Mencegah dan Merawat Mata Panda atau Dark Circle Dengan Eye Cream Natural Instinct

Mencegah dan Merawat Mata Panda atau Dark Circle Dengan Eye Cream Natural Instinct | Bila dah selalu berjaga malam, semata-mata nak menyiapkan kerja yang bertangguh mata ni mula la jadi mata panda atau orang putih panggil Dark Circle. Bila dah ada dark circle ni mula la rasa down. Orang mula la pandang kita semacam je. Siap ada yang perli yang kita ni panda jadian. Sabar je la. Masa kinah buat rawatan Oxypeel C di Dr Medispa & Wellness Kajang kinah telah diperkenalkan dengan krim mata Natural Instict ni

Mencegah dan Merawat Mata Panda atau Dark Circle Dengan Eye Cream Natural Instinct 

Dark circle, mata panda, eye cream untuk dark circle, berkedut
Mencegah dan Merawat Mata Panda atau Dark Circle Dengan Eye Cream Natural Instinct

Sebelum dark circle ni jadi lebih teruk apa kata kita guna eye cream Natural Instinct untuk merawatnya. Alhamdulillah selepas beberapa minggu kinah guna eye cream ni, ada sikit perubahan di bawah mata ni ha.

Jom kinah cerita sikit mengenai krim mata yang jadi dah jadi favourite kinah sekarang.

Kalau korang nak tahu, krim mata Natural Instinct Dark Circle + Wrinkle Correction merupakan produk terbaru keluaran Australia dan ianya terbukti berkesan sebanyak 93% untuk merawat masalah kedutan, eye bag dan lingkaran gelap di bawah mata. 


Kelebihan Eye Cream Natural Instinct Dark Circle + Wrinkle Correction

Kelebihan menggunakan eye cream Natural Instinct Dark Circle + Wrinkle Correction ni semestinya masalah yang korang alami tu akan berkurangan. InsyaAllah jika korang guna secara konsisten, memang akan nampak hasilnya. Ingat ye kena KONSISTEN

Kandungan eye cream Natural Instinct ni bebas daripada bahan berbahaya seperti toxic sulphates, petrochemicals, paraben dan pelbagai lagi bahan chemicals yang lain. So, ianya selamat digunakan oleh semua jenis kulit. No worries ye



Cara Penggunaan Eye Cream Natural Instinct

Cara nak guna eye cream ni pun mudah. Kalau ikut cara kinah, lepas solat atau mandi terus je sapu eye cream ni di tempat yang bermasalah. Digalakkan gunakannya 3 kali sehari tau, lepas subuh, zohor dan sebelum tidur. Apa yang penting kena guna dengan konsisten. Baru nampak hasilnya.

Meh kinah belanja gambar kinah sebelum guna dan selepas guna eye cream Natural Instinct ni.

Dark circle, mata panda, eye cream untuk dark circle, berkedut
Sebelum guna eye cream Natural Instinct

Gambar di atas ni di ambil selepas kinah buat rawatan Oxypeel C tu dan sebelum kinah guna eye cream Natural Instinct. Pada masa ni, memang ada eye bag dan dark circle di bawah mata tu. Cuma tak berapa nampak sebab terlindung dengan bulu mata. Tapi kalau korang perhati betul-betul, boleh nampak eye bag tu.


Dark circle, mata panda, eye cream untuk dark circle, berkedut
Hari Pertama Guna Eye Cream

Gambar ni pula hari pertama guna eye cream tersebut. Masa ni korang boleh nampak eye bag sebelah tu. Dark circle pun sebelah. Satu pakej kinah dapat hehe. Malu kot bila ada eyebag ni. Iyelah mana tak dapat eyebag macam ni kalau tidur pun lambat huhu.

Dark circle, mata panda, eye cream untuk dark circle, berkedut
Hari Ke 7 guna eye cream

Gambar di bawah ni hari ke 7 kinah guna eye cream Natural Instinct ni. Ada la nampak kurang sikit eye bag tu kan. Tapi dark circle masih ada sikit. Biasa la tu huhu

Dark circle, mata panda, eye cream untuk dark circle, berkedut
Mencegah dan Merawat Mata Panda atau Dark Circle Dengan Eye Cream Natural Instinct

Hari ke 14 pula eye bag di sebelah mata kanan, dah tak kelihatan. Dark circle pula masih ada kelihatan. Biasa la kekadang tu ada jugak waktu terlupa nk sapu eye cream.

Dark circle, mata panda, eye cream untuk dark circle, berkedut
Mencegah dan Merawat Mata Panda atau Dark Circle Dengan Eye Cream Natural Instinct

Yeay genap 21 hari, korang boleh nampak eye bag dah tak nampak. Dark cirlce pulak dah kurang. Happy sangat. Apa yang penting korang kena konsisten. Macam kinah ni, kekadang tu terlupa nak sapu sebab tu korang nampak masih ada kelihatan eye bag sikit. Tapi tak seteruk macam hari pertama tu kan huhu.

Lepas ni bila ada je masalah eye bag ni, memang kinah sapu je dengan eye cream ajaib Natural Instinct Dark Circle + Wrinkle Correction ni. Korang yang berminat nak mencuba eye cream ni, boleh beli di Dr Medispa & Wellness dengan harga RM85.00. 


Jika korang berminat nak buat rawatan di Dr Medispa & Wellness korang boleh klik link ini untuk melihat jenis rawatan yang ada di DRMEDISPA & WELLNESS

Post a Comment

5 Comments

  1. eh..bagus la..
    sbb mmg tgh ade masalah mata panda ni...

    ReplyDelete
  2. Wah nampak perubahan mata kinah. Bestnya. Nak cuba lah juga.

    ReplyDelete
  3. Dah nampak perubahan yang banyak tu...kena cukup tidur Kinah..so far akak takde masalah mata panda..

    ReplyDelete
  4. no more panda eyes. kadang dark circle ni kita jarang ambil peduli kan

    ReplyDelete