Breaking

Tuesday, 29 May 2018

Tuesday, May 29, 2018

Beli Baju Raya di Butik Haqqi TTDI Kuala Lumpur

Beli Baju Raya di Butik  Haqqi TTDI Kuala Lumpur | Pelbagai fesyen boleh digayakan dan menjadi pilihan apabila menjelang hari raya nanti. Kinah pun tak terkecuali ye. Kiranya nak ikut juga perkembangan fesyen pada masa kini. Baru-baru ni kinah singgah ke Butik Haqqi yang terletak di Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur. Sebenarnya dah lama dah kinah aim satu baju ni masa singgah di Butik Haqqi Shah Alam. Pada masa tu cuma cuci mata je hehe. Haa kali ni baru la shopping kan dah gaji.

Beli Baju Raya di Butik  Haqqi TTDI Kuala Lumpur

Beli Baju Raya di Butik  Haqqi TTDI Kuala Lumpur
Beli Baju Raya di Butik  Haqqi TTDI Kuala Lumpur
Kalau korang nak tahu butik Haqqi ni bukan saja membekal barangan keperluan haji dan umrah saja malah pakaian seperti kurta, jubah, baju kurung dan kasut pun ada tau. Kiranya mudahlah. Semuanya ada dalam satu tempat. Jadi tak payahlah korang nak pergi dari satu kedai ke kedai yang lain.

Antara barang kelengkapan Haji dan Umrah yang terdapat di butik Haqqi

Beli Baju Raya di Butik  Haqqi TTDI Kuala Lumpur
Kelengkapan Haji  dan Umrah
Beli Baju Raya di Butik  Haqqi TTDI Kuala Lumpur
Kelengkapan Haji dan Umrah
Beli Baju Raya di Butik  Haqqi TTDI Kuala Lumpur
Kelengkapan Haji dan Umrah
Baju Raya 2018 by Nora Danish
Beli Baju Raya di Butik  Haqqi TTDI Kuala Lumpur
Teaser Baju Raya Kinah
Alhamdulillah pilih punya pilih baju raya idaman hati dapat juga baju yang berkenan di hati dan yang penting ada saiz macam kinah. Orang kata saiz macam kinah yang rendah dan agak berisi ni tak ada saiz di mana-mana butik tapi di Butik Haqqi ni ada ok. So tahun depan shopping dekat haqqi je la senang.

Ekhm korang susah hati ke sebab saiz takde? Jangan macam tu.. Kalau nak tahu di butik haqqi ada saiz dari S sampai la ke XXXL tau. Korang pilih je mana fesyen pilihan hati. Baju lelaki, perempuan semua ada kat sini okeh.

Meh kinah belanja sedikit baju yang ada di butik haqqi TTDI
Beli Baju Raya di Butik  Haqqi TTDI Kuala Lumpur
Beli Baju Raya di Butik  Haqqi TTDI Kuala Lumpur
Beli Baju Raya di Butik  Haqqi TTDI Kuala Lumpur
Beli Baju Raya di Butik  Haqqi TTDI Kuala Lumpur
Apa yang kinah tunjuk ni cuma sebahagian je. Korang yang masih tak tahu nak beli baju raya kat mana, marilah datang ke butik haqqi. Macam-macam fesyen, warna dan pilihan yang boleh buat korang rambang mata. Apa yang penting harga yang ditawarkan pun berpatutan ok. Mana yang tak berkesempatan nak walk in ke butik haqqi, korang juga boleh beli secara online melalui portal haqqi. Haa lekaih cuci mata kat portal haqqi. Kebetulan tadi kinah bukak portal ada harga baju dari RM100++ diturunkan harga yang tak masuk akal. Tengah sale tu. 

ALAMAT BUTIK HAQQI TTDI
No 14, Jalan Wan Kadir 4, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Telefon03-7732 2247
Waktu Buka : 10.00 PAGI - 7.00 MALAM

Untuk Maklumat Lanjut
Laman Web
Facebook
Instagram
Twitter

Monday, 28 May 2018

Monday, May 28, 2018

Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka


Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan Pelengkap Mandian Si Jejaka | Dalam kehidupan dunia yang semakin mencabar jejaka sentiasa berikhtiar untuk memudahkan urusan agar dapat menikmat kehidupan sepenuh termasuk dalam rutin penjagaan harian. Dengan pelbagai produk mandian di pasaran, pilihan semakin sukar. Jangan risau! Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan terbaru untuk si jejaka dengan formulasi yang direka khas untuk membersihkan muka dan badan sekaligus! 

Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan Pelengkap Mandian Si Jejaka

Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka 
Amalan rutin kebersihan harian dapat mengekalkan kebersihan dan meningkatkan keyakinan diri. Produk mandian yang unggul dapat menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin. Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi. 

Kaum lelaki moden zaman sekarang mengambil berat tentang penjagaan diri. Membersihkan muka dan badan sebelum menghadapi hari yang mencabar dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak muka yang berlebihan. Manakala membersihkan wajah dan badan pada waktu malam pula akan menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat daripada pencemaran, kelembapan dan habuk. 
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka 
Oleh itu, untuk menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih mudah dan berkesan, DASHING melancarkan produk paling sesuai iaitu, buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan. Pembersih wajah dan badan ini tersedia (hadir) dalam pek pam bersaiz 700-gram. Di rumus khas untuk wajah dan badan lelaki (si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam dari muka hingga ke tapak kaki agar anda kelihatan bersih dan segar sepanjang hari. 
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka 
DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi dengan pewangi DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.

COOL - Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relaks,gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka 
ACTIVE - Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak dan menikmati kehidupan aktif. Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart danAmber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.

ULTIMATE KICK - Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla danMusk.

HATTRICK - Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara semangat dan keghairahan untuk mencapai impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta dengan haruman Amber.

Variasi Cool dan Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar.

Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka 
Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidakberkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan.

Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml. Buih mandian ini mempunyai harga yang sangat berpatutan dan berbaloi kerana memberikan anda manfaat 2 dalam 1 pada kulit dan tubuh badan.

Saturday, 26 May 2018

Saturday, May 26, 2018

Biskut Raya yang Viral dari Khaisya Delite

Biskut Raya yang Viral dari Khaisya Delite| Assalamualaikum semua apa khabar hari ni?. Alhamdulillah dah masuk minggu kedua kita semua berpuasa. Tambah tolak hari ehhh bukan lama lagi nak sambut raya. Korang dah mula sibuk buat kuih raya ke? Kinah buat masa ni tak buat. Biasa la ada anak kecik ni habis sepah je nanti jadi biskut tunjuk la jawabnya untuk tahun ni. Takpe la sementara nak besar. Oh ye kinah nak kongsikan dengan korang Biskut Raya yang Viral dari Khaisya Delite.

Mesti korang teruja bila dengar biskut raya kan. Kinah pun, kinah memang suka gila biskut raya, pantang ada depan mata laju je tangan ni nak bukak bekas kuih raya tu. Baru-baru ni kinah diperkenalkan dengan biskut raya yang viral ni. Thahirah pun suka biskut ni. Dah sorok biskut ni pun dia boleh tahu kita sorok kat mana haha. Aduhhh.. Memang menggila makannya. 

Korang nak tahu biskut apa yang Thahirah suka sangat tu?

Taraaaaa inilah biskutnya namanya Brownies Cookies
Biskut Raya yang Viral dari Khaisya Delite
Biskut Raya yang Viral dari Khaisya Delite

Biskut Brownies Cookies ni sedap sangat. Dapat je biskut ni, Thahirah laju je suruh bukak tak dan dan sampai rumah dia nak rasmi dulu. Dari sekeping dia bedal lima keping terus. Kitorang ni tengok je la dia makan harapnya dapat la merasa bila berbuka nanti hihi. Nasib la dia tak tibai habis.

Tengokla rupa dia tu.. Sengih suka sangat la tu
Biskut Raya yang Viral dari Khaisya Delite
Biskut Raya yang Viral dari Khaisya Delite

Korang kalau nak order masih dibuka lagi yer. Sempat lagi ni..

Brownies Cookies
Pek 60 - 65pcs [ RM20.00 ]
Pek 30 pcs [ RM10.00 ]
Biskut Raya yang Viral dari Khaisya Delite

Almond Choc Tart 
Pek 50 pcs [ RM30.00 ]
Pek 25 pcs [ RM16.00 ]
Biskut Raya yang Viral dari Khaisya Delite

ChocChip Cookies 
Pek 320gm [ RM30.00 ]
Pek 160gm [ RM16.00 ]
Biskut Raya yang Viral dari Khaisya Delite

Conflakes Cookies 
50pcs [ RM28.00 ]
Delivery @ selfpickup sekitar Putrajaya/ Cyberjaya
Biskut Raya yang Viral dari Khaisya Delite

Berminat whatsapp saja link ni ye...

