25 Mommy Blogger Malaysia Yang Masih Aktif Sehingga Kini

25 Mommy Blogger Malaysia Yang Masih Aktif Sehingga Kini | Assalamualaikum semua, disebabkan hari ni tak tau nak tulis apa, jadi kinah decide nak share dengan korang 25 mommy blogger Malaysia yang masih aktif untuk korang follow. Diantara 25 orang mommy blogger yang kinah senaraikan ni, ada diantara mereka yang kinah pernah jumpa face to face semasa sama-sama menghadiri event, dan yang lain belum ada rezeki lagi nak jumpa, cuma media sosial je la menjadi penghubung.

25 Mommy Blogger Malaysia Yang Masih Aktif Sehingga Kini

Tanpa membuang masa, ate moh le kite berkenalan dengan 25 mommy blogger Malaysia yang awesome ni. 

# 1 Sis Hawa Dot Com

25 Mommy Blogger Malaysia Yang Masih Aktif Sehingga Kini
Siapa yang tak kenal dengan Sis Hawa ni. Kinah pun tak terkecuali mengenali beliau ni tau. Kinah tabik la dengan beliau sebabnya walaupun baru beberapa tahun berada dalam dunia blogging ni, tapi pencapaian blog beliau perghhhhh kita kena kasi tabik spring la pada beliau. Pageview beliau saja dah cecah lebih 7000000 juta view okeh. Kinah ni walaupun dah agak lama buat blog ni baru cecah 700K view je.

Bila masuk ke SisHawa Dot Com ni, korang disajikan dengan pelbagai entri menarik, antaranya keagamaan, rumah tangga, keibubapaan, koleksi resepi dan pelbagai lagi. Pendek kata, lengkap semuanya la. Oh ye satu lagi mengenai Sis Hawa ni, beliau ada menubuhkan satu company Bite Media Consultant. Kalau korang berminat nak tahu lebih lanjut dengan Bite Media Consultant ni, bolehlah contact Sis Hawa kita ni.

# 2 ehbelogaku.com

25 Mommy Blogger Malaysia Yang Masih Aktif Sehingga Kini
Kinah kenal dengan owner ehbelogaku.com ni melalui media sosial. Setakat ni tak pernah lagi bersua muka dengan beliau. Merupakan blogger sepenuh masa. Baru-baru ni beliau baru saja melahirkan baby yang comel. So, beberapa minggu ni beliau ada update mengenai pengalaman bersalin, kongsi cara untuk kembali kurus selepas bersalin (hat ni kinah kena boomark untuk rujukan lepas bersalin nanti ni), anak masuk NICU dan pelbagai lagi. Ada juga perkongsian mengenai resepi dan produk review, dan sebagainya. Korang yang tengah free tu bolehlah jengah ke blog beliau.

Link blog : https://www.ehbelogaku.com

# 3 khalisahazrina.com

25 Mommy Blogger Malaysia Yang Masih Aktif Sehingga Kini
Mommy blogger seterusnya tinggal jauh nun di UAE sana. Mesra dipanggil Lisa, Beliau merupakan ibu kepada dua cahaya mata yang comel dan kini bekerja daripada rumah sahaja. Dalam blog Lisa, beliau banyak berkongsi mengenai travel, resepi, kecantikan serta parenting. Jika korang nak baca mengenai tempat-tempat menarik yang Lisa pernah lawati dan kunjungi bolehlah singgah ke blog beliau.

Link blog : https://www.khalisahazrina.com

# 4 mrsliez.com

25 Mommy Blogger Malaysia Yang Masih Aktif Sehingga Kini
Kak Liez, itulah gelaran yang kinah selalu panggil apabila kami selalu jumpa bila pergi event. Seorang blogger yang peramah, dan cepat mesra. Kak Liez ni kalau korang nak tahu, dia suka memasak dan beliau selalu kongsikan resepi tersebut di dalam blog. Kak Liez buat masa ni ibu kepada 2 cahaya mata, Qaseh dan Niyaz dan ketiga coming soon. Ehhh macam berjanji pulak kita kan hehhe. Semoga dipermudahkan semuanya nanti ye kak. Oh ye sebelum terlupa, kalau korang teringin nak order vietnam spring roll boleh halo halo dengan kak liez.

