Purito Pure Vitamin C Serum Membantu Memudarkan Jeragat

Purito Pure Vitamin C Serum Membantu Memudarkan Jeragat | Assalamualaikum semua, apa khabar?. Hari ni kinah nak share dengan korang tentang satu serum ni. Kalau korang masih ingat lagi, kinah pernah janji nak review satu serum yang kinah grab dari Althea. Ingat lagi tak?  Haaa excited ni nak share.

Baca di sini
Althea Angel | Redeem Point Althea


Purito Pure Vitamin C Serum Membantu Memudarkan Jeragat

Kenapa kinah pilih serum Purito Pure Vitamin C Serum

Begini ceritanya, kinah tak tahu la apa punca kesan tompokkan seolah-olah jeragat di dahi. Kiri kanan pulak tu. Belah kanan tu tak nampak sangat tapi belah kiri tu jelas tau. Malu jugak bila orang tegur "kenapa dengan dahi kamu tu" nak jawab apa pun tak tahu sebab tak tahu apa puncanya.

Nak kata jeragat, hmm macam jeragat ke? Selalunya jeragat ni muncul bila umur dah masuk 40 an tapi kinah 30 an pun tak masuk lagi. Bila google lain rupanya jeragat tu. Ishh entahle, nak pergi asthetic clinic, seriau pulak. Takut muka lagi teruk. Last, ikhtiar guna serum je la.

Pelbagai serum kinah cuba untuk kurangkan kesan tompok tu tau. Tapi, langsung tak ada apa kesan. Frust betul masa tu. Nak pakai krim atau foundation pun tak seronok sebab dia jadi tak sekata dan bercapuk kat bahagian tu.

So, kinah cuba la serum Purito ni. Sejenis kinah, sebelum cuba mana-mana produk baru kinah akan baca dulu review dan feedback daripada pengguna. Sebab tu la pentingnya review ni. Bila kinah baca review, kebanyakkannya bagi feedback bagus dan di dakwa serum ni mampu merawat jeragat. Haha anggap je la kinah ni ada jeragat. Sampai je parcel pink ke tangan kinah, dengan excited kinah pun cuba la serum ni. Masuk hari yang kinah tulis ni dah tiga minggu kinah guna serum ni. Agak-agak korang la ye, mampu ke tidak serum ni merawat kesan "jeragat" di dahi kinah?

Meh sini kinah tunjuk dekat korang perbezaan sebelum dan selepas kinah guna Purito serum ni.

Purito Pure Vitamin C Serum Membantu Memudarkan Jeragat

Nampakkan ada beza gambar sebelum dan selepas. Gambar selepas tu dah mula nampak skin kinah dah nak mula ok.  Kedua-dua gambar kinah ambik ni takde filter tau. Happy sangat bila nampak perubahan ni. Nampaknya lepasni kena repeat order lagi jawabnya.

Kinah cerita serba sedikit mengenai Purito Vitamin C Serum. 
Purito Pure Vitamin C Serum Membantu Memudarkan Jeragat
Sumber: Althea

Kalau korang nak tahu, serum ni dihasilkan 99% daripada bahan natural. Apa yang penting serum awesome ni tiada bahan berbahaya seperti Paraben, Ethanol, Surfactant, Artificial Colorant, Artificial Fragrance, Triethanolamine, Phthalein, Triclosan, Petrochemicals dan juga Benzoyl Peroxide.

Semua jenis kulit boleh pakai Purito serum ni tak payah la kome risau. Cuma bau dia la tak best. Nak kata busuk tu tak la tapi masih boleh lagi hidung ni terima bau dia. Oh ye sebelum terlupa, dengan Purito serum ni pun korang boleh mix dengan foundation dan mudah nak blend.

Sebelum ni, muka kinah berminyak, dah apply Purito serum ni minyak di muka dah kurang tau, dan serum ni cepat menyerap ke kulit. Mula-mula pakai macam melekit sikit lepastu dalam beberapa minit tak melekit dah dan kembali macam biasa.

Harganya berapa?

RM51.00 (60ml) saja. Nak kulit sihat kan. Apa salahnya melabur sikit. Pada korang yang berminat boleh dapatkannya di Althea.

P/s: ada jerawat baru naik, sapu dengan serum ni jerawat dah mula kecut. Happy ☺



Post a Comment

7 Comments

  1. im scared to try any serum but decided to just makan vitamins and so on.

    ReplyDelete
  2. bestnya! nak try jugak la nanti! heehehhe

    ReplyDelete
  3. Wahhhhh,, menariknya... Memang nampak lah perbezaan dia.. Nanti ada duit lebih sikit nak melabur lah dekat purito ni. .Heheh

    ReplyDelete
  4. macam best je purito ni..nnti nak try tgk apa lagi fungsi dia...

    ReplyDelete
  5. Obvious bezanya sis kinah. Nmapak lain. Ika mcm ada tompok jugak dekat muka. macam nak cuba je em.

    ReplyDelete