AWAS!! Penipuan Percutian Taman Tema| Siapa yang tak teruja bila ditawarkan dengan baucer ke taman tema secara percuma. Kalau kinah pun teruja gila siap bayangkan nak ajak siapa nanti yela mana taknya boleh bawak maksimum 8 orang kot. 

Al kisahnya begini, masa kitorang jalan-jalan tiba-tiba suami dapat call daripada individu ni. Katanya suami ditawarkan baucer ke taman tema di Johor, bayangkan tiket seorang untuk ke taman tema tersebut lebih kurang RM150.00. Jadi, suami pun mintak la orang tu sms alamat tempat nak ambil baucer tu. Mula-mula kitorang teruja la jugak, siapa tak nak baucer percuma pulak tu. Masa on the way balik rumah, kinah terfikir aikk macam mana orang tu boleh dapat nombor telefon suami sedangkan dia bukannya sesuka hati bagi nombor telefon dia kat orang dan satu lagi menjadi tanda tanya mustahil lah orang nak bagi percuma, macam ada yang tak kena.

Penipuan Percutian Taman Tema
Penipuan Percutian Taman Tema

Bila baca balik sms yang dihantar tu, kita perlu dengar taklimat lebih kurang 30-34 minit. Hmm macam ada muslihat je kan. Jadi, balik rumah kitorang cuba google kot kot ada orang lain dapat peluang tawaran yang sama macam kitorang iaitu percutian Jelajah 1 Malaysia. Hasil carian daripada google rupanya di page pertama google ada berita daripada utusan online mengenai kes tawaran baucer percutian ke taman tema.

Cerita daripada wartawan tersebut lebih kurang sama je. Kitorang hanya mampu gelak je la hahaha. Nasibla buat research dulu tak main tangkap muat kalau tidak jenuhla nak dengar dan madah berhelah nak cari alasan untuk keluar dari terjerat percintaan penipuan mereka tu.

Moral of the story, janganlah mudah terpedaya dengan sebarang tawaran PERRRCUMA daripada individu atau organisasi yang meragukan. Jika berlaku sebegini pada kita, baik kita segera lapor kepada pihak berkuasa supaya tiada orang lain yang akan terpedaya dan melibatkan akta Hak Peribadi.