Friday, 11 December 2020

Buku Latihan Untuk Kanak-Kanak Mengawal Pensel Dengan Betul Dan Membantu Anak Cepat Membaca

Buku Latihan Untuk Kanak-Kanak Mengawal Pensel Dengan Betul Dan Membantu Anak Cepat Membaca | Semua ibu mahu berikan pendidikan yang terbaik buat anak mereka. Begitu juga dengan kinah. Jadi, untuk dapatkan yang terbaik untuk kakak, kinah ada buat beberapa survey untuk dapatkan jenis buku yang sesuai dengan tahap kakak sekarang. Tambahan sekarang ni ada banyak masa terluang, jadi lebih baik diisikan dengan aktiviti  yang lebih berfaedah dari buang masa dengan menonton televisyen saja.


Puas survey sana sini, akhirnya kinah jumpa dengan buku yang sesuai untuk kegunaan kakak bagi memantapkan lagi pengawalan pensel serta membantu kakak membaca dengan lebih mudah iaitu 125 Latihan Kawalan Pensel serta Bacaan Asas Bahasa Malaysia Dalam Masa 50 Jam. 


Buku Aktiviti Untuk Kanak-Kanak Mengawal Pensel Dengan Betul Dan Membantu Anak Cepat Membaca


Kinah memilih kedua-dua buku ni pun selepas dicadangkan oleh kenalan blogger iaitu Siti Rohaida atau lebih mesra dengan panggilan Kak Eda. Bila kinah cerita masalah kakak, terus beliau cadangkan 2 buah buku ni.



Buku 125 Latihan Kawalan Pensel Oleh Dr Mahani Razali

Buku Aktiviti Untuk Kanak-Kanak Mengawal Pensel Dengan Betul Dan Membantu Anak Cepat Membaca


Menulis adalah satu kemahiran sebenarnya. Sebelum anak-anak kita mahir menulis, ada beberapa kemahiran yang perlu dikuasainya terlebih dahulu iaitu kemahiran memegang dan mengawal pensel dengan betul. Kakak Thahirah ni, walaupun dah 5 tahun, cara dia pegang pensel pun masih tak betul lagi. Walaupun dah diajar dengan cara yang betul, ada la sekejap ikut kemudian dia pegang semula pensel dengan cara dia suka. Lepastu mengadu lenguh.


Kinah tak nak dia biasakan pegang pensel dengan cara macam tu. Dah lenguh, nanti nak menulis dia jadi malas. Sebab tu kinah berusaha cari cara macam mana nak mengawal pensel dengan betul untuk kanak-kanak. Ada jugak buku yang kinah jumpa, tapi buku tu macam tak menarik minat kakak je. Akhirnya, ahamdulillah jumpa jugak buku latihan kanak-kanak yang sesuai iaitu 125 Latihan Kawalan Pensel oleh Dr Mahani Razali.


Antara latihan-latihan di dalam 125 latihan kawalan pensel ialah

Buku Aktiviti Untuk Kanak-Kanak Mengawal Pensel Dengan Betul Dan Membantu Anak Cepat Membaca
125 Latihan Kawalan Pensel 
Buku Aktiviti Untuk Kanak-Kanak Mengawal Pensel Dengan Betul Dan Membantu Anak Cepat Membaca
125 Latihan Kawalan Pensel
Buku Aktiviti Untuk Kanak-Kanak Mengawal Pensel Dengan Betul Dan Membantu Anak Cepat Membaca
125 Latihan Kawalan Pensel

Lepas belek buku kawalan pensel ni, best jugak rupanya. Kita yang besar ni pun rasa macam nak buat je latihan tu sebabnya buku ni bagi perspektif kinah, sangat unik dan memang sesuai sangat untuk kanak-kanak yang baru nak belajar yang mana setiap helaian buku ni berwarna dari awal hingga akhir muka surat. Jarang sangat la kinah jumpa buku latihan seperti ni berwarna sepenuhnya. Buku ni jika dijadikan sebagai buku teks untuk prasekolah pun ok sangat.



Kelebihan Buku 125 Latihan Kawalan Pensel Oleh Dr Mahani Razali


Bagi ibu-ibu yang tengah mencari buku latihan untuk anak, 125 Latihan Kawalan Pensel adalah buku yang terbaik yang pernah kinah jumpa yang mana :

  • Buku ini telah disusun secara bertahap mula dengan aktiviti yang mudah terlebih dahulu sehingga ke tahap yang lebih sukar
  • Sebagai permulaan aktiviti untuk membantu kanak-kanak membina keyakinan diri untuk pegang pensel dengan betul.
  • Membantu anak-anak menulis secara konsisten dengan cantik walaupun menulis dalam keadaan laju.
  • Setiap helaian adalah berwarna bagi menarik minat anak-anak untuk terus melakukan aktiviti kawalan pensel dengan lebih konsisten.


Express Bacaan Asas Bahasa Malaysia Dalam Masa 50 Jam

Buku Aktiviti Untuk Kanak-Kanak Mengawal Pensel Dengan Betul Dan Membantu Anak Cepat Membaca

Sebagai persediaan kakak untuk ke alam persekolahan nanti, kinah cuba mempersiapkan kakak supaya dia dapat membaca. Tak mengharapkan dia lancar membaca, cukuplah sekadar dia mengenal huruf, dan dapat menyebut suku kata dengan betul. Jadi, kinah memilih buku Express Bacaan Asas Bahasa Malaysia Dalam Masa 50 Jam terbitan Mind To Mind Sdn. Bhd. Buku ini mempunyai 82 muka surat yang mana setiap muka surat adalah berwarna ini secara tak langsung dapat menarik minat anak-anak untuk membaca.

Ini selaras dengan matlamat penulis yang mana beliau ingin menyampaikan hasratnya dalam menyemarakkam penggunaan Bahasa Malaysia sebagai medium perantaraan bagi menyatupadukan rakyat dan menjalinkan persefahaman dan memartabatkannya sebagai bahasa utama pada peringkat antarabangsa.

Apa yang kinah lihat pada buku ni, penulis menggunakan perkataaan yang lebih mudah dan ianya diwarnakan mengikut suku kata bagi memudahkan anak-anak kita menyebut perkataan tersebut dengan lebih mudah, tepat dan lancar. 

Antara intipati yang terdapat di dalam buku Bacaan Asas Bahasa Malaysia

Buku Aktiviti Untuk Kanak-Kanak Mengawal Pensel Dengan Betul Dan Membantu Anak Cepat Membaca
Bacaan Asas Bahasa Malaysia
Buku Aktiviti Untuk Kanak-Kanak Mengawal Pensel Dengan Betul Dan Membantu Anak Cepat Membaca
Bacaan Asas Bahasa Malaysia


Pengalaman Kakak Thahirah Belajar Menggunakan Buku 125 Latihan Kawalan Pensel dan Express Bacaan Asas Bahasa Malaysia

Alhamdulillah, bagi kinah agak berbaloi memilih buku 125 Latihan Kawalan Pensel dan Ekspress Bacaan Asas Bahasa Malaysia sebagai buku aktiviti untuk kanak-kanak prasekolah. Kinah nampak kakak begitu teruja mencuba latihan yang telah disusun dalam buku latihan kawalan pensel tersebut. 

Buku Aktiviti Untuk Kanak-Kanak Mengawal Pensel Dengan Betul Dan Membantu Anak Cepat Membaca

Perubahan yang kinah nampak pada kakak, dia dah mula selesa pegang pensel dengan betul walaupun ada juga masa dia pegang pensel dengan cara lama dia tapi tak sekerap dulu dan bila kita tegur cepat cepat dia tukar. Bagi masa sedikit pada dia, bila dah biasa nanti automatik dia akan pegang dan kawal pensel dengan betul. 

Buku Aktiviti Untuk Kanak-Kanak Mengawal Pensel Dengan Betul Dan Membantu Anak Cepat Membaca

Bagi buku bacaan asas pula, ianya sangat memudahkan bagi ibu bapa di luar sana untuk membimbing anak belajar membaca. Setiap suku kata dan perkataan diwarnakan dengan warna yang berbeza, jadi memudahkan anak kita untuk mengenal pasti suku kata mana yang perlu berhenti mana yang tidak dan ini secara tak langsung dapat melatih anak kita menyebut perkataan tersebut dengan betul. 

Buku Aktiviti Untuk Kanak-Kanak Mengawal Pensel Dengan Betul Dan Membantu Anak Cepat Membaca

Ibu bapa yang tengah mencari buku aktiviti yang sesuai untuk anak 3 hingga 5 tahun bolehlah dapatkan kedua-dua buah buku ni. Memang banyak membantu. Soal harga pula, bagi kinah tak la mahal, insyaAllah berpatutan. Bagi ibu bapa yang nak dapatkan buku ni atau atau pun education toys, barangan pendidikan kanak-kanak lain bolehlah hubungi kak Eda. Nak cuci mata dulu pun takde hal, boleh tengok-tengok dulu di facebook page beliau yang kinah sertakan link di bawah.

Facebook : My Littto Shop
No telefon : 011 27390866


1 comment: