Singgah Makan Di Kedai Makan Pecal Lele Padang Jawa

Singgah Makan Di Kedai Makan Pecal Lele Padang Jawa | Kemana korang cuti panjang sempena Tahun Baru Cina hari tu? Kami tak kemana pun, ada je mereput kat rumah tambah pulak Yop keje pulak time tu haha. Biasalah nak cari duit poket lebih. Kena lah berkorban sikit. Kesian tengok kitorang tak kemana, jiran-jiran pun semua dah balik kampung, Yop pun ngajak la kitorang jalan-jalan tengok dunia luar sekejap. Kami on je, dah orang mengajak. Jadi, kami decide nak bawak Thahirah tengok kapal di Tanjung Harapan, Port Klang.

Sebelum ke Tanjung Harapan, misi kami kena isi perut dulu, dan Yop suruh kinah googgle tempat makan yang berdekatan. Dah alang-alang nak ke Klang, baru kinah teringat pada awal bulan Januari lalu kalau tak silap la, kinah ada terbaca satu perkongsian tempat makan di Shah Alam dari blogger kak Ana Jingga. Dah alang-alang kan kinah pun setting google maps. Nak tahu tempat makan kami pada hari tu?

Kedai Makan Pecal Lele Padang Jawa Shah Alam destinasi kami.

Sebenarnya kinah tergugat tengok ikan keli Kak Ana yang nampak crunchy tu. Tu yang tersesat kat sana tu haha. Masa kami sampai, keadaan kedai pada masa tu tak ramai sangat. Kalau korang datang ramai-ramai pun tak ada masalah sebab banyak meja dan kerusi disediakan.

Singgah Makan Di Kedai Makan Pecal Leleh Padang Jawa
Singgah Makan Di Kedai Makan Pecal Leleh Padang Jawa

Kinah pergi chop tempat, Yop pergi order kat kaunter. Meriah meja kami dengan makanan. Kinah pilih Pecal Leleh, harganya pun murah saje RM6.00. Dapat ikan keli 2 ekor seperti yang kak Ana cerita haritu. Paling tak lupa dengan sambal dia, sedap dan secukup rasa. Tak cukup pulak rasanya sambal yang dia bagi tu. 

Singgah Makan Di Kedai Makan Pecal Leleh Padang Jawa
Singgah Makan Di Kedai Makan Pecal Leleh Padang Jawa

Singgah Makan Di Kedai Makan Pecal Leleh Padang Jawa
Timun dah kena kidnapp dengan Thahirah😅

Yop pulak, order bergedil dan ayam bakar sambal ijau. Sedap jugak sambalnya. Takde la pedas sangat. Bagi kitorang la ye. Orang lain kami tak pasti. Tengah sedap menikmati makan tengahari tu, tetiba je hujan. Aiii sedapnya..

Singgah Makan Di Kedai Makan Pecal Leleh Padang Jawa

Oh ye sebelum terlupa, konsep kat sini korang kena ambik sendiri nasi, kuah masak lemak, atau pun sup tau. Tapi terhad, satu pinggan hanya satu mangkuk saja. Kinah pilih kuah masak lemak. Sesekali sampai sini, ambik la yang lain sikit. Selalu makan dengan sup je.

Cerita pasal parking, tak usah risau. Ada disediakan parking untuk pelanggan. Macam kitorang tak perasan ada disediakan parking kat atas tu dah nak balik baru perasan. Kitorang parking tepi kedai tu je. Dah tak ramai orang kan, yang penting tak ganggu lalu lintas hehe.

Singgah Makan Di Kedai Makan Pecal Leleh Padang Jawa

Korang yang nak cuba tu boleh je guna waze atau maps. Cari je Ayam Penyet Padang Jawa Shah Alam. InsyaAllah korang mesti jumpa punya. Landmark dia lepas flyover tu ada satu simpang ke kanan. Haa masuk je kat situ ada signboard kat tepi tu dan tak jauh dah kedai tu. Selamat mencuba.


Post a Comment

12 Comments

  1. Sedapnye pecal leleh..lama xmakan..nd pn mereputt jgk kt umh nie..hahaa..xkmana keta xok lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap jugak nad, ni pun dah kebetulan keluar. Kalau tak mereput lagi la huhu

      Delete
  2. hehe sedap dan berbaloi kan Kinah, amboi tak ngajak yer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak ana sedap dan berbaloi. Hehe tak sempat nak ngajak😅😅

      Delete
  3. sedap makan pecel lele kat situ. Pernah pergi makan dekat situ dengan roomate sekali

    ReplyDelete
  4. Tengok entry ni time2 ni ha...memang mengundang lapar la..

    ReplyDelete
  5. Nan ti nak cuba lah makan kat sini. Kalau lele memang kegemaran Kak Bell sangat2.

    ReplyDelete
  6. uikkk sedapnya.. bergedil tu buat kak liez terliur..ada gak baca kata kat situ sedap..

    ReplyDelete