Thursday, 30 November 2017

,
Haish entahla. Bayangkan baru je tukar kad pengenalan sebulan yang lepas alih-alih kena tukar lagi. Nak tahu kenapa? Sebabnya masalah cip. Memang chipmunk betul huhu. Nasib la. Kitorang tak tahu pun cip tu dah rosak kalau tak bukan nak masukkan duit dalam ASB sampai ke sudah la tak tahu cip tu bermasalah. Nak tak nak kena la pergi JPN. Hari cuti dipenuhi dengan masa pergi buat kad pengenalan je.
Tukar Kad Pengenalan Lagi
Tukar Kad Pengenalan Lagi
Mesti korang tertanya-tanya kad pengenalan siapa yang rosak? Suami kinah la. Habis semua plan rosak gara-gara kad pengenalan problem. Disebabkan kad tu masih dalam jaminan jadi tak payah bayar. Suami ada bertanya pada pegawai JPN, rupanya hampir 89% kad pengenalan orang lelaki rosak berbanding orang perempuan. Puncanya letak dompet di poket belakang. Grrr cip tu terlalu sensitif tak boleh sebarangan letak. 

Kita orang perempuan, dompet simpan dalam handbag je tu payah kot nak rosak. Rasanya la sebab kad pengenalan kinah elok je card reader baca. Hihi. Kalau tak boleh letak dalam poket dekat mana kaum lelaki nak letak dompet. Fikir-fikirkanlah.

Monday, 27 November 2017

,
Elyana Menghidap Kanser| Semua orang terkejut mendengar pengakuan daripada Elyana tentang penyakit yang dialaminya di Gegar Vaganza semalam. Elyana telah disahkan menghidap penyakit kanser Limfoma yang kini telah berada di tahap 4. Allah patutlah selama ni Elyana sepi tanpa khabar berita rupanya beliau sakit. Selama 7 tahun ni Elyana menyepikan diri tanpa khabar berita. Menurut Utusan Malaysia, selama Elyana menyepikan diri ni, sebenarnya Elyana menjalani rawatan.

Elyana Menghidap Kanser
Elyana Menghidap Kanser
Sumber: Utusan Malaysia
Dulu ada juga dengar ura-ura tentang ni. Tapi tiada apa-apa pengakuan daripada pihak Elyana. Kuatnya Elyana melawan penyakitnya tu. Moga Elyana terus tabah menghadapi dugaan ni. 
,
Anak Tiada Selera Makan| Ibu mana yang tak susah hati bila tengok anaknya tak nak makan. Puas pujuk ajak makan, pun dia tak nak. Bila makan sekali dengan ayahnya dia memang nak menempek sekali tapi bila nak suap payahnya alahai. Kekadang tu bila nak bagi makan sampai nak kena paksa sebab dia langsung tak nak makan. Supplement? Dah bagi makan, tapi adala dalam dua tiga hari makan kemudian dia dah tak nak makan semula. Aduh payah juga bila anak tiada selera makan ni.

Anak Tiada Selera Makan

anak tiada selera makan
Anak Tiada Selera Makan
Risau tau dengan dia ni. Dia nak makan biskut dengan susu je. Mana cukup makan biskut je tambah makan pun memlih. Kena juga makan nasi. Bila dah jadi macam ni kinah cuba google petua nak tambah selera makan anak. Rata-rata petua yang diberikan menggunakan daun kucai. Hmm macam menarik je petua daun kucai tu. Nak cari pun senang je daun tu. Nekad nak guna petua tu. Harapnya memjadi la petua tu. 

Kebanyakan yang mencuba petua tu menjadi. Anak diorang selera makannya menjadi-jadi. Mengikut petua tu, kena mandikan anak dengan air kucai tun selama 3 hari berturut-turut sebelum waktu Maghrib. Sejauhmana keberkesanan petua tu pada Thahirah? Nanti kinah share dalam entri yang lain.

Sunday, 26 November 2017

,
Tips Mudah Anak Tidur Awal|Jam dah pukul 11.00 malam tapi si anak masih ligat dan aktif bermain dengan permainannya dan tak ada tanda-tanda langsung nak tidur. Memang haru tambah pula esoknya si ibu nak bekerja. Mata dah ngantuk tapi si anak nak main lagi. Mungkin tak puas lagi main la tu. Alhamdulillah Thahirah setakat ni tak pernah lagi tidur lewat. Paling lewat pukul 10.00 malam sebab ibunya nak layan movie dengan dia sekali layan hehe.

Walaupun begitu, kadang-kadang sambil layan movie, Thahirah sampai tertidur sendiri. Memang mudah la nak jaga dia. Kebiasaannya la dia tidur dalam 8.30 malam. Haa awal tu. Haa mesti korang tertanya-tanya macam mana Thahirah boleh tidur awal macam tu. Kali ni kinah nak kongsi satu tips mudah anak tidur awal dan paling senang untuk ibu dan ayah mencubanya.

Tips Mudah Anak Tidur Awal

Tips Mudah Anak Tidur Awal
Tips Mudah Anak Tidur Awal
Cara ni kinah dah apply pada anak dara kinah. Lagipun kami kadang-kadang tinggal berdua. Jadi mungkin cara ni membantu untuk Thahirah tidur awal.  Caranya kinah tutup semua lampu yang berhampiran dengan tempat tidur kecuali lampu jalan kat luar rumah tu je. Budak bila dalam keadaan gelap lagi mudah nak tidur tau. Bukan budak je mak budak sekali pun tertidur. Cuma bila dah tidur awal ni memang bangun awal la pagi esoknya. So ibu-ibu get ready la ye. 

Friday, 24 November 2017

,

Brain Foods

Pomegranate Juice
Ponegranate juice offers potent antioxidant benefits, which protect the brain from the damage of radicals.

Dark Chocolate
Dark chocolate has powerful antioxidant properties. Contains several natural stimulants, including caffeine which enhance focus and concentaration.

Nuts and Seeds
Nuts and seeds are good sources of vitamin E, explaining that higher level of vitamin E correspond with less cognitive decline as you get older.

Blueberries
Blueberries help protect the brain from oxidative stress and may reduce the effect of age-related conditions such as 'Alzheimer's disease or dementia.

Wild Salmon
Deep-water fish, such as salmon, are rich in omega-3 essential fatty acids, which are essential for brain function.

Avocados
Avocado is a fatty fruit, but its monounsurated fat, which contribute to healthy blood flow and healthy blood flow means a healthy brain.

Freshly Brewed Tea
Two or three cups a day of freshly brewed tea, contains a modest amount of caffeine can boost brain power by enhancing memory focus and mood.

Whole Grain
Whole grain, such as oatmeal, whole-grain breads and browns rice can reduce the risk for heart disease. If you promote cardiovascular health you're promoting good flow to the organ system which includes brain.
,
Idea Dekorasi  Ruang Tamu| Setiap orang mengimpikan rumah yang cantik dan tersusun rapi. Namun begitu, untuk merealisasikan impian tersebut memerlukan modal yang banyak untuk mengupah mereka yang lebih arif dan profesional dalam bidang ini. Tak salah jika kita cuba hiasnya sendiri mengikut kreativiti kita dan bajet yang kita ada. Lagipun, bahan rujukan dah semakin mudah dan boleh didapati di internet. Di bawah kinah kongsi design untuk ruang tamu. Semoga idea dekorasi ruang tamu ni dapat membantu korang untuk menghias ruang tamu.

