Sekali Lagi Kereta Kami Dilanggar

Sekali Lagi Kereta Kami Dilanggar | Masuk kali ni dah dua kali kereta kami dilanggar orang. Kali pertama kami dilanggar oleh sebuah lori pasir masa hari raya pulak tu. Kalau tak silap dalam tahun 2018. Alhamdulillah kami sekeluarga selamat. Cuma trauma tu masih ada sampai sekarang bila berada di lampu isyarat dan belakang pulak ada lori. Sebabnya kereta kami ni dilanggar dari tepi masa tunggu lampu hijau la. Alasannya tiada brek.

Masa tu agak lama kereta di bengkel sebab kena tukar banyak part antaranya side mirror kedua-dua belah dengan pintu sebelah pemandu. Side mirror dan part lain guna gear up pulak, jadi kena order dulu. Memang lama la gitu. Lepastu kena tunggu pihak insurans lagi. Padahal kilangnya dekat sini je. Patah kaki kami la masa tu. Tak boleh nak pergi mana. Kalau ada hal penting, kena sewa kereta. Jenuh nak sewa kereta je kalau nak keluar.

Kereta Kena Langgar

Tapi kali ni yang melanggar kereta kami ni, sebuah kereta dan pemandunya perempuan. Langgar bonet belakang kereta tu. Bila tengok kesan langgar tu nampak sangat dia laju. Mujurlah kinah dengan anak-anak tak ada sekali dalam tu. Kalau tak mau meragam si Lulu sebab terkejut. Terkejut bila yop hantar gambar kat whatsapp. Sakit pulak mata ni tengok bonet macam tu. Yop bawak kereta tu sebab dah lama tak jalan. Sekali sekala kena la bawak kereta tu pusing-pusing. Hmm patutla dalam beberapa hari sebelum kejadian mata belah kiri ni asyik berkedip je, rupanya nak jadi macam ni.

Kejadian ni berlaku betul-betul hadapan balai bomba kat rumah ni ha. Puncanya tak pasti. Yang pasti ada kaitan dengan telefon. Tapi tak nak mengaku, yop sendiri nampak tangan dia pegang phone masa tu. Alasannya dia baru nak call bos dia. Macam tak logik pulak ceritanya. Dan dan dah langgar orang terus pegang phone. Macam ada something fishy kat situ. Kalau kinah ada tempat dia, confirm dah blank masa tu sebab tengah panik kan. Yang peliknya kawasan kejadian tu ada 2 speed bump. Satu depan balai bomba, satu lagi depan balai polis. Kalau korang nak tahu balai bomba dengan balai polis tu bersebelahan je. 

Jadi korang boleh fikir secara logik, takkan la nak bawak laju kat situ, dan kalau betul free phone masa tu mesti dah nampak kereta kat depan tu. Kalau tak pegang phone hang mengelamun ke apa. Kalau bawak slow takdenya kemek bonet tu. Tambah, dah masuk kawasan perumahan kot, mana boleh bawak laju sesuka hati dan depan balai polis pulak tu. Macam la tak boleh nak tengok telefon bila dah sampai rumah nanti. Entah apa la penting sangat kalau penting sangat berhenti dulu kat tepi bus stop tu. Lagipun bukannya ada bas pada waktu malam. Tak pasal-pasal yop kena pergi balai malam-malam buta settle kan hal ni. 

Tapi kalau ikut undang-undang, langgar kereta hadapan adalah kecuaian dari pemandu. Nak tiong io tu tak dapek la kak. Terang-terang la salah dia. Apa apa pun sarjan suruh call dia semula dalam masa seminggu. Lepas seminggu laporan pun siap, dan didapati beliau bersalah dan didenda sebanyak RM300. 

Satu kes lagi, dah la langgar orang, ada hati pulak bos dia nak provok orang. Siapa salah sekarang ni. Alasannya dia tak bagi tangkap gambar no plat kereta dan cukai jalan kereta staff dia tu kononnya langgar hak peribadi. Dah itu memang perkara biasa la bro kalau kita dilanggar ataupun melanggar. Bila polis sendiri yang explain pasal tu baru terdiam. Apa dia ingat kami ni zero pasal benda-benda gini. Dia ingat kita ni nak masukkan dalam group kot. Takde maknanya kita nak viral kan kes macam ni.

Pengalaman kena langgar dengan lori pasir buat kami lebih alert tau hal-hal gini. Saja je datang balai nak kecoh dan burukkan lagi keadaan. Pastu offer nak bawak pergi bengkel dia recommend. Yop tetap dengan pendirian dia, nak hantar kat perodua service jugak. Sebabnya dah ada pengalaman kena ketuk dengan bengkel yang kuat cong, konon dah tukar itu ini. Hmm korang faham-faham sendiri la ye. Karang rosak bonet, tempat lain yang takde kena mengena pulak yang sakit nanti. Haaa baik hantar ke tempat yang kita selalu pergi. 

Mujurlah appointment di hospital Selayang dan Serdang lambat lagi. Harapnya proses claim insurans nanti cepat la selesai. Kenapa kami kena ke Hospital Serdang hmm nanti kinah cerita ye. Tunggu betul-betul comfirm dari doktor.

Korang yang memandu kereta tu, tolonglah.. Jangan pegang telefon semasa memandu. Bahaya pada diri sendiri dan juga pada orang lain. Rasanya dah banyak kali dah iklan tayang jangan main telefon dan bahayanya pegang telefon semasa memandu tapi masih ada lagi yang degil dan buat tak endah. Buat bazir duit je buat iklan mahal-mahal tapi takde sapa pun yang ambik pengajaran. Hmmm 






Post a Comment

9 Comments

  1. Sedih tengok kereta kena langgar tu. Bonet kemek macam tu buat hati merana dan mata terseksa menengoknya. Harap orang yang langgar tu ambik iktibar. Tak payah pegang phone semasa memandu. Ingatlah pengguna jalan raya yang lain.

    Eza singgah sini ya, terus follow.

    ReplyDelete
  2. Aduh agak teruk kesan langgaran tu

    ReplyDelete
  3. Allahu..syukur tak ada kecederaan serius. dah buat salah tak nak ngaku pulak kan. setuju sangat, kalau kereta perodua kena hantar ke perodua. hantar kedai memang harga yahudi kaw kaw dia charge kita.

    ReplyDelete
  4. Take care Kinah. Sakit hati satu hal, tak nak mengaku salah pun satu hal jugak.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah kinah sekeluarga selamat. Take care yah. Kdg2 Kita dah hati2 tapi kecuaian org lain Kita plak yg jd mangsa. Moga kinah sekeluarga dlm peliharaan Allah s.w.t

    ReplyDelete
  6. tak best accident ni.. kereta pun nanti dah rasa tak best bila bawak..

    ReplyDelete
  7. Allahu Kinah, alhamdulillah yop tak apa2, Kinah dan anak2 pun tak ada masa kejadian. Walau macam mana pun langgar belakang sah-sah salah lah. Kak ana hari tu pun sebulan juga baru clear kes insuran tapi kereta keluar awal lah, buat kat panel bengkel perdua sg choh semua depa settle kan. Jaga diri baik2 kay, benda nak jadi Kinah. Sabar dik ye

    ReplyDelete
  8. saya pernah langgar kereta dpn saya..sbnarnya buka salah saya..kereta dpn tiba2 brek mengejut, masa tu traficc light dah hijau..apa lagi..kna bayar rm250 la..walaupun bkn salah saya. dah kereta sendiri rosak..nasib2

    ReplyDelete