PM Umum Bantuan Tambahan BPN 2.0 dan Geran Khas Prihatin

PM Umum Bantuan Tambahan BPN 2.0 dan Geran Khas Prihatin | Lagi beberapa hari saja lagi bulan September akan melabuhkan tirai. Begitu juga dengan pelaksanaan moratarium yang juga akan berakhir pada bulan ni. Dengan berakhirnya moratarium tak lama lagi sedikit sebanyak meresahkan segelintir rakyat yang masih terkesan dengan pandemik covid-19 ni. 

Bantuan Prihatin Nasional 2.0, Geran Khas Prihatin, Bantuan Tambahan BPN 2.0

Sepertimana yang kita semua maklum, negara kita kini sedang mengalami gelombang kedua yang mana bilangan mereka yang positif Covid-19 kini telah mencecah tiga angka semula. Allah mintak dijauhkan la keluarga, sanak saudara daripada wabak tersebut. Oleh disebabkan itu, bagi meringankan beban yang perlu ditanggung oleh rakyat akibat pandemik ni, Perdana Menteri kita telah mengumumkan beberapa pakej "Kita Prihatin" iaitu bantuan tambahan iaitu Bantuan Prihatin Nasional 2.0 bagi golongan B40 dan M40 serta Geran Khas Prihatin.

Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Bagi Golongan B40 dan M40

Bantuan Prihatin Nasional 2.0, Geran Khas Prihatin, Bantuan Tambahan BPN 2.0

Buat pengetahuan semua, bantuan tambahan BPN 2.0 ni melibatkan suntikan dana tambahan sebanyak RM7 bilion dengan sasaran 10.6 juta penerima dan akan disalurkan terus ke dalam akaun penerima yang layak berpandukan data penerima yang sedia ada sebelum ni.

Jadi, bagi mereka yang pernah memohon sebelum ini, tidak perlu lagi membuat permohonan bantuan ini. Bagi yang ingin membuat permohonan baharu BPN 2.0 bolehlah berbuat demikian pada 15 Oktober 2020 depan.

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 akan dibuat secara ansuran iaitu pada hujung bulan Oktober dan pada bulan Januari 2021. Bagaimana dan berapa bantuan yang akan kita dapat, korang boleh rujuk pada gambar yang kinah sertakan di bawah.

Bantuan Prihatin Nasional 2.0, Geran Khas Prihatin, Bantuan Tambahan BPN 2.0

Untuk maklumat lebih terperinci mengenai BPN 2.0 ni, korang boleh rujuk portal di sini.


Geran Khas Prihatin 2.0

Selain Bantuan Prihatin Nasional 2.0, bagi mereka yang menjalankan atau merupakan dari Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang turut terjejas dengan wabak ini boleh memohon GKP 2.0 ni sebanyak RM3000 secara one-off. Tapi geran ini adalah untuk mereka yang belum pernah memohon lagi.
Bantuan Prihatin Nasional 2.0, Geran Khas Prihatin, Bantuan Tambahan BPN 2.0

Bagi yang ingin memohon Geran Khas Prihatin 2.0 ni, perlulah memenuhi beberapa syarat seperti :
  • Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
  • Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
  • Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
  1. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
  2. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik;
  • Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
  1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020 ; atau
  2. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020; dan
  • Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat

Untuk maklumat lanjut mengenai GKP 2.0 ni korang boleh rujuk di sini

Bagi yang layak terima bantuan ini, manfaat dan gunakanlah bantuan itu dengan sebaiknya.

Oh ya jika korang nak tahu mengenai info lain mengenai PTPTN, SPA, Takwim persekolahan dan sebagainya boleh layari portal https://www.portalmalaysia.com/portal-rasmi/ dan https://www.portalmalaysia.com/ . Semua info adalah yang terkini tau.


Post a Comment

5 Comments

  1. alhamdulillah, moga memudahkan pada yang benar2 memerlukan di musim covid ni

    ReplyDelete
  2. TQ PM! Moga yang benar-benar memerlukan mendapat manfaat darinya. Today is the last day to join my GA! :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... Rezeki dari Allah...

    ReplyDelete
  4. semoga dapat meringankan beban golongan yg susah

    ReplyDelete