Friday, 25 May 2018

Friday, May 25, 2018

Ramadhan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf

Ramadhan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf | Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, umat islam digalakkan untuk memperbanyakkan amalan bersedekah dan melakukan amal kebajikan. Selain berkongsi kenikmatan bersama golongan yang kurang bernasib baik, ganjaran yang diterima adalah berlipat ganda berbanding pada bulan lain.

Ramadhan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf
Ramadhan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf
Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur juga tidak melepaskan peluang menghulurkan sumbangan dan berbuat kebajikan pada Ramadan yang penuh keberkatan ini. Ancasa Hotel telah menganjurkan Program Berbuka Puasa dan pemberian sumbangan kepada Anak-anak Yatim dan asnaf dari Pusat Jagaan Kasih Murni dan sekaligus melancarkan Buffet bertemakan 'Kampong Boy'.

Jom kita tengok antara sebahagian hidangan yang disediakan.

Ramadhan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf
Ramadhan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf
Ramadhan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf
Ramadhan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf
Ramadhan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf
Ramadhan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf
Ramadhan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf
Ramadhan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf
Program ini merupakan agenda tahunan Ancasa Hotel dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik sekaligus menceriakan anak-anak yatim dalam menyambut Ramadan dan Hari Raya tidak lama sahaja lagi. Pada tahun ini, Ancasa amat bertuah kerana ADABI telah sudi berkolaborasi dalam menyediakan 5 kawah bubur lambuk serta menyumbangkan barang-barang keperluan asas anak-anak yatim untuk kegunaan mereka sepanjang bulan puasa.
Ramadhan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf
Sebahagian anak-anak yatim yang diraikan
Program ini telah bermula seawal jam 10.00 pagi dengan acara bergotong-royong memasak bubur lambuk. Kakitangan Ancasa Hotel bersama-sama dengan wakil dari ADABI berganding bahu menyediakan 5 periuk bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang awam berhadapan Ancasa Hotel & Spa termasuklah pejalan kaki serta pemandu yang melalui Jalan Tun Tan Cheng Lock. Pengarah Urusan Kumpulan UDA Holdings Berhad (UDA), YBhg, Datuk Ahmad Abu Bakar diiringi oleh Pengurusan Kanan Ancasa Hotel telah mengagihkan bubur lambuk kepada orang awam.

Pada hari Isnin yang lepas kinah sekeluarga dijemput berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan asnaf dari Pusat Jagaan Kasih Murni. Terima Kasih Ancasa Hotel atas jemputan tersebut. Untuk pengetahuan semua, Ancasa Hotel turut menceriakan 35 orang anak-anak yatim dengan membawa mereka membeli pakaian dan baju raya bernilai RM150 setiap seorang di JAKEL MALL, Kuala Lumpur serta sumbangan duit raya bernilai RM50.00 setiap seorang sebagai tanda keprihatinan pihak Ancasa Hotel dalam menunaikan tanggungjawabnya kepada masyarakat setempat.
Ramadhan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf
Jaafar Onn turut hadir 
Menurut Pengurus Kanan Bahagian Hospitaliti iaitu Encik Shah Azam Khan, " Ancasa Hotels & Resorts mengambil pendekatan dengan mengadakan program ini adalah untuk menghargai pelanggan-pelanggan Ancasa serta mengeratkan lagi hubungan di antara pihak pengurusan dengan warga kerja Ancasa Hotels & Resort. Ianya juga merupakan wadah terbaik untuk menzahirkan program kemasyarakatan Ancasa kepada golongan kurang berkemampuan. Ancasa Hotel juga amat berharap dengan sumbangan ikhlas ini akan membawa keceriaan kepada anak-anak yatim dan golongan yang kurang bernasib baik menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba." Beliau juga menyeru semua pihak yang diberi kelebihan oleh Allah S.W.T agar tidak melupakan golongan  yang kurang bernasib baik.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini terutama sekali kepada pihak ADABI kerana sudi berkolaborasi dengan pihak Ancasa Hotel pada kali ini dan dengan terlaksana program ini sedikit sebanyak akan meningkatkan ibadah kita pada bulan Ramadan.

