Tampil Lebih Muda dan Cerah Berseri Dengan Rangkaian Safi Youth Radiance

Tampil Lebih Muda dan Cerah Berseri Dengan Rangkaian Safi Youth Radiance  | Siapa yang tak kenal dengan Safi. Jenama yang dipercayai dari dulu hingga kini. Kinah dari zaman sekolah dulu, Safi je la pilihan kinah. Masa tu sekolah lagi, safi je la yang mampu beli pada masa tu. Kini, Safi telah mengorak langkah dengan memperkenalkan satu lagi rangkaian produk penjagaan kulit baharu iaitu Safi Youth Radiance, produk anti-penuaan pertama yang menggabungkan teknologi Saffron Gold dengan kombinasi herba mewah Saffron, Nano Gold, Beetox dan Lipo Vit-C di dalamnya.


Tampil Lebih Muda dan Cerah Berseri Dengan Rangkaian Safi Youth Radiance

Safi Youth Radiance, safi, produk safi
Rangkaian Safi Youth Radiance

Seperti biasa, mana-mana produk Safi semestinya diuji secara dermatology dan apa yang penting ianya bebas minyak mineral, bebas alkohol, bebas dari paraben dan tidak diuji ke atas haiwan. Jadi tak perlu ragu atau was-was dengan produk Safi.


Jenis Produk Dalam Rangkaian Safi Youth Radiance

Dalam rangkaian produk Safi Youth Radiance kali ni, ada dua jenis iaitu Safi Youth Radiance Anti Aging & Whitening Esssence dan Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser. Kedua-duanya mengandungi Nano Gold 24K dan Saffron. Kedua-dua rangkaian Safi Youth Radiance ni dapat membantu melawan masalah penuaan kulit, mengurangkan garis-garis halus, mengecilkan liang pori serta mengekalkan kelembapan kulit supaya kelihatan lebih cerah berseri.

Safi Youth Radiance Anti Aging & Whitening Essence (RM55.90, 100ml)

Safi Youth Radiance, safi, produk safi
Safi Youth Radiance Anti Aging & Whitening Essence

Botol kaca merah yang menawan ni diperhebat dengan manfaat nutrisi mewah saffron, beetox dan lipo vit-c yang mana dapat memperbaiki dan juga mencerahkan kulit. Disamping melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan sinaran uv dan pencemaran. Selain itu, Safi Youth Radiance Anti Aging & Whitening Essence ini mengandungi asid hialuronik yang akan mengunci lembapan kulit sehingga 24 jam. Wah bagus sangat ni. 

Kalau korang nak tahu, Safi Youth Radiance Anti Aging & Whitening Essence ni diperkaya dengan teknologi Saffron Gold yang dapat membantu mencegah masalah penuaan dari dalam lapisan kulit, memperbaiki struktur kulit, membantu mencerahkan kulit dan melambatkan proses penuaan.

Paling kinah suka, Safi Youth Radiance Anti Aging & Whitening Essence mempunyai fungsi 2 dalam 1 yang dapat memberikan penghidratan segera, menghaluskan pori muka dan membantu untuk menyerap manfaat produk yang kita pakai selepasnya dengan lebih baik.

Safi Youth Radiance, safi, produk safi
Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence

Cara nak guna pun mudah je, cuma tuang ke tapak tangan dengan kadar mencukupi untuk wajah kita. Kemudian sapu dan ratakan essence tersebut di wajah dan leher. Setelah itu, urut dengan lembut secara bulatan sehingga essence tu meresap sepenuhnya. 

Kalau nak kesan lagi baik, korang kena guna essence ni bersama Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser.

Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser (RM55.90, 40g)

Safi Youth Radiance, safi, produk safi
Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser

Sepertimana Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence, Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser juga mengandungi saffron, beetox daan lipo vit-c.  Apa yang best dengan serum ni, tekstur dia ringan, tak melekit, tak berminyak dan cepat serap ke dalam kulit. 

Satu lagi mengenai serum ni, setiap kali kita pam serum ni, gel krim tu akan bertukar menjadi butiran serum kristal bila kita urut pada wajah kita dan hasilnya kulit kita akan jadi lebih lembap, lembut dan licin.

Antara fungsi lain pada serum ni ialah membantu mengurangkan keterlihatan kedutan pada wajah kita disamping dapat menyuburkan lapisan epidermis pada wajah kita, melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan sinaran UV dan juga pencemaran persekitaran. Akhir sekali, dapat memperbaiki tona kulit yang tak sekata serta mengurangkan kesan kedutan dan garis halus di wajah.

Berdasarkan ujian klinikal yang telah dijalankan, dengan penggunaan Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser secara berterusan di dapati:

*67% peningkatan kadar keanjalan kulit yang lebih baik

*75% peningkatan kadar pencerahan kulit

Safi Youth Radiance, safi, produk safi
Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser

Cara nak guna serum ni mudah saja, hanya sapu serum di wajah dan leher. Kemudian urut secara bulatan sehingga bertukar ke titisan air. Teruskan urut sehingga serum tu betul-betul meresap ke dalam kulit dengan sempurna. Untuk hasil yang lebih optimum, gunakan serum ni bersama dengan Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence.

Pengalaman Guna Rangkaian Safi Youth Radiance

Yeay kinah nak share dengan korang sepanjang menggunakan produk ni. Walaupun guna baru beberapa hari, alhamdulillah produk Safi Youth Radiance sesuai dengan kulit kinah, kesan merah-merah pun takde. Setiap kali lepas mandi, excited nak apply serum dan essence di muka ni. Bau dia pun wangi je. 

Korang yang nak cuba produk Safi yang baru ni, boleh dapatkan di mana-mana rangkaian Watson, Guardian dan Aeon Wellness di seluruh negara. Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh dapatkannya di

Website : www.safi.com.my

#SAFIYouthRadiance
#RadiateYouth

Post a Comment

3 Comments

  1. Packinging Safi untuk produk ni nmpak klass gitu..Salam perkenalan

    ReplyDelete
  2. Berkenan betul dengan pembukusan dia.. Merah menawan..

    ReplyDelete