Idea Dekorasi  Ruang Tamu

Idea Dekorasi  Ruang Tamu
Idea Dekorasi  Ruang Tamu

Idea Dekorasi  Ruang Tamu
Idea Dekorasi  Ruang Tamu

Idea Dekorasi  Ruang Tamu
Idea Dekorasi  Ruang Tamu

Idea Dekorasi  Ruang Tamu
Idea Dekorasi  Ruang Tamu

Idea Dekorasi  Ruang Tamu

Idea Dekorasi  Ruang Tamu


,
Fattah Amin Dan Fazura Bertunang| Akhirnya terjawab sudah semua spekulasi antara Fattah Amin dan Fazura. Minggu lepas kecoh mengatakan mereka telah bernikah. Lepasni tak payah dah nak kecoh-kecoh dah. Ada la sebab mereka diamkan hal ni. Lagipun bertunang memang tak perlu dihebahkan. Cukuplah ahli keluarga je yang tahu.
Fattah Amin Dan Fazura Bertunang
Fattah Amin Dan Fazura Bertunang
Hari ni 23 November mereka mengadakan sidang media bagi menjelaskan situasi yang sebenar. Alhamdulillah mereka telah selamat bertunang dalam majlis tertutup pada 13 November lepas sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci untuk menjalankan ibadah Umrah. Apa pun kita doakan yang terbaik untuk mereka.
Fattah Amin Dan Fazura Bertunang
Fattah Amin Dan Fazura Bertunang
Tahniah juga buat adik-adik UPSR yang dapat keputusan yang cemerlang. Mana yang tak berjaya cuba lagi untuk PT3 akan datang pula ye

Monday, 20 November 2017

,
Burger Double Spicy Chicken McDeluxe Pedas Ke?| Sabtu minggu lepas pergi ke Pekan Rawang kalau pergi ke sana Mc Donalds je la tempat dituju. Penangan iklan punya pasal, jadi teringin la nak merasa burger Spicy Chicken McDeluxe tu. Kinah request Double Spicy Chicken McDeluxe, suami pulak cuba Spicy Chicken McDeluxe.

Burger Double Spicy Chicken McDeluxe Pedas Ke?
Burger Double Spicy Chicken McDeluxe Pedas Ke?
Meh sini kinah review burger ni...
Hmm nak kata pedas macam yang dikatakan tu takla. Mula-mula je terasa pedas ceewah kononnya nak buat cabaran makan burger ni tanpa minum air. Tapi tak bolehla sebab gigitan pertama tu buat kinah tersedu, nak tak nak kena jugak minum haha. Awal-awal dah surrender. Sekejap je pedasnya kemudian tak pedas dah. Siapa yang nak mencuba tu bolehlah cuba. 

Burger Double Spicy Chicken McDeluxe Pedas Ke?
Burger Double Spicy Chicken McDeluxe Pedas Ke?

Burger kat atas tu Double Spicy Chicken McDeluxe. Ada dua kepingan ayam, sayur dan mayonis. Itu saja. Nyumm nyumm. Burger Spicy Chicken McDeluxe tu tak sempat nak snap sebab tuan burgernya dah ngap dulu haha. 
,
Cuci Sayur dan Buah dengan Mudah| Setiap ibu sentiasa mahukan yang terbaik untuk keluarganya terutama dalam penyediaan makanan yang sihat dan bersih. Namun begitu, sedarkah ibu-ibu, pada hari ini begitu banyak penggunaan bahan-bahan seperti racun serangga yang kita tidak tahu kandungannya selamat atau pun tidak. Perasan tak bila kita beli epal, epal tu boleh bertahan selama beberapa hari. Sebenarnya epal tersebut telah disaluti dengan sejenis bahan iaitu wax. Seperti mana yang kita tahu, kebanyakan buah-buahan di import daripada luar negara dan mengambil masa agak lama untuk sampai ke sini. Jadi, bagi mengekalkan kesegaran buah tersebut, wax digunakan.

Haa ibu-ibu basuh buah-buahan dan sayuran bagaimana ye? Hanya guna air biasa saja kemudian tos dan terus makan? Perasan tak walaupun kita dah cuci banyak kali kesan putih yang terdapat pada buah tersebut masih ada. Haa ini bermakna, buah tersebut masih belum selamat lagi untuk di makan. Bahaya tau. Mungkin kita tak nampak lagi kesannya sekarang, nanti bila dah berusia nanti baru ada kesannya. Masa tu barulah timbul penyesalan kenapalah tak amalkan dari dulu lagi. Hmm. Nak tahu cara mudah untuk tanggalkan kesan wax pada buah-buahan tak? Haa kalau nak tahu kena baca dulu entri ni sampai habis tau.

Cuci Sayur dan Buah Dengan Mudah

Cuci Sayur dan Buah dengan Mudah
Mama-Cares Natural Calcium Cleaner keluaran Iyashino
Taraa ni lah cara mudah untuk mencuci segala bahan-bahan dan bendasing yang terdapat pada buah dan juga sayur-sayuran tau. Kinah perkenalkan pada semua Mama-Cares Natural Calcium Cleaner keluaran Iyashino. Sejak diperkenalkan dengan produk ni, kinah rasa lebih terjamin kebersihan masakan kinah tu terutama makanan untuk Thahirah. Kinah lebih yakin menggunakan Mama-Care Natural Calcium Cleaner kerana Mama-Cares dapat membunuh 99.9% bakteria yang terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran di samping dapat menanggalkan sisa racun perosak yang terdapat pada buah-buahan dan sayuran. 

Cuci Sayur dan Buah dengan Mudah
Mama-Cares Natural Calcium Cleaner Keluaran Iyashino 
Untuk pengetahuan semua, Mama-Cares boleh dikatakan produk serbaguna kerana boleh digunakan untuk mencuci beras, ayam dan daging.  Bukan itu saja, barang baby dan alat perkakas dapur pun boleh juga digunakan. Walaupun nampak kecik tapi kebolehannya luar biasa tau. Setakat ni, kinah berpuas hati sangat dengan Mama-Cares ni. Pertama kali cuba terus rasa jatuh cinta. Semua kerja dah semakin mudah. Mesti ibu-ibu tertanya-tanya bagaimana cara Mama-Cares ni digunakan. Sebenarnya mudah saja.

Cuci Sayur dan Buah dengan Mudah
Cuci Sayur dan Buah dengan Mudah
Hanya isi air ke dalam bekas ataupun mangkuk kemudian masukkan Mama-Cares ke dalam air tadi dan masukkan buah-buahan atau sayur-sayuran ke dalam mangkuk. Biarkan selama beberapa minit. Setelah itu, ibu-ibu akan nampak air dah mula agak keruh seperti seakan-akan minyak terapung di atas permukaan air. Haa kalau nak tahu itulah dia wax, bahan yang digunakan untuk mengekalkan kesegaran buah tu tadi.

