Friday, 29 January 2021

Kulit Muka Lebih Lembap dan Semakin Cerah Setelah Guna Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature

Kulit Muka Lebih Lembap dan Semakin Cerah Setelah Guna Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature | Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ni membuatkan kulit muka kinah kelihatan kusam, kering dan tona tak sekata. Bertambah teruk selepas pulang dari kampung pada minggu lepas. Semasa di kampung, Kinah ada terbaca review krim pelembap Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature dari kawan-kawan yang pernah mencuba sebelum ni, aish macam tahu-tahu je kulit tengah problem, kemudian muncul pulak iklan diorang review krim pelembap tu. Itu yang lagi bersemangat nak mencuba. Pucuk dicita ulam mendatang la. Kinah terus order seketui krim pelembap dengan water based ni. Sebaik saja krim aqua whitening ni sampai, kinah terus cuba. Gelojoh betul kan. 


Kalau korang nak tahu, sebelum ni kinah pernah guna pembersih buih Aloe AC cleanser dari Hansaegee Nature ni, kali ni kinah nak cuba Aqua Whitening Cream pulak.


Krim Pelembap Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature

Kulit Muka Lebih Lembap dan Semakin Cerah Setelah Guna Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature
Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature

Buat pengetahuan semua, krim pelembap Aqua Whitening Cream ni merupakan produk skincare dari negara Korea tau. Kalau sebelum ni kinah tak berapa minat sangat dengan produk Korea ni, tapi lepas guna sekali produk Korea dan nampak perbezaannya terus jatuh cinta,walaupun kulit ni tak la flawless macam orang Korea.

Kulit Muka Lebih Lembap dan Semakin Cerah Setelah Guna Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature

Perkara yang membuatkan kinah 'excited' nak mencuba Aqua whitening cream ni, ianya merupakan pelembap bersasaskan air yang mempunyai efek "water based yang dapat memberikan kelembapan pada kulit, tidak berminyak dan tidak melekit selepas di sapu pada permukaan kulit kita dan kita akan rasa lebih selesa dan segar sentiasa. Satu lagi, krim ni tidak akan menyekat liang pori di wajah kita, lebih pantas meresap ke dalam kulit. Lepas apply krim tersebut rasa seperti tak pakai sebarang krim pun di muka kita. Macam magic pulak krim ni kan. 


Kelebihan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature 

Banyak kelebihan apabila kita konsisten menggunakan krim Aqua Whitening ni. Antara kelebihan krim pelembap Aqua Whitening Hansaegee nature ini ialah:

  • Membantu menyegarkan kulit
  • Membantu mengawal lebihan minyak / sebum
  • Membantu merawat kesan sunburn, muka kemerahan disebabkan panas matahari
  • Membantu mencerahkan kulit 
  • Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit


Ingredients : Bahan Utama yang Terdapat Di Dalam Aqua Whitening

Kulit Muka Lebih Lembap dan Semakin Cerah Setelah Guna Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature

Camelia Japonica Seed Oil - Non-comedogenic, tidak akan menghalang liang kulit yang menjadi punca jerawat timbul,  Dapat membantu memulihkan kulit yang kekeringan dan kerosakan disebabkan sunburn di samping dapat memberi kelembapan sehingga ke lapisan kulit yang terakhir. 

Niacinamide - Membantu memperbaiki tona kulit yang tidak sekata, membantu mengawal minyak, membersih dan menegangkan kulit disamping membantu mengecilkan liang pori.


Kandungan lain Aqua Whitening Cream

Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Niacinamide, Pinus Densiflora leaf extract, Sodium Chloride, Angelica acutiloba root extract, Cnidium officine root extract, Paeonia albiflora root extract, Rehmannia chinensis root extract, prunus ameniaca (Apricot) kemel oil, Camellia japonica seed oil, Betaine, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, DMDM Hydantoin, Perfume, Gardenia  Florida fruit extract.

Sebelum kita pakai Aqua Whitening Cream ni, apa kata kita buat ujian terlebih dahulu di antara Pelembap X dan Aqua Whitening Cream.

Kulit Muka Lebih Lembap dan Semakin Cerah Setelah Guna Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature

Nak tahu betul ke tidak adanya titisan air, jom kita cuba di permukaaan tangan pula.

Kulit Muka Lebih Lembap dan Semakin Cerah Setelah Guna Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature
Sebelum disapu rata di permukaan kulit

Kulit Muka Lebih Lembap dan Semakin Cerah Setelah Guna Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature
Lepas urut perlahan, dah boleh nampak "water droplet" tu



Cara Penggunaan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature


Perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum kita menggunakan krim ini ialah pastikan muka kita dibersihkan terlebih dahulu daripada sebarang kotoran mahupun make up.

Kulit Muka Lebih Lembap dan Semakin Cerah Setelah Guna Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature

Setelah itu, ambil sedikit krim aqua whitening cream dan sapukan pada keseluruhan wajah dan leher.

Kulit Muka Lebih Lembap dan Semakin Cerah Setelah Guna Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature

Kemudian, urut perlahan-lahan krim tersebut, dan pada masa ini korang akan perasan titisan air akan mula muncul sewaktu kita urut. Teruskan mengurut dengan lembut dalam beberapa saat.

Kulit Muka Lebih Lembap dan Semakin Cerah Setelah Guna Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature

Setelah itu, korang boleh dap dap saja muka dengan perlahan supaya pelembap itu diserap dengan dengan sempurna ke dalam kulit.




Review Selepas Menggunakan Aqua Whitening Cream

Kulit Muka Lebih Lembap dan Semakin Cerah Setelah Guna Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature
Disebabkan tak banyak gambar pakai make up, mujurlah ada sekeping bermake up simple dengan si kecik ni

Sejujurnya, kinah dah fall in love sesangat dengan krim Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni. Begitu mengagumkan krim pelembap ni. Kinah sejak guna krim pelembap ni, kulit kinah dah tak kering lagi yeayyy. Bila sentuh je muka, rasa fresh je, dan memang betul langsung tak melekit. Sejak kenal krim ni, memang tak tinggal dah krim ni tau. Rasa macam tak lengkap je bila tak bawak sekali krim pelembap ni jika pergi ke mana-mana. 

Oh ye, selain ianya bertindak sebagai pelembap, krim ini juga boleh bertindak sebagai make up base dan ianya memberikan make up tersebut tak bercapuk dan tahan lama sungguhpun kita berpeluh. Jerawat kecil yang ada di dahi pun dah semakin berkurangan dan kulit pun dah tak kusam lagi. Alhamdulillah, kinah serasi dengan krim pelembap aqua whitening cream ni.

Untuk sebarang maklumat dan segala pembelian boleh terus ke website rasmi Hansaegee Nature.

Kulit Muka Lebih Lembap dan Semakin Cerah Setelah Guna Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature

1 comment: