Breaking

Friday, 25 January 2019

Review Hotel : Wansiri Mansion Di Songkhla

Review Hotel : Wansiri Mansion Di Songkhla | Kalau korang masih ingat lagi kinah ada kongsikan pengalaman kinah berjalan di bumi Thailand baru-baru ni. Kalau korang nak tahu, masa di sana kami menginap tiga buah hotel dan salah satunya Wansiri Mansion di Songkhla iaitu hotel pertama kami check in sewaktu di sana.

Wansiri Mansion Di Songkhla

Tujuan kami check in di sini, kalau ikut plan asalnya kami akan menginap di Wansiri Mansion satu malam sebelum bergerak ke Krabi, tapi disebabkan kelewatan di Changlun kami terpaksa menginap di Changlun dahulu pada malam tu. Selepas subuh di Changlun, kami terus bergerak ke Songkhla untuk check in dulu hotel ni.

Kalau korang nak tahu, Mansiri Mansion  ni terletak dalam Pekan Songkhla, macam kami hari tu walaupun dah setting map nak ke sana entah macam mana kami boleh terlepas simpang. Mungkin disebabkan signboard nak ke Wansiri Mansion tu terlindung dan jalan masuk nak ke kawasan tu agak sempit, ala macam jalan kampung tu sempitnya. Nak tak nak terpaksa la pusing di kawasan yang agak sempit masa tu. Mujurlah pada masa tu keadaan jalan tak sesak. Kalau nak tahu sungguhpun jalan tu sempit, tapi bila waktu puncak, itulah jalan paling jammed sekali.

Selepas sampai ke Wansiri Mansion, MasyaAllah cantiknya bangunannya. Warna-warni. Masa kami sampai tu, adala jugak orang kita menginap di situ dan dah bersedia nak check out dah. Kawasan hotel ni luas jugak dan terletak bersebelahan dengan kawasan perumahan.

Wansiri Mansion Di Songkhla

Lepas parking, suami macam biasa akan ke receptionist untuk check in. Pada asalnya, suami nak bilik yang berada di hadapan sebab lebih mudah nak keluar masuk. Tapi disebabkan banyak lagi bilik belum dikemaskan lagi nak tak nak kena la kami check in dalam bangunan tu. 

So far biliknya agak luas tau. Jadi, berbaloilah kita bayar 550 Baht. Oh ye, bilik yang kami dapat ni lengkap semua fasiliti. Siap ada peti ais lagi. Ni bukan peti ais kecik yang biasa kita nampak di hotel-hotel. Ni peti ais satu pintu tinggi macam dekat rumah tu. Pergh banyak kot boleh isi dalam tu. 

Wansiri Mansion Di Songkhla

Cuma tak berapa bestnya kat sini, ada nyamuk. Huhu walaupun kitorang tak tido di sini. Mungkin nyamuk tu masuk ikut sliding door tu.  Iyela masa baru masuk tu, kami ada bukak sliding door tu. Mana la tahu ada nyamuk kat situ. Bertabahlah siapa yang menginap di sini. Kalau tak nak nyamuk jangan bukak sliding door. Tandasnya pun ok dan jangan risau ada pili air dekat tandas tu hehe.

Oh ye kalau korang menginap di sini dan tiba-tiba lapar pada malam tu, korang boleh beli mee segera di receptionist. So tak payah la korang nak keluar jauh-jauh. 

Ada plan nak ke Songkhla atau kawasan sekitar? Boleh je stay kat sini. Receptionist pun mesra cuma mereka tak berapa fasih berbahasa Inggeris. Mujurlah masa kami nak check in ada juga penterjemah bahasa. Katanya dulu pernah kerja di Malaysia. Mujurlah la ada orang tu. Kalau tak dah macam ayam dengan itik bercakap hehhe.

Untuk panduan korang yang nak ke Thailand dan mahu menginap di sini, kinah sertakan sekali alamatnya

Alamat - 22 Soi 11 Ratuthis 1 Road, Muang, Songkla, Songkhla

9 comments:

  1. Cantik juga hotel nya... LeYa dah 2-3 kali pergi Songkhla tapi tak perasan pun hotel ni.. Hehe..

    ReplyDelete
  2. cantik la gambar Kinah berwarna warni..nyamuk tu kena beli insect repellent la

    ReplyDelete
  3. menarik sharing kinah ni :)
    cantik luaran nyer. menarik perhatian.

    ReplyDelete
  4. the hotel is very beautiful and unique. I like the colorful hotel theme!
    Would you like to follow each other? If the answer is yes, please follow me on my blog & I'll follow you back.

    http://www.okcheori.com

    ReplyDelete
  5. Good post 😊
    Would you like to follow each other? If the answer is yes, please follow me on my blog & I'll follow you back.
    https://camdandusler.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. cantiknya hotel... nyamuk Songkhla macam nyamuk Malaysia tak ? heee

    ReplyDelete
  7. Cantiknya hotel dia. Colourful sangat tau. Meriah :) Nampak selesa.

    ReplyDelete
  8. Colourful nyaaaa! Ni kalau Nisha sampai kat sana mesti tangkap gambar masuk ig. Siap tak lupa #OOTD lagi hagagaga ~~

    ReplyDelete

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages