Jangan Beli Sardin Jenama TLC dan TL Tan Lung

Jangan Beli Sardin Jenama TLC dan TL Tan Lung | Siapa sini suka makan sardin? Selalunya korang beli sardin brand apa? Kalau kinah selalu beli brand Ayam Brand dan King Cup je. Tak guna brand lain. Tapi tadi bila tengok berita mengenai dua jenama sardin daripada China, TLC dan TL Tan Lung yang ditarik balik penjualannya kerana dipercayai terdapat bendasing iaitu nematoda (sejenis cacing) daripada Genus Anisakis spp. Haishh nak sebut nama pun tergeliat lidah.
Gambar sumber daripada My Metro Online
Ada dua jenama dan jenis sardin yang dikatakan mengandungi cacing, Canned Sardine in Tomatoes Sauce jenama TL Tan Lung dan Sardines in Tomatoes Sauce. Sebelum nak beli tu tengok dulu tau. Yela warna tin sardin pun lebih kurang je.

Lepasni kita kena lebih alert akan hal ni. Setakat ni, pihak kementerian tengah buat pemantauan ke atas produk ikan sardin dan mackerel dalam tin yang diimport daripada negara luar di semua pintu masuk negara dan juga di pasaran. Jika korang ada pertanyaan atau sebarang kemusyikilan bolehlah hubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau pun Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.

Post a Comment

4 Comments

  1. Thanks for sharing.. Sha memang memilih sikit kalau nak beli sardin nie..

    ReplyDelete
  2. Nk makan sardin pun susah sekarang haha apa ke sedih betul rasanya.

    ReplyDelete