8 Resipi Bihun Yang Sedap dan Mudah

8 Resipi Bihun Yang Sedap dan Mudah | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Disebabkan tak boleh nak pergi ke mana-mana buat masa ni disebabkan kereta masuk bengkel, kinah hari ni nak kongsi resipi bihun yang sedap dan mudah kepada korang. Kalau sebelum ni korang kebiasaannya bersarapan dengan nasi lemak, apa kata kali ni korang bersarapan dengan bihun pulak.

Masih blur nak masak bihun goreng apa nanti? 

Di bawah kinah ada kumpul beberapa resipi bihun yang simple dan confirm sedap untuk korang cuba dari facebook untuk rujukan kinah dan jugak rujukan korang juga nanti. 



8 Resipi Bihun Yang Sedap dan Mudah

8 Resipi Bihun Yang Sedap dan Mudah

# 1. Resipi Bihun Lada Sulah 

Sumber : FB Resepi Selera

8 Resipi Bihun Yang Sedap dan Mudah

Bahan-bahan:
*6 sudu besar udang kering
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
Kisar semua bahan2 * di atas

1 Paket Bihun (direndam dalam air biasa sampai kembang)
3 genggam udang yang telah dibuang kulit
1/2 paket Mix Vege
3 genggam taugeh

sedikit crabstick (dihiris nipis)
boleh ganti/tambah dengan daging atau dada ayam
telur dadar yang potong nipis
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cuka
lada sulah dan lada hitam secukupnya
sedikit air garam
cili hidup yang dihiris nipis
bawang goreng
Jika suka, boleh tabur daun bawang, daun sup atau daun kucai.

Cara-cara:
1. Tumis bahan kisar tadi hingga naik wangi
2. Masukkan sos tiram,cuka lada sulah,lada hitam mix vege,crabstick dan udang.
3. Bila dah naik bau, masukkan sedikit air. Kemudian masukkan semua bihun tadi. Akhir sekali masukkan Taugeh. Kacau rata. Rasa dan tambah lagi serbuk sos tiram / lada hitam / lada sulah / garam / cuka jika perlu. Tutup api dan boleh la dihidangkan panas-panas. 
4. Hias dengan hirisan telur, cili hijau / merah dan juga bawang goreng


#2. Resipi Bihun Kung Fu

Sumber : FB Resepi Selera

8 Resipi Bihun Yang Sedap dan Mudah

Untuk bihun:
Celur bihun bagi lembut dan toskan
Ambil segengam bihun (tuk sorang makan) dan campurkan ngan telur
Kacau2 kedua2 bahan ini
Panaskan minyak, dan gorengkan bihun tersebut
Balik2kan. Goreng sehingga agak garing. Angkat dan ketepikan

Bahan-Bahan kuah:
(bahan ni ikut ada apa yg ada dlm dapur je) uols boleh ikut citarasa uols ye
1) Sawi
2) Brokoli/kobis bunga
3) Carrot dipotong pjg2
4) Ayam/seafood
5) Sos tiram
6) Telur 2 biji (untuk lebih dari 2 orang makan)
7) Tepung jagung
8) Serbuk lada hitam
9) Serbuk lada sulah
10) Air
11) Bawang putih dan bawang merah
12) Perasa garam

Cara-cara:
Tumiskan bawang putih dan bawang merah yang dihiris halus. Kemudian masukan ayam / seafood, Agak ayam dah masak masukkan sayuran. Kacau gaul semua dan masukkan air. Kemudian kuah dah mengelegak masukkan sos tiram, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, Gaul sebati dan perasakan garam. Dah kena dengan tekak boleh masukkan bancuhan tepung jagung. Agak-agak dah pekat (jangan pekat sangat) tutup api masukkan telur. Gaul-gaul bagi telur tu pecah-pecah.

Kemudian tuang kuah itu tadi ke atas bihun yang digoreng. SIAP


#3. Resipi Bihun Siam Goreng

Sumber : FB Resepi Selera
8 Resipi Bihun Yang Sedap dan Mudah

Mihun di rendam sehingga lembut dan di toskan.

Bahan-bahan:
6 biji bawang putih
1 biji bawang besar
(di kisar sehingga halus)

1 sudu makan tauchu (mori scoop 1 sudu penuh)
1 sudu makan udang kering di rendam.
(di kisar bahan ini sehingga halus)

2 sudu makan cili kering yang telah di kisar
8 biji fish ball yang di hiris nipis
2 keping fish cake yang di hiris nipis
Isi ayam
Sos tiram
Sayur (mori guna sawi dan carrot)
Garam secukup rasa.

