Kit Undi Negaraku Buat Bakal Pengundi

Kit Undi Negaraku Buat Bakal Pengundi | Pilihan raya ke -14 akan menjelang tak lama lagi. Tarikh tu semua masih menjadi tanda tanya. Kalau korang nak tahu masuk yang ni, kinah akan mengundi untuk kali kedua. Jadi, sedikit sebanyak proses untuk mengundi tu dah lupa. Kebetulan baru-baru ni Blogger Mama Jue ada post mengenai kit Undi Negaraku, kinah terus submit form. Benda free, dan orang nak bagi kita ambik je.
Kit Undi Negaraku Buat Bakal Pengundi
Kit Undi Negaraku Buat Bakal Pengundi

Kit Undi Negaraku Buat Bakal Pengundi

Apa Tu Kit Undi Negaraku
Kalau semua nak tahu, kit Undi Negaraku ni merupakan panduan atau rujukan terutama kepada pengundi baharu supaya mereka lebih memahami segala proses dan bagaimana perjalanan pilihan raya dijalankan. Selain itu, kit ini juga turut menunjukkan cara yang betul, apa yang perlu dibuat dan dibawa semasa mengundi nanti. Cara penyampaian pun lebih mudah difahami. Bukan buku panduan sahaja diberi, malah ada hadiah khas khusus buat bakal pengundi baharu sempena pilihanraya ni nanti.

Barang yang ada dalam Kit Undi Negaraku
Kotak cantik dalam kotak pun cantik. Tebal pulak tu. Mesti korang akan teruja. Antara barang yang terdapat di dalam Kit ini ialah
Kit Undi Negaraku Buat Bakal Pengundi
Kit Undi Negaraku Buat Bakal Pengundi
  • Buku Panduan Mengundi
  • Pasport Book Holder
  • Pen
  • Keychain
  • Sticker kereta
  • Phone stand
Bestnya, kalau korang nak Kit Undi Negaraku seperti ni bolehlah mendaftar di web yang kinah lampirkan di bawah. Kit ini percuma dan terhad tau. Siapa cepat dia dapat.



UPDATE: PERMOHONAN KIT UNDI NEGARAKU DAH TUTUP.

Post a Comment

11 Comments

  1. Akak daoat gak tapi tak dna nak update dalam blog pen dah hilang kena kebas dengan suami.hahaha

    ReplyDelete
  2. esok katanya akan diumumkan tarikh utk mengundi..

    ReplyDelete
  3. wow best kinah...kita xdapat pun..huhuh.. Sha 1st time nak mengundi..sebelum2 ni tak balik kampung...kali ini pun sebab undi pos...huhu...

    ReplyDelete
  4. ingatkan untuk yang pertama kali je dapat. tak tahu pula boleh mohon. tapi sayang dah tutup. benda free ni ambil je kalau nak bagi kan hehe

    | blog helloaiman |

    ReplyDelete
  5. Saya pun baru dapat..kejap lagi nak baca buku :)

    ReplyDelete
  6. Aiseh takda rezeki nak dapat barang free.

    ReplyDelete
  7. Jom turun mengundi. Kinah ngundi mana?

    ReplyDelete
  8. ika dpat gak haritu hehe. kotak dia mmg superb. lawa gila

    ReplyDelete