Tuesday, 17 December 2019

7 Cara Lembutkan Hati Isteri Tengah Marah

7 Cara Lembutkan Hati Isteri Tengah Marah| Sedangkan air laut ada pasang surut, ini kan pula suami isteri. Biasa lah tu, ada masanya mood isteri tu ada swing sikit. Jika ada tak kena dimatanya, mula lah si suami yang jadi mangsa. Orang perempuan ni bila tengah marah, janganlah diusik. Biarkannya dia reda sendiri.

7 Cara Lembutkan Hati Isteri Tengah Marah

Tapi, perlu diingat juga, kemarahan ni jika tak dikawal akan menggugat keharmonian rumah tangga. Sebenarnya bila isteri tengah marah, si suami perlu bijak memainkan peranannya dalam mengawal keadaan. Dalam erti kata lain, pujuk isteri yang tengah marah tu. Tengah pening macam mana caranya, apa kata korang cuba 7 cara untuk lembutkan hati isteri tengah marah. 

MINTA BANTUAN LUAR

Jika korang dan pasangan bertikam lidah sampai tak bertegur sapa antara satu sama lain, korang perlu mencari jalan keluar dengan mencari orang tengah bagi menyelesaikan masalah korang berdua tu. Biasanya, kemarahan ni berpunca daripada tekanan hidup pada masa lampau ataupun si isteri tidak mampu untuk mengawal emosi dengan sebaiknya.

7 Cara Lembutkan Hati Isteri Tengah Marah


BEKERJASAMA DAN BERSIKAP ADIL

Wanita sememangnya sukar difahami dan kadangkala kuat beremosi. Sifat pemarah yang kadang terluah apabila korang tidak berlaku adil kepadanya, kurang hormat, atau rasa terbeban. Oleh itu, sebagai pasangannya, korang kena lebih berhati-hati dengan tindakan dan tuturkata ketika melayaninya dan berlaku adil dengannya, hormat-menghormati antara satu sama lain dan paling penting ringan-ringankanlah tangan tu membantunya buat kerja rumah. Mana la tahu kemarahannya reda.

7 Cara Lembutkan Hati Isteri Tengah Marah

TENANGKAN DENGAN KATA-KATA YANG LEMBUT

Kadang-kadang sikap amarah ni berpunca daripada perasaan terluka. Mungkin ada kata-kata korang tu mengguris perasaanya. Oleh itu, setiap kali si isteri marah-marah, korang kena sabar dan ungkapkan kata-kata yang lebih lembut bagi menenangkan emosinya. Jangan pula korang mengejek, dan memperkecilkan dirinya pada saat dirinya tengah naik hantu, nanti lagi haru.

7 Cara Lembutkan Hati Isteri Tengah Marah

BERI PERHATIAN

Lelaki ni seringkali tak ambil pusing dan kurang beri perhatian apabila si isteri sedang berbicara dengannya. Si isteri nak bercerita, si suami pulak sibuk dengan game dia. Jika berterusan sebegini, korang akan berperang dengan isteri. Percayalah, kemarahan mereka pasti meluap-luap apabila reaksi yang diharapkan dari korang menjadi hambar seterusnya merasakan dirinya tidak dihargai lagi. Oleh itu, korang letak tepi dulu phone tu, kemudian beri perhatian bila si dia sedang bercakap dengan korang. 

7 Cara Lembutkan Hati Isteri Tengah Marah

JANGAN MEMBALAS

Sebaiknya apabila pasangan korang sedang marah, cuba korang berdiam diri dulu. Jangan cuba membalas, biarpun sejuta alasan korang guna untuk membela diri dengan membalas kata pedas isteri korang tu akan menambahkan lagi api kemarahannya. So, tahan la ye. Biarkan dia meluahkan segala yang ingin diluahkannya. 

7 Cara Lembutkan Hati Isteri Tengah Marah

JADI RAKAN YANG BAIK

Dalam ramai-ramai, korang adalah insan terpilih untuk hidup bersama dengannya. Jadi, hargailah isteri tu dengan sebaiknya. Jadikanlah dia sebagai teman dan rakan baik korang buat selamanya. Fahami dan terima isteri dengan seadanya. Mana la tahu akan mengubah sedikit sebanyak kemarahannya tu. 

7 Cara Lembutkan Hati Isteri Tengah Marah

BERI MASA UNTUK PROSES BERTENANG

Sekiranya pasangan anda tengah marah, berikanlah sedikit ruang dan masa secukupnya untuk proses bertenang. Memberi ruang tidak bermaksud anda menjauhkan diri daripadanya. Langkah menjauhkan diri daripadanya akan membuat pasangan anda berkecil hati seterusnya membawa diri. Oleh itu, berikanlah dirinya masa agar dia mampu menilai sendiri dan buruknya sikap itu.

Kalau semua cara tak jalan jugak, ada satu lagi jalan terakhir. Cara ni kinah confirm, isteri korang tak marah dah. Caranya korang bagi isteri tu hadiah. Hadiah yang macam mana tu, terpulang. Semoga lepas ni isteri korang tak marah dah hehhe. Good luck ye.




10 comments:

  1. ... bagi la hadiah. mesti isteri suka.
    rantai emas ker :) hi hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa yang itu kinah setuju. Lagi cepat hilang marah tu kan hehe

      Delete
  2. Bagi saya point yang beri perhatian tue menjadi keutamaan, bayangkanlah kita duk luahkan perasaan pada suami, tetiba, nampak suami bermain games ke layan fesbuk ke ataupun paling koman, tertido.. hihi rasa geram aje...

    ReplyDelete
  3. bagi suprise hahahaa konfirm cayaq! ;p

    ReplyDelete
  4. Apa pun masa bertenang penting...dan jujur lah sesama sendiri.

    https://yamanaimy.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete
  5. Asalam..alamak tak baik marah2..nanti cepat ...ha jawab sendiri ..kan bagus kita ikut Sunnah Nabi..pemaaf..nice sharing ..

    ReplyDelete
  6. salam singgah. setuju sangat pasal bagi hadiah untuk lembutkan hati. haha

    ReplyDelete
  7. mujurlah bini sy merajuk x lama. pas tu cool lah tu..

    ReplyDelete
  8. beri perhatian tu memang penting dalam hubungan suami isteri yang sering pasangan kita terlupa..good tips Kinah

    ReplyDelete
  9. Ucapan maaf dan bagi hadiah.. InshaaAllahh redaaa marah tu hahaha.

    Wanita ni suka kalau pasangan dia sedar kesilapan dia sendiri and apologize dengan hati yang ikhlas. Hadiah tu tak semestinya barangan. Tolong masak or kemas rumah or urut badan pun salah satu bentuk hadiah juga kan hehehhe

    ReplyDelete