Cuci Sayur dan Buah dengan Mudah
Cuci Sayur dan Buah dengan Mudah

Di atas ni adalah basuhan beras yang pertama. Selalunya bila basuh beras warna putih saja kan. Tapi bila guna Mama-Cares lihatlah hasilnya. Seram kan.

Cuci Sayur dan Buah dengan Mudah
Cuci Sayur dan Buah dengan Mudah
Nampak tak yang terapung tu. Kalau tak nampak boleh besarkan gambar tu. Eiii itulah yang akan kita makan kalau kita tak cuci dengan sempurna. Rasa seram pulak tengok hasil tu. Oh ye kalau ibu-ibu nak tahu Mama-Cares ni berhentuk serbuk tau. Guna sedikit saja tapi hasilnya sangat mengagumkan. Mama-Cares ni wajib ada di setiap rumah. Jangan risau, kandungan yang digunakan di dalam Mama-Cares ni kerana telah diuji oleh makmal dan disahkan selamat untuk digunakan.
Hasil ujian Mama-Cares

Tonton video ni untuk lihat lebih jelas bagaimana Mama-Cares bertindak.

Sepanjang kinah guna Mama-Cares ni memang puas hati sangat. Lebih terjamin kebersihan makanan yang kita masak tu.

Sunday, 19 November 2017

,
Sistem SAPS Ibu Bapa Memudahkan Ibu Bapa Memantau Prestasi Anak| Kalau suatu masa dahulu buku rekod digunakan bagi mencatat prestasi pelajaran dan kemajuan sekolah anak-anak, namun kini semuanya sudah pun berubah. Seiring dengan peredaran zaman semasa, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan satu sistem yang lebih mudah khusus untuk ibu bapa bagi memudahkan ibu bapa membuat pemantauan prestasi anak-anak di sekolah. Sistem ini diberi nama SAPS Ibu Bapa.

Sistem SAPS Ibu Bapa Memudahkan Ibu Bapa  Memantau Prestasi Anak
Sistem SAPS Ibu Bapa Memudahkan Ibu Bapa  Memantau Prestasi Anak

SAPS Ibu Bapa merupakan sistem analisis keputusan peperiksaan sekolah yang diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Tujuan sistem ini dibangunkan bagi memudahkan ibu bapa atau penjaga membuat semakan keputusan ujian dan peperiksaan anak mereka secara atas talian (online).

SAPS NKRA ialah National Key Result Areas (Bidang Keberhasilan Utama Negeri) dan ianya juga dicipta untuk kegunaan ibu bapa, guru dan setiausaha peperiksaan (SUP) bagi melihat paparan pengumuman penting bagi murid-murid, guru-guru, ibu bapa serta setiausaha peperiksaan.

Cara Membuat Semakan
  1. Klik pautan ini untuk menyemak keputusan peperiksaan.
  2. Masukkan nombor sijil lahir (bagi anak sekolah rendah) atau kad pengenalan (bagi sekolah menengah). Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.
  3. Kemudian ambil pilihan yang ingin di semak sama ada untuk keputusan sekolah rendah atau keputusan sekolah menengah.
  4. Pilih tahun peperiksaan yang ingin disemak.
  5. Slip peperiksaan akan mula dipaparkan. Ibu bapa boleh mencetak slip berkenaan bagi tujuan rekod persendirian.

Mudahkan sistem ni. Banyak kelebihannya apabila sistem ini diperkenalkan. Antara kelebihannya ialah ibu bapa dapat memantau pencapaian dan prestasi anak di hujung jari sahaja. Berdasarkan pencapaian tersebut, ibu bapa dapat merancang  program yang sesuai untuk anak mereka terutama bagi anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan besar seperti UPSR, PT3 dan SPM.

Jika dahulu buku rekod digunakan untuk merekod segala pencapaian yang memerlukan tandatangan ibu bapa tapi kini dengan wujudnya sistem ini, anak-anak tidak lagi dapat menipu tandatangan kerana bimbang di marahi oleh ibu bapa kerana pencapaian merosot mereka.

Diharap dengan sedikit sebanyak maklumat yang diberikan di atas dapat membantu ibu bapa menggunakan sistem ini dengan mudah dan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai sistem ini bolehlah layari website ini http://www.sapsibubapa.co/

Wednesday, 15 November 2017

,
Padah Memberi Hutang| Hidup dibelenggu dengan hutang sampai bila-bila pun tak akan tenang. Sungguhpun hutang tu tidak dituntut oleh pemberi hutang, si penghutang tetap juga kena bayar hutang tersebut. Kerana fikirkan kawan kami bolehla bertoleransi lagi. Tapi bila dah sampai masa yang dijanjikan kononnya nak bayar, rupanya hampeh. Bolehnya dikata ala takde duitla nak bayar. Amboiii sedapnya bahasa ye. Bini ko jual emas bagai takkan takde untung kot. Update status emas dah ada booking, ada yang dirisik bagai. Tapi hutang tak nak bayar.

Padah Memberi Hutang
Padah Memberi Hutang

Bila dirisik-risik dengan jiran, rupanya mamat tu memang problem. Selalu tukar-tukar kerja. Dulu pernah bawak bas persiaran tapi berhenti sebab company tak nak bagi duit lebih pada dia. Perangai dia macam company tu ayahnya yang punya. Kemudian dia beli van kami kononnya nak buat berniaga barang basah. Jadi suami dengan baik hati jual padanya secara ansuran. Hanya bayar deposit dulu RM2000 kemudian RM2000 bayar kemudian. Sebenarnya van tu cukai jalan dah mati kononnya "kawan" suami pun tolong hidupkan pakai duit kami. Ish tak pernah dibuat orang kot. Kita jual, kita yang hidupkan roadtax tu. Tu la orang tak bersyukur, diberi bunga tahi yang kami dapat.

Janji nak bayar hujung bulan 10 sampai sekarang tak nampak bayang. Ehh nak lari mana rumah kau tu dekat je kot dengan kami. Suami pergi ke rumah dia nak tuntut yang dia janji. Kami ni umpama pengemis pulak menuntut hutang yang berhutang tu pulak sesedap rasa je nak bayar tak nak bayar dan berdolak dalih pulak tu. Dia nak van tu tapi bayar sampai habis punya liat. Bagi macam-macam alasan tak boleh berniaga sebab musim tengkujuh la. Hello bumi Allah ni luas, tak boleh berniaga barang basah berniaga la lain. Suami bagi kata dua pada dia, sama ada nak bayar baki atau pun kitorang tarik balik je van tu. Kalau beli guna loan bank pun bank dah bising sebab lambat bayar ni kan pula direct dengan owner. Kawan tak kawan, hutang tu tetap hutang. Geram betul dengan orang macam ni. 

Tuesday, 14 November 2017

,
Why are you still paying to service your air-conditioner?| We all know that when it comes to cost of living, it's generally a one-way street -- one that only goes up.

