camne dah sumbat tak pasai-pasai banjir pulak. Menurut team IW punca tersumbat adalah disebabkan semasa rumah ni direnovate ada sisa-sisa bahan binaan dalam hole, itu yang stuck. Pesanan pada semua, apa-apa yang berkaitan yang boleh jatuh dalam tandas janganlah diletakkan dalam tandas, ni bagi tandas yang share dengan bilik mandi. Tambah ada budak yang suka bawak mainan dalam bilik mandi. Ini mesti dielakkan. Rumah kinah walau takde budak pun tetap sumbat jugak huhu. Akhirnya boleh mandi dengan aman dan damai. Ha rasanya ni entri paling panjang sekali huhu. Walau apa pun perkhidmatan IW is the best la. Thumbs up to IW ^_^  


Post a Comment

1 Comments

  1. Alhamdullillah setakat ni belum penah lagi fail bayar pembentungan :)

    ReplyDelete