Link blog : https://www.mrsliez.com

# 5 iamfuzy.com

25 Mommy Blogger Malaysia Yang Masih Aktif Sehingga Kini
Blogger seterusnya adalah iamfuzy.com, owner nya kinah panggil kak fuzy. Seorang yang mudah mesra dan kalau korang baru first time jumpa dia ibarat korang dah kenal 10 tahun. Haa gitu la kak fuzy. Beliau rajin berkongsi tips, ilmu, resepi dan tempat-tempat menarik di dalam dan luar negara (sebelum covid-19) ye. Selain tu, banyak juga pengisian rohani dan jasmani yang dikongsikan oleh beliau.

Link blog : https://www.iamfuzy.com

# 6 mimiazirah.com

25 Mommy Blogger Malaysia Yang Masih Aktif Sehingga Kini
Kak Mimi, seorang blogger separuh masa. Kak Mimi kini bekerja di sektor kerajaan, dan mempunyai 4 orang cahaya mata. Sangat meminati warna pink, jadi tak hairan la blog kesayangan beliau pun warna pink. Korang yang berminat nak baca review produk atau nak cari resepi baru bolehlah terjah ke mimiazirah.com ye.

Link blog : https://www.mimiazirah.com

# 7 shalimaryusof.com

25 Mommy Blogger Malaysia Yang Masih Aktif Sehingga Kini
Pernah jumpa dengan Sha atau lebih  mesra dikenali dengan panggilan Cikma masa event di Bukit Merah pada tahun lepas. Kalau korang nak tahu, Sha merupakan blogger separuh masa yang kini menetap di Perak. Orang Perak yang nak cari tempat makan best di sekitar Perak, bolehlah terjah ke blog Sha ye.

Link blog : https://www.shalimaryusof.com

# 8 bondezaidalifah.com

25 Mommy Blogger Malaysia Yang Masih Aktif Sehingga Kini
Kinah mula mengenali bonde di satu event. Kali terakhir jumpa bonde di Klang masa tu ada food review. Bonde merupakan blogger separuh masa dan mempunyai seorang cahaya mata. Dah besar dah anak dara bonde. Bila korang singgah ke blog bonde, banyak info yang korang dapat tau antaranya review tempat makan, review produk dan tempat-tempat yang pernah dilawati oleh bonde and kawan-kawan.

Link blog : https://www.bondezaidalifah.com

# 9 fizaaizawa.com

25 Mommy Blogger Malaysia Yang Masih Aktif Sehingga Kini8jl
Fiza, merupakan blogger separuh masa dan ibu kepada 2 orang cahaya mata, Thaqif dan Huwaina. Fiza kini menetap di Sungai Buloh. Dah beberapa kali dah jumpa Fiza di event. Orangnya peramah dan mudah mesra. Banyak perkongsian dari blog beliau antranya terbaru resepi dalgona coffee yang viral tu.

Link blog : http://www.fizaizawa.com

# 10 shamieraosment.com

25 Mommy Blogger Malaysia Yang Masih Aktif Sehingga Kini
Kak Ami, mommy kepada 4 orang cahaya mata dan seorang blogger sepenuh masa kini menetap di Shah Alam. Pernah juga beberapa kali kami jumpa di event. Tapi tak sempat nak borak panjang. Kalau korang nak tahu, antara ramai-ramai mommy blogger di Malaysia ni, Kak Ami menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar dalam blog beliau tau. Bukan kaleng kaleng ni hehe. Kak Ami, begitu meminati dalam seni kulinari dan daripada minatnya itu, beliau kini ada business sendiri.

Link blog : https://www.shamieraosment.com

# 11 aliafarhan.com

25 Mommy Blogger Malaysia Yang Masih Aktif Sehingga Kini
Kak Alia, merupakan mommy blogger from Penang mari. Kinah kalau on facebook, selalu nampak post beliau mengenai home deco, pokok-pokok yang ditanam, memang segar dan menjadi pokoknya. Di blog pula, beliau juga rajin kongsi resepi yang simple, travelog, produk review serta isu semasa pada masa kini.