So maximising the ringgit is just good money sense, and one of the best ways to do so boils down to doing some simple cleaning chores yourself instead of hiring a contractor to do it. Even if it involves a machine seemingly as complicated as the air-conditioner. 

We reckon most households in Malaysia have one, and that’s not a cheap item, we're sure every air-conditioner owner hopes it could lasts for many good years once the item is purchased. To keep it in a good condition, cleaning and servicing the air conditioner is definitely at the top of the list of what you should do.

Contrary to what some may think, cleaning an air-conditioner is really as easy as 1-2-3 with a product of WD-40. To start with, just get hold of a recommended good cleaning agent - the 3-IN-ONE® Professional Air Conditioner Cleaner.

Why are you still paying to service your air-conditioner?
A water-based cleaning agent that dissolves grease, dirt, fungi, mold and other build-up from the cooling coils of your air-conditioners. No rinsing is required. Here's a simple step-by-step guide on how to use this 3-IN-ONE® Professional Air Conditioner Cleaner to do the job : 

1. Safety first, so switch off the power to your air-conditioner. 

2. Remove the filters and wash away the dust on them.

3. Spray the 3-IN-ONE® Professional Air Conditioner Cleaner onto the cooling fins vertically, from left to right, to ensure you cover each fin properly.

4. Leave the fins for two minutes for the cooling agent to work and then slide the filters back into place.

5. Now switch on the air conditioner for at least 15 minutes to allow the dirt to be drained out through the drain hose.
Why are you still paying to service your air-conditioner?

That's it ! Your cleaning is done ! 

Upon completion of the cleaning, your air conditioner will cool faster, thus saving electricity. The best part is  you will get to enjoy cleaner and fresher air ! So save that few hundred ringgit hiring someone to clean your air conditioners and just DIY today ! It's all about being a smart consumer.

To get more tips and ideas on what you can do to improve and upkeep your home with the right products, check out http://wd40.asia on WD-40® as well as its 3-IN-ONE® product range. 

About 3-IN-ONE®

The 3-IN-ONE® brand has been famous since 1894, solving problems and making people smile. And that is why WD-40 Company officially acquired the 3-IN-ONE Oil business in 1995 and has been innovating ever since to produce the best product with the best delivery systems around.

Specialising in heavy-duty solutions that are often the product of choice for trade professionals and serious DIY, the 3-IN-ONE ® brand is another quality product from WD-40 Company. Visit our Asia website for more information: https://goo.gl/NiDfNd; or http://wd40.asia/products/3-in-one/3-in-one-professional-air-conditioner-cleaner


ABOUT WD-40 Company

WD-40 Company is the maker of the widely trusted WD-40® Multi-Use Product, an essential in every toolbox and household worldwide. The American brand was created in 1953 as an anti-rust, anti-corrosion protectant for the outer layer of the Atlas Missile and has since transformed into the quick-fix solution to cleans and protects, loosens rusted parts, drives out moisture, frees sticky mechanism and stops squeaks.

Maintenance professionals and DIY amateurs alike find diverse applications for WD-40® in their works with hardware, industrial, automotive, cycling, sporting and mass retail goods. Today, WD-40® is available around the world in a variety of sizes, and it has diversified into a new range of specialised products – WD-40® Specialist™, WD-40® BIKE and WD-40® Specialist™ Automotive.

WD-40® range of products are found in major retail and hardware supply stores across all states in Malaysia. For more information on WD-40® range of products, visit: www.wd40.asia


Saturday, 11 November 2017

,
Misteri 11.11.2017|Hari ni 11 November 2017. Semua orang sibuk bercerita pasai tarikh ni. Apa yang istimewanya dengan tarikh ni? Haaa khabar baik buat kaki shopping online, Lazada kini sedang mengadakan Lazada Online Revolution sales. Banyak potongan harga bagi barangan terpilih

Misteri 11.11.2017

Misteri 11.11.2017
Misteri 11.11.2017
Masa tengah murah ni la borong kaw kaw nanti bila dah habis promosi ni menyesal tak sudah. Tunggu apa lagi penuhkan peti cart korang tu, peluang ni untuk hari ni je tau. Terlepas kena tunggu tahun depan la pulak. Sekarang ni kinah tengah intai-intai home deco. Ngeee geram betul dengan harganya tu.

Ha lekas pergi ke website Lazada. Ada beberapa jam je lagi nak tamat ni. Tengah ada masa ni bolehlah pilih lagi.
,
Kebiasaan hari seorang wanita bermula dengan semburan wangian pada nadi, rambutnya dirapi dan membuat kemasan terakhir pada pakaian dan solekan di hadapan cermin sebelum melangkah keluar. Menjelang tengahari, selepas menghadiri beberapa mesyuarat dan melakukan tugasan lain beliau akan menambah gincu pada bibir selepas makan tengahari. Menjelang petang, beliau akan membuat perancangan bersama rakan untuk menikmati makan malam, ataupun temujanji bersama teman lelaki dan sekali lagi membuat sentuhan terakhir pada solekan sebelum melangkah keluar. Satu perkara yang perlu beliau ingat setiap kali selepas merapikan semula diri adalah untuk menyembur semula wangian memandangkan bau dapat mencipta daya tarikan penuh “scent-sasi” dan memberi impresi yang berkekalan.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM Cipta Detik “Scent-sasi” Di Mana-mana Sahaja
ENCHANTEUR berbangga menjadi pakar dalam memperkenalkan wangian Perancis yang memahami keperluan dandanan wanita dan sentiasa berusaha untuk mencipta inovasi bagi menghasilkan produk yang relevan. ENCHANTEUR juga sedar bahawa sesetengah wanita sering membawa bersama sebotol wangian EDT atau semburan wangian badan untuk merapikan semula wangian diri.

ENCHANTEUR memperkenalkan wangian terbaharu mesra beg tangan iaitu ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dalam bentuk bebuli yang boleh didapati dalam saiz padat 9ml. Rangkaian ini merupakan inspirasi personaliti gadis-gadis Paris yang feminin namun penuh dengan tenaga dan sentiasa menyerlah. Dengan usahasama bersama pencipta wangian Perancis, ENCHANTEUR menterjemahkan personafikasi keempat empat gadis ini pada pakej pembungkusan yang menarik. Dilancarkan dalam empat variasi wangian, para gadis kini mempunyai dua pilihan dari 2 aroma paling laris dari rangkaian ENCHANTEUR PARIS, iaitu Belle Amour dan Adore; serta wangian baharu iaitu Cheri dan Jolie yang lahir dari inspirasi trend bunga semasa.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM Cipta Detik “Scent-sasi” Di Mana-mana Sahaja
ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM Cipta Detik “Scent-sasi” Di Mana-mana Sahaja

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dirumus khas tanpa alkohol, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pengguna beragama Islam kerana sesuai dibawa sembahyang tanpa perlu mencuci wangian. Tambahan pula, formulasi berasaskan minyak ini membolehkan aromanya bertahan lebih lama.

