Slot Akasia: 7 Hari Mencintaiku


Sekarang ni tengah demam drama 7 Hari Mencintaiku. News feed facebook penuh dengan status mengenai drama ni. Kinah pun terjebak sekali. Drama sebelum ni Cinta Masam Manis dengan Lara Terindah kinah tak tengok sangat. Tapi yang ni sungguh kinah cakap tonton episod pertama buatkan kinah rasa macam addicted sangat nak tengok lagi. Tak sabar nak tunggu episod akan datang. Dibintangi oleh Syukri Yahya sebagai Khuzairi, Siti Saleha sebagai Mia Adriana, Ungku Haris sebagai Khalil, Wan Sharmila sebagai Sophie, Liza Abdullah sebagai Mak Leha dan ramai lagi artis yang membantu menjayakan drama ni.


Rupanya drama ni merupakan adaptasi daripada sebuah novel iaitu 7 Hari Mencintaiku karya Siti Rosmizah. Patutla sedap cerita ni. Rupanya daripada karya penulis terkenal. Siapa peminat tegar novel mesti kenal dengan nama ni. Teringin pulak novel ni. Abang, belikan novel ni please!!! Lain tau feeling dalam drama dengan baca novel ni.


Ditayangkan pada setiap hari Isnin sehingga hari Khanis pada 6.58 pm di TV3. Pada yang terlepas menonton ada siaran ulangan pada 1.30 am kalau tak silap la.





Post a Comment

5 Comments

  1. Assalamualaikum kinah...
    Cik Nur sampai 3kali ulang baca novel ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam cik nur. Kalau dah baca tiga kali tu memang best la

      Delete
  2. unni x tgk :( tpi ramai tul org share

    ReplyDelete