Link blog : http://www.aliafarhan.com

# 12 azlindaalin.com

25 Mommy Blogger Malaysia Yang Masih Aktif Sehingga Kini
Kak Linda, beliau merupakan mommy blogger separuh masa yang mempunyai 3 orang cahaya mata. Kini beliau bekerja sebagai agen insuran. Korang yang tengah ada plan nak beli insuran, bolehlah hubungi kak Linda ni tau. Kak Linda sering kongsikan resepi, kekeluargaan serta hal isu semasa. Setakat ni belum ada rezeki nak jumpa dengan kak Linda ni, InsyaAllah satu hari nanti.

Link blog : https://www.azlindaalin.com

# 13 MrsPip.com

25 Mommy Blogger Malaysia Yang Masih Aktif Sehingga Kini
Kak Pip, berasal  dari Sabah. Merupakan ex engineer ye. Beliau pernah memegang jawatan sebagai jurutera dan sanggup letak jawatan. Kini, Kak Pip mejadi surirumah sepenuh masa. Bukan biashe biashe Kak Pip ni. Nama sebenar Kak Pip ialah Emphi Yap atau lebih mesra dengan panggilan Mrs Pip. Cute la nama kak Pip ni kan. Kak Pip banyak berkongsikan resepi dan hal ehwal isu semasa serta berkongsi kisah suka dan duka sepanjang menjadi mommy kepada 3 heronya.


#14 Fadzirazak.com

25 Mommy Blogger Malaysia Yang Masih Aktif Sehingga Kini
Fadzi, merupakan suri rumah dan blogger sepenuh masa. Kalau korang nak tahu, selain menulis blog, Fadzi jugak merupakan content writer serta ghost writer. Baru-baru ni fadzi ada share beberapa gambar yang menarik di social media beliau.


# 15 fizarahman.com 

25 Mommy Blogger Malaysia Yang Masih Aktif Sehingga Kini
Kak Fiza, pernah sekali jumpa dengan kak fiza ni di Segi Fresh Balakong. Sekali tu la jumpa. Kak Fiza merupakan blogger separuh masa dan ibu kepada 4 orang cahaya mata. Salute la dengan kak fiza ni, walaupun sibuk bekerja, dan menguruskan rumah tangga, tapi masih sempat lagi menulis blog.

Link blog : http://www.fizarahman.com

# 16 adianiez.com

25 Mommy Blogger Malaysia Yang Masih Aktif Sehingga Kini
Kak Aida, selalu singgah ke blog kinah ni. Kinah je kekadang tak sempat nak balas kunjungan kak aida. Kak Aida merupakan ibu kepada 3 orang cahaya mata. Dalam blog Kak Aida, kak Aida sering berkongsi mengenai lifestyle beliau dan tempat-tempat yang telah dikunjungi. Kekadang seronok tau baca pengalaman orang ni.


# 17 ajumohit

25 Mommy Blogger Malaysia Yang Masih Aktif Sehingga Kini
Kak Aju, merupakan blogger separuh masa, berasal daripada Pahang. Kalau korang nak tahu, kak Aju ni sekarang bekerja di PUNB. Walaupun sibuk dengan keluarga dan kerjaya, kak aju masih meluangkan masa untuk menulis blog dengan kongsi resepi dan kehidupan beliau. Keep it up kak Aju.


# 18 mariafirdz.com

25 Mommy Blogger Malaysia Yang Masih Aktif Sehingga Kini
Kak Maria merupakan seorang guru di sebuah sekolah di Johor dan ibu kepada 4 cahaya mata. Belum pernah lagi bersua muka dengan empunya diri. Dalam blog beliau ada banyak kongsi resepi, bab keagamaan serta info-info terkini yang boleh korang dapat. Tak rugi la follow beliau.  



# 19 kisahsidairy.com

25 Mommy Blogger Malaysia Yang Masih Aktif Sehingga Kini
Kak Eda, atau nama penuhnya Siti Rohaida bt Yusof. Kini menetap di Johor. Beliau merupakan blogger separuh masa. Oh ye kalau korang ingin dapatkan buku aktiviti untuk anak-anak boleh roger dengan kak Eda ni ye.


#20 yatizul.com

25 Mommy Blogger Malaysia Yang Masih Aktif Sehingga Kini
Kak Yati, mommy blogger yang berasal dari Kedah. Kak yati, ibu kepada 3 orang cahaya mata. Dalam blog kak yati banyak berkisarkan hal kehidupan, produk review, resepi, parenting dan sebagainya.


# 21 shahadafauzi.com

25 Mommy Blogger Malaysia Yang Masih Aktif Sehingga Kini
Lebih mesra dipanggil Cik Sha dan kini menetap di Terengganu dan merupakan suri rumah sepenuh masa. Selain berblog beliau juga aktif berniaga coklat secara online untuk membantu suaminya serta graphic designer. Ibu kepada 3 orang yang mana salah seorangnya adalah special, namanya Iman. Comel sangat Iman dengan telatahnya tu.


#22 ummizarra.com

25 Mommy Blogger Malaysia Yang Masih Aktif Sehingga Kini
Pemilik blog ummi Zara ialah Kak Nora yang kini menetap di Seremban. Kini mempunyai sepasang cahayamata yang comel. Dalam blog kak Nora, lebih berkisarkan hal kehidupan sebagai seorang ummi. Selain tu, ada juga diselitkan dengan resepi, produk review dan review.


# 23 kakgojes.com

25 Mommy Blogger Malaysia Yang Masih Aktif Sehingga Kini
Kak Gojes atau lebih mesra dengan KG. Simple kan nick name beliau. Berasal dari Ranau Sabah. Kalau tak silap kinah dah lama dah KG ni menulis blog, rasanya sejak kinah mula berblog agaknya.  Seperti biasa KG ni menulis hal kehidupan dan perkongsian mengenai resepi serta review filem.

Link blog : https://www.kakgojes.com

# 24 modernmumthingy.com

25 Mommy Blogger Malaysia Yang Masih Aktif Sehingga Kini
Modernmumthingy.com dimiliki oleh kak Azni. Kak Azni juga adalah blogger yang dah lama dalam penulisan blog ni. Beliau banyak berkongsi mengenai tempat-tempat yang pernah dikunjungi sebelum ni. Ada banyak artikel serta info yang menarik yang boleh korang baca di blog beliau. Pernah jumpa sekali semasa Majlis hi-tea di sebuah spa aritu.


#25 diarymama.com

25 Mommy Blogger Malaysia Yang Masih Aktif Sehingga Kini
Pemilik blog Diarymama ni lebih mesra dengan pangilan Hanny. Kinah dah beberapa kali bersua muka dengan kak Hanny ni tau. Kalau korang nak tahu, kak Hanny ni seorang animal lover, dan selalu menghadiri mana-mana event. Setiap kali pergi event, beliau pasti ditemani oleh anak daranya. Selain berblog, kak Hanny juga turut aktif berniaga dalam talian. Nak tahu apa yang kak Hanny jual, bolehlah follow beliau.


Fuhhh berpeluh jugak menyiapkan senarai 25 mommy blogger yang aktif di Malaysia ni. Kalau korang nak tahu, kesemua mommy blogger ni dibawah naungan Bite Media Consultant termasuklah tuan tanah ni ha. Jika ada yang berminat nak bekerjasama dengan kami, bolehlah hubungi pihak Bite Media Consultant.

Post a Comment

8 Comments

  1. Thanks kinah... awak pun selamat mengharungi saat preggy dengan tabah ye.. semua blogger tersenarai mmg hebat2 belaka..

    ReplyDelete
  2. Semua blogger hebat-hebat ni.

    ReplyDelete
  3. seronok dapat kenal ramai mommy blogger di malaysia.

    ReplyDelete
  4. i love reading their updates.

    ReplyDelete
  5. Kinah pun peramah dan comel tau..

    ReplyDelete
  6. yayy. Terima kasih kerana list kan blog Ina dlm ni tau. Semoga urusan awak dipermudahkan kelak

    ReplyDelete