Pencarian Tabika dan Tadika Kini Lebih Mudah Dengan Anak2U Explore

Pencarian Tabika dan Tadika Kini Lebih Mudah Dengan Anak2U Explore | Akhirnya tamat juga sesi persekolahan bagi tahun 2019. Sekejap betul masa berlalu. Thahirah pun dah nak sekolah dah tahun depan. Alhamdulillah, pencarian tadika untuk Thahirah dah berakhir, dan Thahirah diterima masuk ke Tabika Perpaduan berhampiran dengan rumah kami. Jadi tak ada la jauh sangat nak menapak. Panjang sangat pot pet kinah ni sampai lupa tajuk utama kita. Bila dah hujung tahun ni, mesti korang tengah buat survey untuk cari tabika atau tadika yang sesuai untuk anak korang dan paling penting dekat dengan rumah. 

Pencarian Tabika dan Tadika Kini Lebih Mudah Dengan Anak2U Explore

Pencarian Tabika dan Tadika Kini Lebih Mudah Dengan Explore Anak2U

Ni kinah nak kongsi dengan korang satu website khusus untuk ibu-ibu yang tengah mencari tadika atau taska iaitu explore.anak2u.com.my. Kinah tengok website ni memang sesuai sangat dengan ibu bapa yang tengah mencari tabika dan tadika yang sesuai untuk anak mereka. Bagi kinah mengenai website Anak2U Explore ianya merupakan satu sistem pengurusan tadika / taska yang mana segala maklumat yang diberikan adalah lengkap, daripada hal yuran sehinggalah waktu beroperasi.

Bukan itu saja ye, Anak2U Explore  turut menyenaraikan lebih dari 100 tempat tadika, taska, pusat transit serta penjagaan kanak-kanak mengikut negeri pilihan korang. Wah mudah sangat dah tu. Kita cuma tinggal nak pilih je ha. Bila ada website explore Anak2U ni, pencarian tadika dan tabika kini lebih mudah kerana semuanya dihujung jari je, jimat masa dan tenaga kita kan nak survey tadika dari satu tempat ke tempat yang lain.

Pencarian Tabika dan Tadika Kini Lebih Mudah Dengan Explore Anak2U
Pencarian Tabika dan Tadika Kini Lebih Mudah Dengan Explore Anak2U

Apa Yang Menarik Dengan Anak2U Explore

Selepas kinah belek website ni, kenapa la kinah tak tahu kewujudan website ni dulu. Mudah rupanya dengan website Anak2U Explore ni. Apabila korang daftarkan anak dengan tadika atau tabika pilihan Anak2U ni korang akan terima :-

Laporan Digital

Semua laporan perkembangan anak-anak kita akan diterima secara digital. Daripada laporan tersebut, ibu bapa akan dapat memantau setiap perkembangan, aktiviti dan prestasi anak melalui aplikasi Anak2U.

Pembayaran Mudah

Segala pembayaran yuran dilakukan dalam atas talian. Ianya lebih mudah,l ebih cepat dan telus. Segala invois dan resit akan terus didapati daripada aplikasi Anak2U. Lepas ni tak pening, dah bayar ke belum yuran sekolah anak hihi.

Pembelajaran Digital Lebih Menarik

Akses ke aplikasi pembelajaran alaf baru digital yang lebih menarik dan sesuai dengan peredaran pada masa kini untuk perkembangan pembelajaran anak-anak terutama apabila mereka berada di rumah. 

Komunikasi Lebih Mudah

Komunikasi antara guru dan ibu bapa menjadi lebih mudah dan telus melalui fungsi pengumuman aplikasi Anak2U. Jadi, bila ada sebarang masalah, boleh terus berhubung dengan guru yang terlibat.

Pengurusan Lebih Teratur

Tabika dan tadika pula mempunyai sistem pengurusan yang lebih teratur melalui sistem pengurusan Anak2U. Dengan adanya sistem ini dapat membantu guru serta pengurusan sekolah untuk menguruskan segala data serta aktiviti pelajar.


Akses Bahan Pengajaran

Guru dan ibu bapa mempunyai akses bahan pengajaran dan pembelajaran Anak2U. Didikan tidak terhad di sekolah saja, di rumah pula ibu bapa juga boleh mengajar anak-anak di rumah berdasarkan bahan pengajaran Anak2U.

Bagaimana Nak Akses Explore Anak2U

Mudah je nak akses explore Anak2U ni. Hanya 3 langkah mudah untuk mencari tadika atau taska melalui website Anak2U Explore ni iaitu cari tadika atau taska yang diingini di kawasan tempat tinggal korang melalui website Anak2U Explore .

Setelah itu korang bolehlah pilih nak tadika yang korang rasa sesuai dengan anak korang. Kemudian pihak taska atau tadika akan menghubungi korang untuk mendapat maklum balas mengenai pendaftaran tersebut. Haaa mudah saja kan.

Tunggu apa lagi, pilih tadika sekarang, lambat nanti habis quota pulak.

Untuk dapatkan info dengan lebih lanjut, atau korang ingin daftarkan tadika ke website ni, korang boleh terus ke laman sesawang dibawah;


Laman web:
Facebook:


YouTube:

Post a Comment

1 Comments