Ramadhan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf
Ramadan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf

Kepada yang ingin merasakan masakan bercitarasa kampung persis masakan ibu, boleh dapatkan baucer Ramadan Buffet bertemakan Kampong Boy yang berharga RM68.00 untuk dewasa manakala RM40.00 untuk kanak-kanak. Tempahan boleh dibuat melalui talian 03-20266060 untuk dapatkan kadar yang terbaik.


Thursday, 24 May 2018

Thursday, May 24, 2018

Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah

Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah | Assalamualaikum semua. Dalam sedar tak sedar dah seminggu kita berpuasa kan. Pantas betul masa berlalu. Oh ye sekarang ni pasti ibu-ibu di luar sana tengah sibuk menyiapkan persiapan untuk hari raya. Kinah pun tak terkecuali jugak tau.

Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah

Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah

Ahad yang lepas selepas ke Jakel Shah Alam, kinah singgah pulak ke Butik Haqqi. Ala tak jauh mana pun dari Jakel jalan sikit je. Sekali sekala apa salahnya exercise. Tujuan asalnya nak cuci mata je tapi tersangkut pulak satu telekung dari Butik Haqqi ni. Kiranya ter shopping telekung raya la di Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah.
Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah
Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah 
Untuk pengetahuan semua, butik Haqqi ni bulan sekadar jual kelengkapan untuk haji dan umrah saja tau. Jubah, dress, tudung, kasut pun ada di sini. Kiranya one stop centre jugak la. Tambahan pula tak lama lagi musim haji akan tiba, jadi sesuai sangat la ke butik haqqi ni.
Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah
Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah
Alaaa jauh betul nak ke Shah Alam tu....

Korang jangan risau, walaupun tak dapat datang ke butik sebab jauh, korang masih boleh shopping kat butik ni. Tapi bagaimana?

Sekarang ni kan zaman di hujung jari, korang boleh dapatkan barangan kelengkapan yang diperlukan melalui atas talian, orang putih kata secara online. Hanya dengan layari website Haqqi korang boleh shopping di haqqi.
Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah
Antara kelengkapan ibadah yang terdapat di portal haqqi
Oh ye sebelum terlupa, di butik haqqi bukan saja korang boleh dapat keperluan umrah dan haji malah korang juga boleh dapatkan kelengkapan raya yang bestnya daripada koleksi-koleksi jenama artis tau. Antara jenama artis yang terdapat di butik haqqi ialah Dara by Fathia Latiff, el by Elfira Loy, izzuexclusive, jenama haqqi sendiri, Medisole, Al-Mukarramah dan pelbagai lagi.

Serius cakap, kalau korang singgah ke butik haqqi confirm rambang mata sebab banyak pilihan daripada kanak-kanak sehingga ke orang dewasa. Apapun korang kena bijak berbelanja yer. Jangan terlebih sudah hehe.

Jom kinah belanja gambar di sekitar butik..
Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah
Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah
Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah
Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah
Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah
Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah
Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah
Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah
Macam mana? Best kan???  Sekarang ni tengah ada promosi. Rugilah kalau tak grab. Oh ye mungkin ada yang tertanya-tanya satu je ke butik ni? Ehhh tak semuanya ada 5 cawangan di sahaja termasuk di Shah Alam, Bangi Sentral, TTDI dan satu di Pantai Timur, di Terengganu.
Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah


Jom tonton video ni dulu


UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Website

Butik Haqqi
NO 37, JALAN PLUMBUM P7/P, 
SEKSYEN 7, 
40000 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN

Email
INFO@HAQQI.COM.MY

No. Telefon
03-5523 6430

Tuesday, 22 May 2018

Tuesday, May 22, 2018

Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam

Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam | Ahad lepas kinah berkesempatan ke Wisma Jakel Shah Alam yang mana menjadi destinasi ke 2 untuk Jakel Barulah Raya pada tahun ni. Seperti pada tahun sebelumnya, sekali lagi Jakel  Trading Sdn. Bhd menampilkan selebriti duta raya Jakel kepada pengunjung di Shah Alam bagi mempromosikan koleksi pakaian raya.
Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam
Credit to: Dboy studio
Majlis yang berkonsepkan sembang santai menampilkan Duta Raya pada tahun ni, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al Yahya dan Lara Alana (Schawalara), Hanis Zalikha, Hairul Azreen dan Yusuf Iskandar, serta Harith Iskandar dan tidak dilupakan watak animasi kegemaran anak-anak kita, Upin dan Ipin.