Direka dengan aplikasi bebuli membolehkan pengaplikasian menjadi lebih pantas dan mudah pada bila-bila masa sepanjang hari. Cara penggunaan yang mudah dapat membangkitkan deria seseorang secara halus disulami sentuhan keajaiban.

Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM yang baharu, anda akan sentiasa bersedia untuk mencipta saat penuh sensasi, di mana sahaja. Pembungkusan berbentuk kompak dan mudah ini cukup kecil untuk dimuatkan di dalam tas tangan anda – direka untuk kelihatan hampir sama dengan saiz gincu, menjadikannya benda penting yang perlu ada sebelum meninggalkan rumah. Rekaannya juga mesra pesawat dan mudah dimuatkan di dalam beg kosmetik atau bagasi bimbit sebagai penambah wangian yang lebih mudah. Kini, para wanita boleh membawa pelbagai wangian di dalam tas tangan tanpa perlu bimbang tentang lebihan ruang atau muatan.

Rangkaian ini membolehkan wanita meneroka kreativiti yang sememangnya ada pada diri mereka! Mereka boleh suaipadankan mana mana wangian untuk mencipta wangian tersendiri yang menjadi‘signature’si pemakai.


ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Jolie (Lovely)
ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM Cipta Detik “Scent-sasi” Di Mana-mana Sahaja
Kombinasi keanggunan Rose, Honey dan Pear amat sepadan dengan personaliti santai bersahaja yang gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan, atau insan istimewa. Aroma lembut dengan bauan bunga amat sesuai digunakan untuk memberikan‘mood’tenang ketika bersama pasangan. Kemasan biru dlenim menjadikan anda kekal anggun di pandangan dan tetap disukai.


ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Cheri (Darling)

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM Cipta Detik “Scent-sasi” Di Mana-mana Sahaja
Buat yang berhati muda remaja, kami persembahkan bauan yang enak dan manis untuk memastikan anda tersenyum sepanjang hari. Bagi si gadis yang gemar menyebarkan kegembiraan kepada orang-orang sekelilingnya, aroma Apple, Cherry Blossom danVanilla yang lazat bakal mencuri hati dan mendapat perhatian ramai.


ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Belle Amour (Beautiful Love)

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM Cipta Detik “Scent-sasi” Di Mana-mana Sahaja
Ciptaan dari aroma yang menawan yang mampu membuat jantungmu berdegup dan meransang deria. Pembungkusan merah jambu ini bakal mengimbau memori si gadis pada saat temu janji pertama manakala campuran Apple Melon, Blackcurrant dan Pink Rose Parisamat sesuai dengan gadis berpersonaliti romantis dan menawan. Belle Amour membolehkan anda menikmati setiap kenangan manis dengan yang tersayang, dan menjadikanmu teman istimewanya selamanya. 


ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Adore (Adorable)

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM Cipta Detik “Scent-sasi” Di Mana-mana Sahaja
Haruman ‘signature’ ini mencetuskan kegembiraan, keyakinan dan daya tarikan yang abadi. Rona pembungkusan ungu ini mengandungi sensasi aroma Wild Jasmine, Pink Mimosa dan Golden Pear sepadan dengan sigadis yang elegan, anggun dan manis pada malam temu janji romantisnya. Cipta kesan berpanjangan pada temu janji anda dan penuhi hatinya dengan dambaan kasih padamu.

Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM, anda akan sentiasa bersedia. Hanya perlu diaplikasikan ke nadi bila bila masa yang anda inginkan dan anda akan sentiasa bersedia untuk mencetuskan saat romantis bersamanya. ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM boleh didapati pada harga RM9.90 (Semenanjung) dan RM10.40 (Sabah Sarawak), di Watsons, Guadian, AEON Wellness, Mydin, The Store serta pasaraya dan pasar mini di seluruh negara. 

ENCHANTEUR merupakan rangkaian berkualiti berinspirasikan wangian dan produk penjagaan diri dari Paris. Wangian ENCHANTEUR dicipta khas untuk menyemarakkan saat kemesraan di dalam setiap perjalanan romantis seorangwanita

Friday, 10 November 2017

,
Baby Breast Pump & Bottle Serbaguna| Perasan tak sejak dua menjak ni banyak produk terutamanya produk kosmetik telah ditarik balik pengeluarannya kerana didapati mengandungi bahan yang beracun. Risaunya. Kadang-kadang kita sendiri tidak sedar barang yang kita gunakan tu sebenarnya beracun. Allah bahayanya. Macam mana pulak dengan bahan pencuci yang kita selalu gunakan untuk anak-anak kita? Selamat ke digunakan? Kinah pasti setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Jadi, kali ni, kinah nak kongsikan pada korang semua pencuci yang kinah gunakan untuk cuci botol susu Thahirah iaitu Chomel Baby Breast Pump & Bottle.

Baby Breast Pump & Bottle Serbaguna

Breast Pump & Bottle Cleanser Serbaguna
Breast Pump & Bottle Cleanser Serbaguna
Apa yang bestnya dengan pencuci daripada Chomel ni bebas daripada radikal bebas dan juga bahan-bahan yang merbahaya. Kiranya selamat digunakan untuk bayi dan kanak-kanak. Menariknya, Chomel Baby Breast Pump & Bottle Cleanser ni multipurpose bukan sahaja boleh digunakan untuk mencuci botol dan breast pump malah boleh digunakan untuk:
  • Permainan
  • Buah-buahan
  • Sayur-Sayuran
  • Barangan keperluan bayi
Ibu-ibu di luar sana janganlah risau akan kandungan yang digunakan. Baby Breast Pump & Bottle Cleanser ni merupakan bahan pencuci berasaskan tumbuh-tumbuhan dan berkesan menanggalkan lemak susu dan juga kotoran di botol anak anda. Apa yang pasti, ianya bebas daripada Ammonia, SLS/SLES, Parabens, Synthetic Fragrances, dyes, phosphates, solvent, Chlorine, Bleach, Alcohol, Fossil additives or Crustics.

Baby Breast Pump & Bottle Serbaguna
Baby Breast Pump & Bottle Serbaguna
Cara Penggunaan Breast Pump & Bottle Cleanser
Mudah saja nak gunakan pencuci serbaguna ni. Tekan pam ke span atau pun berus botol anak anda dan cuci. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.

Bagi yang hendak mencuci buah-buahan atau pun sayuran, cairkan pencuci ni ke dalam air sedalam 5 liter. Kemudian rendamkan buah-buahan dan sayuran tersebut selama 15 minit. Akhir sekali cuci buah-buahan dan sayuran tersebut sehingga bersih. Mudah saja kan.

Berminat tak dengan produk Chomel ni? Korang boleh beli di laman web Lazada tau.