Cara-caranya:-
Tumiskan bawang yang telah di kisar sehingga naik bau wangi.
Masukkan cili kering dan tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan tauchu dan udang kering yang telah di kisar tadi.
Tumis lagi sehingga nak bau wangi.
Masukkan sos tiram dan gaul rata.
Masukkan isi ayam dan gaul sehingga ayam masak.
(Masa ini mori masukkan sekali batang sawi supaya nanti jadi lembut).
Masukkan fish ball dan fish cake... gaul rata
Masukkan mihun, sawi dan juga carrot.
Masukkan garam secukup rasa dan gaul rata.
Tutup api dan taburkan daun sup dan gaul. Sedia untuk di hidang


#4. Resipi Bihun Goreng Kunyit

Sumber : FB Resepi Selera
8 Resipi Bihun Yang Sedap dan Mudah

Bahan-bahan
1 bungkus bihun (400 gm) ~ direndam hingga lembut/semalaman ~ toskan
1 keping dada ayam ~ dipotong kiub kecil (boleh ganti dengan apa-apa rencah yang disukai.. seperti sotong/udang)
2 bungkus fish ball / 4 keping fishcake ~ dihiris tebal
2 biji telur
¼ biji kobis ~ dihiris halus (sayuran boleh ganti dengan taugeh/sawi/carrot sagat)
1 ketul brokoli ~ potong floret
2 ~ 3 biji cili hijau ~ dihiris (optional)
6 ulas bawang merah ~ hiris nipis
3 ulas bawang putih ~ hiris nipis/cincang
1 kiub ayam/ikan bilis (boleh ganti dengan udang kering tumbuk)
1 s/k serbuk kunyit
1 s/k lada sulah
1 ½ ~ 1 ¾ s/k garam (ikut keperluan masing-masing ~ jika anda guna sayur sedikit.. garam perlu dikurangkan)
½ s/k serbuk perasa
2 cawan air
½ cawan minyak masak

Cara-cara Memasak
1. Panaskan minyak masak lalu tumiskan bawang putih & bawang merah hingga wangi. Masukkan ayam & kacau hingga ayam bertukar warna. Masukkan fishball / fishcake. Kacau lagi hingga ayam masak.
2. Tolak sedikit bahan-bahan ketepi kuali lalu pecahkan telur & biarkan telur masak. Kacau sikit telur biar jadi agak hancur (scramble) & berketul. Masukkan serbuk kunyit, kiub ayam, serbuk lada sulah, garam & serbuk perasa lalu dikacau rata.
3. Masukkan semua sayuran & air biarkan sebentar. Bila air dah mendidih terus masukkan bihun & cili hijau lalu kacaulah hingga bihun masak. (sambil dikacau boleh potong bihun yg panjang2 dengan sudip agar bihun tak bergumpal semasa mengacau. PERINGATAN : Jangan sesekali rendam bihun dalam air panas utk membuat bihun goreng kerana bihun akan jadi lembik bila menggoreng.)
4. Sedia untuk dihidangkan. Boleh hiaskan dengan hirisan cili & juga hirisan telur dadar.


#5. Resipi Bihun Goreng Daging

Sumber : FB Resepi Selera
8 Resipi Bihun Yang Sedap dan Mudah

Bahan-Bahan:
1/2 pek bihun - direndam separuh kembang
2 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
Hirisan daging yang telah direbus, air rebusan diketepikan
Cili kisar
1 sudu sos tiram
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
1 sudu kicap
Garam
Sayur-sayuran: kobis, taugeh, sawi, etc.. *optional

Cara-Cara:
Tumiskan bawang putih hingga kekuningan dan masukkan cili kisar. Masak hingga sebati.
Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili dan kicap, gaul sebati.
Masukkan air rebusan daging (agak-agak, jangan banyak sangat supaya bihun tak jadi lembik).
Masukkan daging dan bihun.
Kacau hingga semua sebati, masukkan sayur.
Akhir sekali letak garam secukup rasa.
Hidangkan bersama telur mata.
Kalau nak pedas, boleh potong cili api dan tabur kan di atas bihun.