Dalam ramai-ramai Duta Raya Jakel tu, sempat juga la kinahr bergambar dengan Nabil hihi..

Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam
Credit to: Bonde Zaidalifah
Menurut Tuan Hj. Mohamed Izani bin. Mohamed Jakel iaitu Pengarah Urusan Jakel Shah Alam, Kempen Jakel Barulah Raya tahun ini adalah satu aktiviti wajib dalam kalendar promosi Jakel bagi memasarkan produk pakaian raya di antara Duta Raya Jakel bersama para pelanggan.  

Jakel Barulah Raya
Selain bertemu pelanggan Jakel, majlis turut dimeriahkan lagi dengan sesi lelongan jualan 'Happy Hour' untuk koleksi pakaian raya di mana setiap duta akan mempromosi dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh pelanggan Jakel. Jakel Shah Alam, turut menghangatkan lagi kempen jualan hari raya pada hari tu dengan memberikan 1000 baju melayu percuma kepada pelanggan terawal  saja dan pelanggan yang membeli baju melayu akan  menerima kain kain ela bercorak dengan percuma.

Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam
Harith Iskandar tengah lelong koleksi pakaian raya beliau
Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam

Untungnya mereka yang dapat free tu siapa yang tak nak kan?...... 

Kain Samping Benang
Jakel sentiasa menampilkan sesuatu yang unik dan memberikan kelainan pada setiap tahun agar pelanggan dapat merasai kemeriahan menyambut musim lebaran. Sememangnya kain samping begitu sinonim bersama baju Melayu kerana ianya melengkapkan lagi gaya sang arjuna.

Sebagai trandsetter fabrik, Jakel tidak terkecuali untuk menghasilkan sesuatu yang lebih kreatif bagi memenuhi citarasa pelanggan. Kain Sampin Benang lebih berkonsepkan santai dan mudah untuk digayakan di samping mengekalkan ciri eksklusif yang hanya boleh didapati di Jakel sahaja. Elemen keselesaan juga diberikan untuk pemakaian kain samping benang ini kerana ianya boleh dipakai sepanjang masa. Didatangkan dengan pelbagai pilihan warna yang boleh disuai padankan bersama koleksi baju Melayu.

Koleksi Baju Melayu
Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam
 Credit to: Jakel
Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz  direka khas dan khusus dengan memberikan kemasan pada bahagian leher, poket dan keselesaan. Keistimewaan Koleksi Aaron Aziz pada tahun 2018 ni koleksi yang sememangnya berbeza dari segi penggunaan fabrik dan warna. Antara warna-warna yang dijangkakan bakal menjadi pilihan pada tahun ini ialah warna hijau burung merak ataupun dikenali dengan warna teal green.
Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam
 Credit to: Jakel
Baju Melayu Nabil Ahmad pula berkonsepkan moden kontemporari yang menekankan kekemasan pada leher dan poket termasuk potongan slim-fit yang digemari ramai. Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza mengikut pada rekaan dan kualiti. Warna yang bakal menjadi perhatian pada tahun ni ialah maroon ataupun warna merah hati.
Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam
 Credit to: Jakel
Selain itu, Baju Melayu Awal Ashaari berpotongan moden kontemporari pada bahagian poket hadapan baju dan mempunyai label AA turut memeriahkan lagi kempen jualan raya pada tahun ni. Tahun ni, koleksi Awal Ashaari lebih memfokuskan kepada warna dan kualiti kain untuk membantu jejaka beraya dengan penuh keyakinan. Warna yang dijangka bakal mendapat sambutan ialah navy blue.

Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam
Credit to: Fb Page Jakel  Shah Alam
Bagi mereka yang 'plus size' usah risau, korang boleh dapatkan koleksi Harith Iskandar. Warna yang dijangka menjadi pilihan ialah yellow buttercup.

Sebut pasal harga tak payahlah korang risau, harga yang ditawarkan oleh Jakel amat berpatutan iaitu serendah RM89.00 dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan sehelai kain samping secara percuma beserta bujang baju Melayu. 

Wahhh kiranya dah lengkap persiapan korang untuk raya kali ni. 



