,
Sumbangan Nur Ramadhan Buat Golongan Asnaf | Sekejap saja masa berlalu pejam celik dah bulan Syaaban. Maknanya tak lama dah kita semua nak sambut bulan Ramadhan yang mulia. Rasa baru saja kita sambut bulan Ramadhan tahun lepas.
Tup tup dah nak puasa balik dan semestinya ada di antara kita telah membuat persiapan untuk menyambut bulan Ramadhan yang mulia dan Syawal nanti. Namun begitu, tidak semua di antara kita yang bernasib baik terutamanya golongan asnaf.
![]() |
Sumber daripada Google |
Untuk pengetahuan semua, Asnaf boleh ditakrifkan sebagai seseorang individu yang layak menerima bantuan zakat. Golongan Asnaf ini terdiri daripada beberapa kategori. Antaranya ialah:
- Fakir
- Miskin
- Amil
- Muallaf
- Riqab
- Gharimin
- Fisabilillah
Kehidupan di ibu kota yang penuh pancaroba seperti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini telah menyebabkan ada segelintir daripada kita yang terpaksa "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang" untuk mencari sesuap nasi.
Ada yang terpaksa berkorban masa dengan keluarga untuk mencari sesuap nasi bagi menampung keperluan seharian dan meneruskan kehidupan. Rasa sangat kasihan.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang diterajui oleh Dato Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengadakan satu program yang diberi nama Sumbangan Nur Ramadhan.
![]() |
Sumber daripada Google |
Bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadhan dan memperoleh keberkatan, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan meneruskan lagi Program Sumbangan Nur Ramadhan pada tahun ini bagi membantu meringankan beban yang dialami oleh golongan asnaf terutamanya ibu tunggal, anak-anak yatim , orang kelainan upaya (OKU) dan keluarga yang kurang berkemampuan.
![]() |
Sumber daripada Google |
Program ini akan menjelajah ke 13 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan termasuklah Putrajaya dan juga Labuan.
Antara pengisian program ini ialah majlis berbuka puasa, solat terawih berjemaah, majlis penyampaian sumbangan dan pelbagai lagi aktiviti yang telah dirangka khusus untuk program ini. Sebarang aktiviti dan program pada tahun ini akan di maklumkan dari semasa ke semasa.
Harapnya dengan adanya program seperti ini sedikit sebanyak dapat memberi sinar kepada mereka yang memerlukan dan kalau boleh biarlah program seperti ini berterusan sampai bila-bila. Yela bukan semua orang mempunyai nasib yang sama.
Terasa kerdilnya kita di bumi Allah ni. Rasa bersyukur dan berbangga sangat dilahirkan di bumi Malaysia yang aman makmur dan bertuah ini.