#6. Resipi Bihun Goreng Tomyam

Sumber : FB Resepi Selera
8 Resipi Bihun Yang Sedap dan Mudah

BAHAN-BAHAN:
Sebungkus bihun.
*5 biji bawang merah (cincang)
*5 ulas bawang putih (cincang)
*3 batang serai (dititik biasa dia!)
*Udang geragau segenggam-cuci bersih
*Udang segar
*2 sudu pes thai tom yam
*Lobak merah-dihiris
Sayur sawi

CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga wangi. Kemudian masuk kan udang geragau tadi.
2. Bila sudah wangi boleh tambah pes tomyam, udang segar dan lobak merah. Kacau rata dan jangan lupa tambahkan garam secukup rasa.
3. Masukkan bihun dan gaul rata. Masukkan sawi, air 1-2 cawan dan daun limau purut. Tutup kuali dan biar hingga bihun lembut

INFO:
Kalau suka masak boleh masukkan hirisan cili padi.
Boleh tambah bahan lain seperti isi ayam, sotong dan sebagainya.


#7. Resipi Bihun Goreng Kerang

Sumber: FB Resepi Selera
8 Resipi Bihun Yang Sedap dan Mudah

Bahan-bahan :
Mee hoon - direndam dengan air sejuk
Isi kerang
Lada kering - direbus dan diblend
Bawang merah - diblend
Bawang putih - diblend
Sayur sawi - dipotong kecik
Telur dadar - dihiris nipis
Sos tiram
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa

Cara membuatnya :
Tumiskan bahan blend hingga naik bau
Setelah itu, masukkan sos tiram, garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
Kacau sebati
Masukkan pula kerang
Kacau-kacaukan ia
Masukkan mee hoon dan gaulkan ia bersama bahan-bahan tadi
Pastikan semua bahagian mee hoon mesra bersama bahan tumisan tadi
Akhir sekali, masukkan sayur sawi
Kacau-kacaukan ia
Bila sayur sawi nampak sedikit layu, angkat mee dari kuali
Taburkan telur dadar diatas mee hoon goreng kerang tadi
Siap .. sedia untuk dimakan 


#8. Resipi Bihun Goreng Seafood

Sumber : FB Resepi Selera
8 Resipi Bihun Yang Sedap dan Mudah

Bahan-bahan:
1 paket bihun (400 gm) ~ rendam sehingga lembut dan toskan
200 gm udang ~ buang kepala & kulit
200 gm sotong ~ dihiris
1 mangkuk hirisan kubis
1 mangkuk potongan kubis bunga (cauliflower)
¼ biji cili capsicum merah ~ didadu
¼ biji cili capsicum hijau ~ didadu
1 cawan air
minyak secukupnya
3 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih* (tumbuk bahan-bahan bertanda*)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak dan tumiskan cili kisar & bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan udang & sotong. Masukkan air, sos tiram, sos cili dan garam secukup rasa.. (boleh rasa sikit samada dah cukup garam) kacau rata.
3. Masukkan sayuran (kecuali cili capsicum) kacau & biar sayur layu. Masukkan bihun dan kacau rata. Akhir sekali masukkan cili capsicum & kacau sebentar.
4. Bila bihun dah lembut bolehlah diangkat dan taburkan dengan daun sup, daun bawang, hirisan cili & juga tauhu goreng

Haaa lepasni korang bolehlah cuba kesemua resipi bihun yang simple ni sebagai menu sarapan pagi atau pun minum petang. Selamat berhujung minggu dan selamat mencuba.


Post a Comment

12 Comments

  1. hmm tiba2 rasa mau makan bihun.. jap order food panda hehe ^^

    ReplyDelete
  2. Eh ada menu bihun kung fu?! Selama ni makan kuey tiaw kungfu je haha apa agaknya rasa dia sebab bihun kan halus compared to kuey tiaw

    ReplyDelete
  3. bihun bnyak ni memang buat stok..memang ada yang masak bihun kejap lagi ni kang...

    ReplyDelete
  4. Iskkk sedap sedap semua bihun nampak ni terliur nyaaa

    ReplyDelete
  5. tetiba terigin nak makan bihun kungfu lak

    ReplyDelete
  6. aishhh..tetiba rasa nak buat mihun tapi nak ke kedai tu malas sungguh..hehe

    ReplyDelete
  7. bihun memang sentiasa kena ada stok dalam kabinet...senang nak masak kalau tiba tiba ada tetamu datang. boleh la cuba resepi resepi ni nnt

    ReplyDelete
  8. kalau buat mihun sup lagi sedap. Lagipun ia mudah dihidangkan utk tetamu yg dtg ke rumah berhari raya....

    ReplyDelete
  9. Bihun kung fu tu tak pernah makan lagi.

    ReplyDelete
  10. sha laahhh hantu bihunnnn... elok sgt dah dpt banyak resepi gini...huhu

    ReplyDelete
  11. byk resepi bihun tu..bihun kungfu tk pernh mkn sbb biasa kuehtiaw kungfu

    ReplyDelete