Koleksi Kurta
Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam
Credit to: Nazlannasir.com
Jakel Barulah Raya pada tahun ini turut mengekalkan pengeluaran kurta di bawah jenama Hairul Azreen. Jakel sentiasa memenuhi citarasa pelanggan di samping mengikut trend semasa. Koleksi kurta yang dihasilkan adalah berkualiti kerana ianya mementingkan keselesaan apabila dipakai. Kurta ini turut dilengkapi dengan detailing poket dan butang pada sisi lengan. Selain itu, koleksi kurta ini turut berkonsepkan mesra wudhuk di mana pada bahagian lengan boleh dilipat dengan mudah. 


Baju Kurung

Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam
Credit to: Nazlannasir.com
Pada tahun ini, Jakel masih mengekalkan pengeluaran koleksi baju kurung di bawah label Ayda Jebat. Berkonsepkan kurung moden, ianya bersesuaian dengan citarasa terkini wanita terutamanya para gadis dan wanita yang berkerjaya yang mahukan penampilan ceria dan segar di musim lebaran. Bersifat moden, pilihan warna yang menarik dan motif corak printed yang terkini.


Koleksi Kanak-Kanak

Pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dengan label Upin Ipin namun telah diolah kepada rekaan baharu bersesuaian dengan keadaan pada masa kini. Setiap pembelian koleksi baju melayu Upin Ipin yang dijual turut diberi percuma kain samping dan butang baju Melayu. Jakel juga turut memberikan keistimewaan kepada si kecil agar tidak terlepas bergaya di aidilfitri. Jakel masih meneruskan pengeluaran produk koleksi pakaian kanak-kanak di bawah label Lara Alana dan Yusuf Iskandar.


Berkonsepkan Kekeluargaan

Pada lebaran ini juga, Jakel tampil mengeluarkan koleksi raya bercirikan kekeluargaan di mana ianya direka dengan design dan warna sedondon. Mewujudkan lagi suasana riang di hari raya bersama keluarga tersayang, Jakel menghasilkan rekaan dengan mengeluarkan produk bercirikan warna-warna ceria dan boleh digayakan untuk satu keluarga.


Koleksi Schawalara
Scha Al-Yahya
Fabrik yang digunakan adalah berkualiti untuk memberikan keselesaan kepada pemakai terutama golongan ibu yang mempunyai anak kecil. Ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza bergantung kepada rekaan. Baju kurung Scha Al-Yahya diperkemaskan dengan beberapa jenis detailing seperti jahitan manik, perincian beaded dan lace dan permainan dari segi potongan. Lebih menarik, kesemua baju Scha Al-Yahya didatangkan dalam pelbagai saiz bermula XS sehingga ke 5XL.


Awal Ashaari
Koleksi pakaian raya Baju Melayu di bawah label Awal Ashaari ini direka khas dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif warna. Di samping itu, mempunyai potongan moden tanpa pesak seperti kebiasaan baju melayu.


Lara Alana
Jakel juga mengekalkan si kecil Lara Alana sebagai Duta Raya Jakel untuk tahun ini bagi mempromosikan produk baju kurung kanak-kanak perempuan. Populariti si kecil di laman sosial dilihat mampu untuk menarik minat anak kecil untuk tampil secomel Lara Alana di hari lebaran kelak.


Koleksi Hanis, Hairul, Yusuf

Hanis Zalikha
Setiap rekaan yang dihasilkan oleh jenama ini pasti memberikan kepuasan yang maksima kepada peminat Hanis untuk beraya bersama koleksi ini. Jakel mengekalkan konsep elegan, versatile dan juga classy menjadikan koleksi gabungan ini memiliki keistimewaan tersendiri.


Hairul Azreen 
Koleksi Kurta Hairul diperbuat daripada fabrik cotton bersesuaian dengan keadaan cuaca di negara kita. Setiap rekaan ini juga mempunyai detail poket dibahagian sisi tepi baju bagi memberikan sedikit unsur klasik untuk membolehkan pemakai menyimpan barangan peribadi.

Yusuf Iskandar
Keceriaan lebaran tahun ini diserikan lagi dengan koleksi daripada pakaian si kecil comel Yusuf Iskandar. Koleksi Kurta Yusuf bermotifkan potongan leher 'round neck' dan berkolar di mana ianya membantu memberikan keselesaan kepada kanak-kanak. 