Untuk maklumat lanjut
Facebook:chomelbb
Instagram: chomel_baby

Thursday, 9 November 2017

,
Cantik Berseri Sekelip Mata dengan Beauty In The Drops| Alamak dah la lambat mekap bercapuk pulak tu. Perkara ni biasa di alami oleh golongan wanita bekerjaya apabila ingin bersiap ke tempat kerja. Bila dah jadi macam ni boleh hilang mood. Nak mekap semula nanti lagi lambat dah la lambat. Pening! Pening!. Sekarang ni korang tak payah risau tak payah susah hati dah, kalau lambat pun dengan adanya Beauty In The Drop ni masalah dunia korang tu mesti selesai. Kinah ni sebenarnya tak berapa suka sangat nak mekap ni kekadang tu bila keluar naked face je. Takde makna nak krim bagai. Tapi sejak diperkenalkan dengan Beauty in The Drops ni semua persepsi tu berubah.

Cantik Berseri Sekelip Mata dengan Beauty In The Drops

Cantik Berseri Sekelip Mata dengan Beauty In The Drops
Cantik Berseri Sekelip Mata dengan Beauty In The Drops
Ok lah jom kinah ceritakan serba sedikit tentang produk ni. Pada kinah la, produk ni sangat sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah seperti tak suka pakai mekap, mekap bercapuk bila berpeluh, dan mekap tak tahan lama. Mesti korang rasa stress bila jadi macam ni, dan nak je cuci mekap yang entah apa-apa tu kan. Kalau korang nak tahu, sebenarnya banyak kelebihan Beauty in the drops  ni. Antaranya ialah:
  • Dapat menjimatkan masa
  • Mencantikkan dan merawat wajah
  • Mengandungi 100% BAHAN SEMULAJADI
  • Bersih dan merawat kulit dari dalam
  • Kulit lebih cerah dan glowing tanpa make up
  • Tiada bahan kimia merbahaya
  • Tiada kesan sampingan
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Kaya dengan antioksida
Beauty in the Drops berfungsi sebagai asas sebelum 'makeup' atau 'makeup finisher' dan korang juga boleh gunakan Beauty in the Drops ni tanpa 'makeup'. 

KESANNYA :
  •  Wajah jelita semulajadi
  •  Merawat bintik & tompok hitam di wajah
  •  Mengurangkan garis halus & kedutan
  •  Menetup liang pori bekas jerawat
  •  Mencerahkan wajah
  •  Melembabkan wajah
  •  Menengangkan kulit wajah
  •  Menghaluskan kulit wajah
  •  Melembutkan kulit wajah
  •  Merawat tona tidak sekata
  •  Merawat kulit kusam
  •  Merawat kulit berminyak
  •  Menghilangkan jerawat halus
  •  Menghalang pertumbuhan jerawat baru
Nak gunanya pun sangat mudah. Ikut je langkah di bawah
  1. Goncang dulu sebelum digunakan
  2. Picit hujung getah penitis, kemudian lepaskannya.
  3. Longgarkan penitis dari bekas kaca
  4. Perlahan-lahan picit hujung getah untuk titiskan kandungan di sekitar muka. Titiskan ke dagu, pipi, hidung dan dahi. Kemudian ratakan ke seluruh wajah
  5. Mulakan solekan seperti biasa
  6. Untuk hasil yang terbaik, titiskan sekali lagi sebagai sentuhan akhir. 

Kandungan utama dalam Beauty in the drops ialah Minyak Argan dan Minyak Jojoba. Kinah terangkan satu demi  satu tentang kelebihan Minyak Argan dan Minyak Jojoba. Minyak Argan begitu kaya dengan Vitamin E dan Omega 3,6, dan 9. Bertindak sebagai antioksidan untuk melawan radikal bebas yang menyebabkan penuaan kulit. Minyak Argan juga dapat melembapkan dan menegangkan kulit. Selain itu, dapat menghaluskan dan mencerahkan kulit, mengatasi jerawat, radang dan sunburn.

Manakala bagi Minyak Jojoba pula, ianya merupakan lilin cair atau Wax Ester yang memiliki ciri-ciri yang sama dengan struktur kulit manusia. Jadi, sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif. Peranan minyak Jojoba adalah melembut, melembap dan menghaluskan kulit. Selain itu, dapat mengatasi masalah kulit berminyak yang boleh menyebabkan jerawat serta dapat mencegah oksidasi kulit iaitu sebagai anti penuaan dan anti radang.
Cantik Berseri Sekelip Mata dengan Beauty In The Drops
Cantik Berseri Sekelip Mata dengan Beauty In The Drops
Sejujurnya, jerawat di muka kinah ni tengah meriah. Tak tahu la kenapa tiba-tiba je banyak macam tu. Nak kata zaman remaja, dah lama pun berlalu. Jadi, kinah pun mencuba Beauty In The Drops ni untuk merawat jerawat yang semakin banyak tumbuh ni. So far alhamdulillah jerawat banyak yang dah kecut. Kalau tak rasa berpasir je muka ni. Buat masa sekarang ni kinah tak berani nak pakai sebarang krim. Cuma bila-bila nak kemana je kinah akan guna Beauty in the drops ni. Serius cakap memang best. Bau dia pun wangi.

Cantik Berseri Sekelip Mata dengan Beauty In The Drops
Cantik Berseri Sekelip Mata dengan Beauty In The Drops

Nampak tak jerawat yang banyak tu. Gambar ni kinah mekap sikit je dan guna Beauty in the Drops je. Hmm macam mana? Best kan? Istimewanya, pada yang nak mencuba korang boleh nikmati tawaran istimewa tau dengan menebus "Promo Code" ini IMC-BitD#1. Tunggu apa lagi baik tebus sekarang sebelum terlambat.

Untuk Maklumat Lanjut 

012-4540187 (Kak Raaina)
Website: http://www.9herbs.com
Facebook: 9herbs
Instagram:9herbsmy

Sunday, 5 November 2017

,
Review Novel ~ Miss Cleaner Undercover By Fateen Najwa| Lama betul nak habiskan novel ni. Bajet nak habiskan hujung bulan Oktober, tapi tengoklah dah November baru settel semua. Biasalah ada je sibuknya. Selalunya kinah akan baca novel pada waktu malam lepas Thahirah tidur. Kalu baca siang, gayanya memang tak terbacala sebab banyak kerja yang menanti, belum lagi dengan Thahirah ajak main masak-masak hihi.

Review Novel ~ Miss Cleaner Undercover By Fateen Najwa

Review Novel ~ Miss Cleaner Undercover
Review Novel ~ Miss Cleaner Undercover By Fateen Najwa
Miss Cleaner Undercover ini agak berbeza dengan novel cinta yang lain. Antara tugas dan cinta, Khaira Wilda terpaksa memilih salah satu darinya. Kisahnya bermula apabila Khaira Wilda dihantar bertugas ke Kuching, Sarawak bagi melindungi keluarga orang ternama iaitu Tan Sri Anwar Karim El-Zahri yang sering menerima ugutan bunuh daripada individu yang tidak dikenalinya. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga Tan Sri Anwar meminta perlindungan daripada pihak berkuasa. Bagi menjayakan misi tersebut, Khaira Wilda terpaksa menyamar sebagai tukang sapu di syarikat Tan Sri. Di sinilah kisah cinta antara Khaira Wilda dan Hayden Danial bermula. Selain Hayden Danial, Hakimi yang juga rakan sekerja Khaira Wilda turut menaruh hati kepadanya. Hakimi pula ditugaskan bagi melindungi Tan Sri sepanjang masa walau di mana beliau berada.

