Assalamualaikum semua, sebenarnya tak tahu apa nak dituliskan di blog kesayangan ni. Bila tanya pendapat suami apa yang nak dikarangkan, beliau cadangkan supaya kinah ceritakan makanan yang kami makan ketika berada di Johor. Pada mulanya apabila sampai di Batu Pahat perut dah mula berkeroncong minta diisi. Banyak kedai makan kat Batu Pahat tu, tapi bila kita dah datang dari jauh takkanla nak makan kat kedai mamak pulak kan. Semestinya nak mencuba makanan yang famous kat situ. Kinah pun pergila tanya en google, tiba-tiba terjumpa satu makanan ni iaitu Mee Racun 3G. Menurut portal tersebut jika dah sampai Batu Pahat memang tak sah kalau tak cuba Mee Racun ni. Kinah pun tak pernah cuba. Apa lagi buka waze dan terjah. Kedai ni terletak betul-betul di tepi jalan raya. Excited nak mencuba mee racun makin membuak-buak. Servis pun cepat.  Kami nak mencuba apa yang istimewa sangat mee racun ni


Terliur kan. Gambar ni kinah pinjam dari google. Lebih kurang macam ni la rupayanya mee racun tu. Kinah tak sempat nak snap gambar sebab bateri dah habis huhu. Rasanya masam manis lebih kurang macam tu la rasanya kinah tak tau macam mana nak gambarkan. Siap ada straw lagi nak sedut gearbox tu. Agaknya racun tu kat gearbox tu kot hihi. Harganya pun berpatutan. Kalau nak tau macam mana rasanya mee racun ni bila sampai je Batu Pahat sila onn waze anda. Sekarang ni orang pakai waze je senang.