Pembayaran Aplikasi Boost

Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam
Credit to: Google
Kalau korang nak  tahu, musim perayaan ni, Jakel telah bekerjasam dengan pihak Boost. Boost merupakan aplikasi di muat naik dalam telefon pintar untuk membantu para pelanggan membuat pembayaran secara online. Kiranya korang tak payah nak bawak duit banyak-banyak bila shopping nanti. Guna Boost je. Paling best korang akan dapat mata ganjaran pada setiap transaksi pembayaran dilakukan.


Haa korang jangan lupa slogan 'Ingat Kain, Ingat Jakel'


UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT
Website

Facebook

Instagram

Wednesday, 16 May 2018

Wednesday, May 16, 2018

Perkara Yang Membatalkan Puasa

Perkara-perkara Yang Membatalkan Puasa |Assalamualaikum dan selamat pagi. Moga hari ni lebih baik daripada semalam. Syukur alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk bertemu lagi di bulan Ramadhan. Moga Ramadhan kali ni memberi lebih makna kepada semua. 

Perkara-perkara Yang Membatalkan Puasa
Perkara-perkara Yang Membatalkan Puasa 
Hmm bila masuk je bulan puasa ni, mesti geng ibu-ibu  la paling sibuk sekali. Awal-awal lagi dah merangka resepi untuk berbuka puasa dan sahur. Bagus juga nanti takde la blur nak masak apa kan. Kinah pun simpan juga list nak masak apa nanti. Senang. 


Oh ye jom kinah kongsikan sedikit perkara yang membatalkan puasa, perkara sunat ketika berpuasa dan perkara makruh dilakukan ketika berpuasa.

Perkara-perkara yang membatalkan puasa:
  1. Makan atau minum dengan sengaja meskipun sedikit (Jika terlupa tidak membatalkan puasa tetapi wajib berhenti sewaktu menyedari bahawa diri sedang berpuasa).
  2. Memasukkan dengan sengaja sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka.
  3. Keluar haid atau nifas.
  4. Gila/Tidak siuman
  5. Murtad (Keluar dari Islam)
  6. Mengeluarkan air mani dengan sengaja
  7. Bersetubuh (melakukan hubungan kelamin pada siang hari Bulan ramadhan)

Perkara-perkara sunat ketika berpuasa:

  1. Menyegerakan berbuka puasa.
  2. Berbuka puasa dengan buah tamar atau juadah manis yang lain
  3. Melambatkan bersahur kerana ada padanya berkat
  4. Memperbayakkan membaca Al-Quran, berzikir, berselawat dan membuat amal kebajikan
  5. Sentiasa bersedekah kepada fakir miskin atau anak yatim dan mereka yang tidak bernasib baik
  6. Menjauhkan percakapan yang sia-sia dan perbuatan yang tidak membawa manfaat
  7. Mandi junub sebelum masukknya waktu subuh.

Perkara-perkara makruh ketika berpuasa:

  1. Bersuntik, berbekam, berkumur-kumur berlebihan, memasukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan, mandi secara berlebihan serta merasa masakan di hujung lidah.

Sunday, 13 May 2018

Sunday, May 13, 2018

Samyang Carbo Pink

Samyang Carbo Pink| Haritu masa ramai orang tengah buat challenge makan maggi Pedas Giler kinah pun nak juga mencuba. Tapi tak jumpa pulak maggi tu. Mungkin takde rezeki nak cuba masa tu.

Tengah pusing belek rak maggi tu ternampak pulak Samyang Carbo Pink ni.

Samyang Carbo Pink
Samyang Carbo Pink

Hmm teringin pulak nak cuba. Tapi yang jadi lama bertapa kat rak tu ada samyang yang kuning tu. Nak yang itu ke nak yang ni. Last kinah ambil Samyang Carbo Warna Pink ni. Nak mencuba. Harganya pun berbeza dengan Samyang Hot Chicken Flavor Cheese.

Harga Samyang Carbo ni RM24.90. Tu harga kat tempat kinah la. Tempat korang kinah tak pasti.

Agak-agaknya pedas tak macam samyang yang lain?
Samyang Carbo Pink
Samyang Carbo Pink

Hmm tak tau nak cakap. Masa mula-mula makan tu pedas la jugak. Lama-lama ok je. Tak de la pedas sampai bengkak bibir ni. Ni pandangan kinah. Lain orang lain pandangannya.

Nak tahu pedas ke tidak, korang kena rasa la dulu.