Demi menjaga keselamatan keluarga Tan Sri, Khaira Wilda dan Hakimi terpaksa menyamar sebagai suami isteri dan ditempatkan di sebuah apartmen berhadapan rumah Tan Sri tanpa pengetahuan Hayden Danial. Percintaan Khaira Wilda dan Hayden Danial terputus akibat salah faham apabila Nelly, merupakan bekas pembantu Hayden Danial telah menceritakan bahawa Hakimi dan Khaira Wilda adalah suami isteri. Hayden Danial begitu kecewa dengan berita tersebut sehingga bertindak memutuskan hubungannya dengan Khaira Wilda. Selama ni, Hayden Danial cuma kenal Khaira Wilda adalah tukang sapu saja. Selepas rahsia itu terbongkar, Hayden Danial rasa tertipu dan menghilangkan diri beberapa hari untuk mencari ketenangan. Ketika perkara ini berlaku, Khaira Wilda berada di Kuala Lumpur kerana sedang bercuti. 

Apabila pulang ke Kuching, Khaira Wilda begitu hairan akan perubahan Hayden Danial yang langsung tidak endahkannya. Khaira Wilda begitu kecewa dan membuat keputusan tidak mahu bercinta lagi. Kejadian kes culik yang menimpa Puan Sri Zainon telah merapatkan semula jurang di antara Hayden Danial dan Khaira Wilda. Hayden Danial telah mengetahui cerita yang sebenarnya daripada ibunya. Jadi, Hayden Danial mula mendekati Khaira Wilda semula. Sepanjang hubungan Khaira Wilda dan Hayden Danial terputus, Hakimi pula mencuba nasib.

Hayden Danial dan Hakimi sentiasa bersaing untuk menawan hati Khaira Wilda. Siapakah di antara mereka yang berjaya? Bagaimana dengan ugutan bunuh tu terhadap Tan Sri? Kalau nak tahu cerita sepenuhnya kenalah baca novel ni dulu. Sebenarnya banyak lagi perkara yang berlaku, tapi kinah tak boleh nak cerita sampai habis. Nanti tak seronok la pulak. 



Saturday, 4 November 2017

,
Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017| Sayangnya pada Lazada tau. Selalu anjurkan contest untuk blogger. Hadiahnya pun boleh tahan. Kalau korang nak tahu bermula pada 11 November sehingga 14 Disember akan diadakan Online Revolution Sale. Masa ni la korang nak borong sakan. Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Lazada Online Revolution boleh layari https://www.lazada.com.my/online-revolution/

Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017

Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017

Sebut je pasal shopping online, dalam kepala ni dah tak fikir lain dah. Mesti ingat Lazada je. Macam la takde website lain kinah oii. Ada jugak la cuci mata dekat website lain tapi entahla hati ni lebih ke arah Lazada je huhu. Mana taknya semua orang tau Lazada ni paling famous amous di Malaysia ni, confirm la servis dia baik punye. Memang pun, tak disangkal lagi. Kinah dah banyak kali dah shopping dengan Lazada laju je sampai ke rumah padahal baru je dapat email tracking. Ada sekali tu kinah order barang dari luar negara kalau ikutkan estimate tarikh yang Lazada bagi hujung bulan. Tapi tengah bulan sedar-sedar dah ada orang ketuk pintu hantar barang. Cepatkan barang sampai. Kebanyakan barang yang kinah beli semuanya sampai dalam keadaan yang baik. Takda pulak setakat ni barang tak lengkap ke ape. Memang cukup la serba serbi.

Barang Pertama Beli dengan Lazada dan Pengalaman membelinya
Hmm barang pertama kinah shopping dengan Lazada, kinah pernah tulis dalam entri di sini. Masa tu suami suruh pilih nak beli apa dekat Lazada. Jadi, kinah decide nak beli cadar. Sebabnya kebanyakan cadar yang ada di pasar raya tak menepati apa yang kitorang nak. Apa lagi cari di Lazada banyak betul yang cantik-cantik dan akhirnya kinah pilih cadar bercorak abstrak. Lain sikit daripada biasa. Harganya pun murah. Kalau nak tahu sampai sekarang masih elok lagi tau. Warnanya pun masih cantik.
Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017
Cadar ni untuk pengetahuan semua tak disertakan dengan comforter tau. Pada masa tu harga cadar ni hanya RM38.00 sahaja. Sekarang ni harga cadar ni dah turun sebanyak RM2.00 kiranya RM36.00 haa murahkan. Cadar ni kinah order hari Sabtu malam hari Isnin dah sampai. Pada mulanya ada jugak rasa risau sebab first time kot. Bila barang dah sampai ke tangan kita baru rasa lega. Memang puas hati sangat dengan servis Lazada. Tak pernah mengecewakan.

Jenis Barang yang Bagaimana Beli Secara Online
Biasalah bila dah jadi mak ni nak shopping barang lama-lama di pasar raya semuanya kena cepat dan pantas. Bila jadi macam tu ada je barang yang terlupa. Jadi nak tak nak kena beli secara online. Biarlah lewat sikit janji puas hati. Daripada pilih yang tergesa-gesa tersilap pilih barang kan susah tu. Biasanya kinah beli barang di bilik air seperti shower cream, shampoo dan kadang-kadang beli pampers Thahirah. Satu tips kinah nak share semasa beli barang online, Kinah selalu akan baca review dulu sebelum buat sebarang pembelian. Bila baca review barulah kita rasa yakin nak beli bila orang kata puas hati dengan barang tersebut.

Perkara yang Anda Suka Tentang Online Shopping
Perkara yang kinah suka dengan online shopping ni ialah mudah sangat. Pilih barang yang kita nak beli, buat bayaran dan tunggu barang sampai. Selain tu, apa yang best shopping online ni selalu ada tawarkan baucer, promosi dan tak dapatla harga tu kat luar sana. Kadang-kadang tu dapat pulak seller promotion free shipping oh bestnya weh. Banyak lagi sebenarnya yang kinah suka dengan online shopping ni. Dapat jimatkan masa, tenaga dan minyak. Minyak kan kejap naik kejap turun. Selagi boleh berjimat, kita berjimat.

Barang atau Produk daripada Lazada yang rancang untuk dibeli Semasa Lazada Online Revolution
Sebenarnya banyak barang yang kinah plan nak beli di Lazada ni. Salah satunya ialah kinah nak beli barang untuk deko rumah iaitu Retro European Flower Arrangement American Ceramic Vase. Bukan untuk rumah yang duduk sekarang tapi untuk rumah kami nanti. Tak sabar nak deko-deko rumah. Barang yang kinah nak ni dah lama dah kinah intai. Moga ada rezeki untuk kinah.
Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017
Ada satu lagi barang kinah nak beli sempena Lazada Online Revolution ialah Folding Photo Studio Shooting Tent With LED Light Room. Lepasni mudahlah kinah nak ambil gambar untuk review barang. Kiranya ni merupakan satu pelaburan untuk blog. Lagipun kinah selalu kena ambil gambar malam-malam. Faham-faham je la bila ambil gambar pada waktu malam, cahaya tak berapa terang dan gambar yang terhasil pun tak cantik. Nak ambil tengahari ada pulak budak kecik jadi susahla sikit nak buat kerja.

Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017

Kalau nak diikutkan banyak lagi sebenarnya. Cukuplah dua barang tu je. Ingat tau tarikh keramat 11 November hingga 14 Disember ni, ada Online Revolution Sales. Nanti terlepas pulak barang idaman korang tu.

Thursday, 2 November 2017

,
Sesuatu yang Ajaib Bakal Muncul| Daripada bunyi loceng yang menyinari hati sebagai nota yang biasa ditemui pada bulan yang akan datang ini berada di setiap sudut, ke senyuman yang lebih meriah di wajah orang yang kami temui. Sama ada kanak-kanak atau dewasa, rasa teruja di hati mereka semakin kuat apabila akhir tahun semakin mendekati.

Ia seperti suasana seluruh dunia bertukar kepada suasana yang lebih bahagia dengan ketibaan musim yang indah tahun ini – Krismas!

Jadi janganlah terkejut kika anda mendengar kami di Juice Works bersenandung bersama, atau jika anda melihat senyuman mengusik bibir kami apabila kami mencampur minuman anda.

Sempena musim yang meriah ini, kami telah mencipta minuman yang istimewa, berkilau merah! Bagi kami, ia melambangkan semua kebaikan, kebahagiaan dan kegembiraan manis sepanjang tahun ini. Kami berharap nama minuman ini sendiri akan memberikan sentuhan gembira, kerana kami menyebutnya “Honey, it’s Christmas!

Sesuatu yang Ajaib Bakal Muncul
Sesuatu yang Ajaib Bakal Muncul
Smoothie ais bercampur dengan jus embun madu, plum, strawberi, lemon, dan ditambah dengan jus delima mulberi dan delima runy=merah, ramuan kecil ini hanya boleh didapati dari 6 Nov 2017 sehingga 1 Januari 2018!

Mulberry kering, yang mempunyai rasa manis semulajadi tanpa gula tambahan juga memberikan tahap protein dan zat besi yang luar biasa untuk buah. Ia adalah sumber yang kaya vitamin C, serat, kalsium san antioksidan. Itulah sebabnya mengapa mulberi kering adalah lazat apabila dijadikan sebagai makanan ringan atau dicampurkan dengan yogurt, smoothies dan banyak lagi.

Delima dan benih permatanya yang tersendiri telah digunakan untuk tujuan perubatan selama ribuan tahun. Dengan antioksidan yang lebih tinggi daripada jus buah-buahan yang lain, ia juga mempunyai tiga kali lebih banyak antioksidan berbanding wain merah dan teh hijau. Oleh itu, buat Timur Tengah ini dikatakan berkesan untuk memerangi penyakit jantung, tekanan darah tinggi, keradangan dan beberapa jenis kanser, termasuk kanser prostat.

Tembikai susu mempunyai kandungan air yang tinggi dan kadar kalium, yang menjadikannya buah yang baik untuk mengekalkan tahap tekanan darah yang sihat. Memandangkan ia mengandungi kedua-dua vitamin C dan tembaga, ia juga mengalakkan kulit yang sihat dengan membantu pengeluaran kolagen dan pembaikan tisu. Untuk meningkatkan lagi vitamin C-o-meter, jus lemon juga ditambahkan, untuk membantu pencernaan dan untuk menjaga sistem imun pada tahap optimum.

Bagi strawberi, ia adalah penuh dengan serat, folat dan antioksidan seperti vitamin C dan phytochemicals untuk membantu mengurangkan kolesterol dalam arteri dan vesel. Ia juga adalah kaya dengan iodin untuk membantu mengawal fungsi otak dan sistem saraf yang betul, di samping mempunyai dos tinggi kalium per beri, yang sangat baik untuk daya tumpuan dan ingatan.

Seperti yang anda boleh pastikan sekarang, gabungan minuman ini telah direka dengan bersungguh-sungguh untuk membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit semasa musim perayaan, mengurangkan kolesterol semasa anda bermanja dengan makanan dan untuk memastikan anda terhidrat, dengan kulit yang sihat dan cantik

Jadi, semasa anda berpesta pada akhir tahun dan meraikan kedatangan tahun baru, jangan lah anda lupa untuk meminumnya!

Dan daripada kami semua di Juice Works: Selamat menyambut hari Krismas dan tahun baru dengan badan yang sihat

Mengenai JUICE WORKS Malaysia

Juice Works Malaysia adalah perintis syarikat jus buah-buahan yang segar di negara di mana mereka dipercayai oleh beribu-ribu pelanggan-pelangan setia untuk kraf yang mengunakan ramuan bahan-bahan semulajadi yang terbaik.

Diasaskan oleh Jason Choy dan Ling Mooi Li, pasangan berkenaan membuka kiosk pertama di pusat beli-belah Curve pada Disember 2004. Setelah tidak lama ia dibuka, kisok tunggal ini telah memenangi pujian daripada pelanggan-pelanggan untuk menu jus yang sihat dan smoothie yang sangat lazat.

Bermula daripada satu kiosk, Juice Works Malaysia telah berkembang sebagai syarikat pembekal jus buah-buahan dan smoothie segar premium di negara ini yang mengkhusus dalam menu hebat untuk lebih daripada 30 pilihan buatan tangan. Jenama ini terkenal dengan minuman sihat yang segar, dibuat selepas pesanan dan lazat menjamin pelangan akan kembali melawatnya lagi. Daripada eksekutif perniagaan yang sibuk kepada ibu bapa dan pengguna yang mementingkan kesihatan, Juice Works Malaysia mempunyai minuman yang sesuai dibuat segar untuk setiap keperluan individu.

Juice Works Malaysia kini boleh dijumpai di 29 lokasi di seluruh negara dengan banyak lagi akan di buka pada masa yang akan datang. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk gaya hidup sihat, Juice Works Malaysia juga menawarkan peluang francais sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya, serta kiosk mudah alih untuk menyampaikan minuman kepada pelanggan yang asyik bergerak.

,
Selamat datang November| Sekejap je dah November kan. Pejam celik dah December lepastu masuk pulak tahun baru. Alhamdulillah kita masih lagi bernafas di muka bumi Allah SWT. Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan, di kurniakan rezeki yang melimpah ruah,dan bahagia di samping insan yang tersayang.

Selamat Datang November
Selamat Datang November
Macam biasa la kan, bila dah nak masuk tahun baru yang dah tak lama lagi mesti ada azam untuk tahun akan datang kan. Azam tahun ni macam mana dah capai target ke? Kinah target nak kuruih tak nampak lagi hasilnya. Pantang nampak makanan hehe. Nampaknya azam tu kena tangguh pada tahun depan. Boleh tak? haha.